Allahu Rabbi! Inilah Suasana Ramadhan 2013 Di Mekkah Al Mukarramah

ramadhan-2013-di-mekkah.jpg

Allahu Rabbi! Inilah Suasana Ramadhan 2013 Di Mekkah Al Mukarramah | ARAB SAUDI / JEDDAH 17 Julai – Ketibaan Ramadan ditunggu-tunggu oleh semua masyarakat Islam di dunia, termasuk penduduk di kota suci Mekah.

Ramadan di kota suci itu sentiasa menjanjikan kelainan dan keistimewaan dalam pelbagai faktor berbanding bulan-bulan lain.

Antara keistimewaan yang dapat dilihat di kota suci itu pada bulan mulia ini iaitu bulan Ramadhan ialah hidangan pelbagai makanan yang lain daripada kebiasaan seperti buah kurma dan manisan.

Selain itu, setiap masjid di Mekah akan mengadakan majlis khatam al-Quran setiap hari sepanjang Ramadan dan jemaah yang menyertainya sehingga tamat akan diraikan dengan juadah manisan yang enak.

Hanya buah kurma dan minuman kopi dibenarkan ketika berbuka puasa di dalam Masjidilharam.

Kuih samosa dan minuman yogurt juga menjadi satu daripada juadah berbuka puasa yang paling mendapat tumpuan penduduk di Mekah.

Jika berbuka di rumah, penduduk Mekah lebih gemar menikmati sup daging yang dicampur gandum dan herba yang diberi nama ‘Shorbat Al-Habb’.

Penduduk Mekah memperuntukkan masa selama dua jam untuk berbuka puasa selepas solat Maghrib sebelum menunaikan solat Isyak dan tarawih. – AGENSI

Utusan

Incoming search terms:

The following two tabs change content below.
Merupakan seorang blogger yang gemar berkongsi artikel menarik dari sumber lain sebagai pengajaran dan rujukan pembaca dengan sedikit gubahan ayat dan olahan sendiri disamping menyelitkan artikel berunsur lawak serta kisah benar. Bercita-cita menjadikan fuh.my sebagai blog Informasi terbaik di Malaysia.

Latest posts by Dr Fuh (see all)

Comments

comments

4 thoughts on “Allahu Rabbi! Inilah Suasana Ramadhan 2013 Di Mekkah Al Mukarramah”

  1. Zuan says:

    subhanallah, teringin nak ke sana sebelum 30 tahun
    Zuan recently posted…Nostalgia Kerepek Pisang YatiMy Profile

    1. Nor says:

      Subhanallah. Akak dan suami telah telah kesana mengerjakan Umrah buat pertama kali pada akhir Mei lalu. Indahnya kenangan dibumi Mekah dan Madinah….

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge