Aeril Zafrel kesal anaknya dilabel anak haram

airel.jpg

Aeril Zafrel kesal anaknya dilabel anak haram | SHAH ALAM – Pelakon filem, Aeril Zafril dan Wawa Zainal mengesahkan bahawa mereka sudah bernikah sejak setahun lalu.

Pasangan selebriti ini juga sudah mempunyai seorang cahaya mata.

Akui bercinta sejak 2011, Aeril memberitahu kisah cinta mereka dihalang oleh pihak pengurusan sehingga terpaksa menyembunyikannya dari pengetahuan umum.

“Kami memang bercinta sejak itu tetapi dimarahi pihak pengurusan.

“Kami terpaksa memberitahu bahawa kami tidak bercinta,” katanya pada sidang media khas yang turut dihadiri Wawa, hari ini.

Ekoran dihalang, pasangan ini membuat keputusan untuk bernikah, awal tahun lalu.

“Kerana itu saya mengambil langkah, demi Allah, pada 25 Februari 2012, saya, Aeril Zafril dan Wawa Zainal telah bernikah.

“Bukan seperti yg kamu ketahui 4 Februari sebelum ini,” kata Aeril.

Agak terkilan apabila cahaya mata mereka dilabel anak luar nikah, Aeril menitiskan air mata.

“Orang kata anak saya anak haram. Perasaan seorang bapa…tapi saya tidak kisah jika saya yang dihina.

“Tetapi…apabila orang mendedahkan identiti anak saya tanpa kebenaran saya…itu hak peribadi.

“Tak kan apabila dah jadi selebriti, kita kena kongsi semua rahsia peribadi,” kata Aeril sedikit emosi.

Pengakuan tersebut menutup spekulasi yang timbul kebelakangan ini.

Sumber

Incoming search terms:

The following two tabs change content below.
Merupakan seorang blogger yang gemar berkongsi artikel menarik dari sumber lain sebagai pengajaran dan rujukan pembaca dengan sedikit gubahan ayat dan olahan sendiri disamping menyelitkan artikel berunsur lawak serta kisah benar. Bercita-cita menjadikan fuh.my sebagai blog Informasi terbaik di Malaysia.

Latest posts by Dr Fuh (see all)

Comments

comments

2 thoughts on “Aeril Zafrel kesal anaknya dilabel anak haram”

  1. tak payah nak pertikaikan status anak dorang tu. Anak tu tak patut terima penghinaan walau apapun status dia. Sudah2 la ariel & wawa salahkan pihak pengurusan. Aku rasa tak berapa logik dok letak salah kat management jer.. yg korang nikah x daftar tu salah management jugak ke? belajar dari kesilapan bukan belajar untuk cari kesalahan orang lain utk lari dari tanggung kesilapan sendiri. Apapun selamat hari hari raya buat semua warga fuh.my
    lekatlekitgurl recently posted…MAKCIK TAKUT LEMBU KORBAN TAK KENAL DIA KAT PADANG MASYARMy Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge