Abang Kandung Durjana Rogol Adik Sendiri

budak-sekolah-dirogol.jpg

Abang Kandung Durjana Rogol Adik Sendiri | Mashaa Allah. Lagi kes rogol diberitakan selepas semalam Dr Fuh menyiarkan laporan berita budak IPT kena rogol dalam rumah kosong. Kali ini lebih kebinatangan kisahnya apabila seorang abang sanggup merogol adik kandungnya sendiri sehingga menagandung dan keguguran. Baca laporan penuh dari Sinar Harian dibawah.

CHUKAI – Perbuatan terkutuk seorang pelajar tingkatan lima yang tergamak menjadikan adik kandungnya sendiri sebagai pemuas nafsu terbongkar apabila mangsa mengalami keguguran, tiga hari lalu.

Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintendan Che Suza Che Hitam berkata, mangsa yang juga pelajar tingkatan dua dan bersekolah di sekolah sama dengan abangnya itu mengalami keguguran sewaktu mendapatkan rawatan di Hospital Kemaman.

Menurutnya, suspek dipercayai merogol adiknya itu pada pertengahan April lalu dalam kejadian di rumah mereka di sebuah kampung di Chukai.

Bagaimanapun, mangsa tidak menceritakan perbuatan sumbang yang dilakukan oleh abangnya itu kerana telah diugut oleh abangnya itu.

“Hasil pemeriksaan dilakukan, doktor mengesahkan mangsa mengandung 12 minggu dan doktor yang merawat mangsa kemudiannya membuat laporan polis di Balai Polis Chukai.

“Bagaimanapun mangsa masih lagi dirawat di wad bagi memastikan keadaan kesihatannya kembali pulih,” katanya.

Akibat perbuatan terkutuknya terbongkar, suspek bertindak melarikan diri dan kini diburu pihak polis.

Che Suza berkata, kes itu disiasat mengikut Seksyen 376B Kanun Keseksaan kerana sumbang mahram yang jika sabit kesalahan pesalah boleh dijatuhkan hukuman penjara tidak kurang enam tahun dan tidak melebihi 20 tahun serta boleh dikenakan sebatan. – Sinar

Incoming search terms:

The following two tabs change content below.
Merupakan seorang blogger yang gemar berkongsi artikel menarik dari sumber lain sebagai pengajaran dan rujukan pembaca dengan sedikit gubahan ayat dan olahan sendiri disamping menyelitkan artikel berunsur lawak serta kisah benar. Bercita-cita menjadikan fuh.my sebagai blog Informasi terbaik di Malaysia.

Latest posts by Dr Fuh (see all)

Comments

comments

8 thoughts on “Abang Kandung Durjana Rogol Adik Sendiri”

  1. kisah Si Dairy says:

    apa nak jadi dunia sekarang nie…nafsu dah tak kira persaudaraan dah…nauzubillah..

  2. onlajer says:

    MashaAllah dunia sekarang sedarah pun boleh terjadi lagi kalau tak ada kaitan.
    onlajer recently posted…Sayang Ketat – KetatMy Profile

  3. sohoque says:

    akhlak yang rosak.. aduyai!!!
    sohoque recently posted…Tips Menahan Lapar Ketika BerpuasaMy Profile

  4. zamri zainal abidin says:

    akibat pengaruh cerita lucah yg mudah di akses di internet…juga tiada pemantauan drpd ibubapa di rumah….kurang didikan serta amalan agama Islam di rumah…

  5. Yan Ty says:

    huh….tertiba rasa cam sakit nyer penderitaan si mangsa.
    Yan Ty recently posted…Iftar di Ulam Cafe , Kenanga Wholesale CityMy Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge