“Abang, Ada Tak Duit Seringgit. Sayang Nak Bersihkan Rezeki Abang.”

nafkah.jpg

Allahu. Satu kisah pendek yang sangat meruntun jiwa. Kisah ini diceritakan oleh seorang suami yang bernama Wan Kamarul Wan Salam di laman Facebooknya. Beliau didampingi isterinya yang dalam keadaan serba salah menyampaikan sesuatu yang terlepas pandang oleh suaminya. Sama-sama kita renungi kisah ini.

————————————–

Seusai mengemas semua barang yang akan dibawa pulang ke Negeri Kenyalang, tiba2 aku didampingi oleh isteri tercinta. Senyum2 malu dengan menampakkan wajah yang sedikit gelisah. Aku hanya perhatikan gerak geri dan bersedia mendengar apa jua tutur katanya.

” Abang, ada tak duit seringgit ( RM 1 )?” soalnya. Ada. Nak buat apa sayang?” Ku lihatnya makin kelu. Tampak berkaca diruangan kelopak matanya. Tergagap-gagap apabila suara dilontarkan. Abang, sayang faham abang banyak berhabis sebulan dua ni. Membeli tiket ulang alik ke kampung halaman. Lumrah anak rantau. Terkadang melupakan untuk hal diri sendiri. Tapi sayang tiada punya niat lain. Sayang nak bersihkan rezeki abang. Sayang nak selamatkan abang dari murka Allah. Maafkan sayang, ujarnya perlahan”.

“Kalau abang ada seringgit (RM 1) , abang hadiahkan kepada sayang.Anggaplah ia sebagai nafkah pemberian abang kepada sayang”. Allah, sesungguhnya aku terkedu Ya Allah.Air mataku mula berlinangan. Mungkin kita suami terlupa, atau memang keadaan kita yang mendesak.

Ya Allah, Kau anugerahkan kepadaku seorang wanita yang mulia hatinya. DemiMu Ya Allah, aku akan berusaha tidak akan menyakiti hatinya.

Maafkan saya atas perkongsian ini. Nampak simple.Hanya nafkah. Walaupun isteri kita berkerja. Itu hak mereka. Hakikat yang lebih besar ialah rahmat Allah untuk kita dalam berumahtangga.Moga dengan kita berbuat baik kepada isteri, rahmat Allah akan mencurah2 dalam hubungan kita.Aamiin.

Dalam rezeki kita, tersimpan hak orang lain.Walau hanya seringgit !

Benarlah, kadang-kadang kita terlupa tanggungjawab kita sebagai suami, walaupun nampak kecil tapi ianya adalah tanggungjawab yang wajib kita laksanakan. Semoga sama-sama kita mengambil ikhtibar dari kisah ini.

Sumber : Wan Kamarul Wan Salim

Gambar: Pesonapengantin.my

The following two tabs change content below.
Merupakan seorang blogger yang gemar berkongsi artikel menarik dari sumber lain sebagai pengajaran dan rujukan pembaca dengan sedikit gubahan ayat dan olahan sendiri disamping menyelitkan artikel berunsur lawak serta kisah benar. Bercita-cita menjadikan fuh.my sebagai blog Informasi terbaik di Malaysia.

Comments

comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge