9 Tips Yang Boleh Ubah Diri Anda Cepat Jadi Kaya

164176162-100250276-large.jpg

“DAH BUKAN REZEKI AKU NAK JADI KAYA. AKU USAHA MACAM MANA PUN, TAK KAYA-KAYA JUGA…”

Ini skrip yang biasa kita dengar (yang kita rasa, korang pun dah bosan dengar ayat ini). Kalau bercakap pasal topik ini, ramai yang terus tunding jari dan salahkan rezeki.

Padahal, kalau tak pernah nak usaha, sampai bila-bila pun memang tak akan jadi kaya. Cukup jelas yang jadi masalah utama kat sini adalah isu berkaitan mentaliti.

Boleh kata, orang kaya agak berbeza berbanding orang biasa. Tak percaya? Cuba lepak dengan orang macam ini, daripada lepak kat mamak mengopi. Banyak ilmu yang boleh kita belajar dengan mereka.

$1: Mula fikirkan idea untuk jana pendapatan tambahan.

Kalau nak kaya, buang dulu gaya fikir (mindset) yang akan baraikan diri sendiri seperti:

“DUIT GAJI AKU DAH TERLEBIH DARIPADA CUKUP. KENAPA AKU NAK KENA BUAT DUIT LEBIH? BUAT PENAT BADAN JE.”

Gaya fikir macam ini akan jadi dinding penghalang kekayaan korang.

Kalau rasa diri dah cukup dengan apa yang ada, memang korang akan jadi cukup mantap dalam menjana pelbagai alasan.

Buang gaya fikir atas ini, dan gantikan dengan:

“MACAM MANA NAK JANA DUIT LEBIH, DARIPADA GAJI YANG AKU ADA YANG SEKARANG INI?”

Korang baru nak mula? Fikirkan 3 (atau lebih) cara untuk korang jana duit lebih, yang boleh korang buat diluar kerja tetap korang tu.

Daripada menulis e-book sehingga menjual produk yang hangat kat pasaran semasa, korang bebas nak buat apa saja. Asalkan ia menjana rezeki yang berkat dan halal.

Zaman Internet sekarang, macam-macam korang boleh buat tanpa gunakan banyak masa dan ganggu karier utama korang. Nak atau tak nak saja.

$2: Terus-menerus lekatkan diri dengan ilmu.

Ilmu adalah intipati utama kalau nak jadi kaya dan berjaya. Kalau korang tanya orang kaya, mereka pun akan ulang cakap benda yang sama.

Dah tentu usaha, tindakan, dan tawakal adalah intipati lain untuk mencapai kejayaan. Tapi, ilmu adalah yang paling utama yang boleh kita fokuskan terlebih dulu.

Dengan belajar mantapkan skil baru dan ilmu dalam bidang yang korang minati, korang boleh kurangkan masa dalam mencapai kekayaan dalam hidup.

Belajar sesuatu yang baru bila korang ada masa terluang. Tak kira dengan membaca buku, mendengar podcast, atau daftarkan diri ke seminar atau kelas. Janji korang terus belajar dan mantapkan diri dengan ilmu.

Semakin hebat ilmu korang (tak kira dalam apa jenis bidang sekalipun), lebih layak dan cepat korang akan jadi kaya.

$3: Tetapkan matlamat kewangan dengan jelas.

“BUAT APA YANG BIASA KITA BUAT, DAN KITA AKAN DAPAT APA YANG BIASA KITA DAPAT.”

Dalam konteks kewangan, ayat ini sangat logik. Ramai yang tetapkan matlamat kewangan sekadar untuk dapatkan duit nak bayar ansuran rumah, dan segala bil yang ada.

Kalau korang dah berjaya dapatkan kerja dan gunakan gaji untuk lunaskan tanggungjawab ini, kenapa tak alihkan fokus untuk mencapai matlamat kewangan yang lebih besar?

Antara contoh matlamat yang korang boleh tetapkan adalah:

  • tingkatkan kapasiti simpanan dalam akaun bank setiap bulan,
  • langsaikan segala hutang piutang,
  • tingkatkan pendapatan tambahan, atau lain-lain yang berkaitan.

Mentaliti adalah yang paling utama dalam perkara ini. Latih diri untuk melihat kewangan dari sudut yang berbeza. Pendek kata, amalkan gaya fikir think big.

$4: Jadikan duit sebagai kawan, bukan lawan.

Hakikatnya, banyak perkara kat dunia sekarang yang gunakan duit. Kita bukan bayar bil guna air liur, atau gunakan sistem barter macam zaman dulu kala.

Dengan duit, kita boleh mudahkan macam-macam urusan dan dapatkan sekuriti untuk keluarga (supaya lebih selamat). Jadi, logik untuk kita anggap duit sebagai “kawan” kita (tapi bukan kawan baik ya).

Ini mentaliti yang elok kita semat dalam minda kita sentiasa.

Ada yang kata, duit adalah raja segala syaitan. Tapi bagi aku, kalau kita gunakan duit untuk perkara yang patut, ia tetap akan berikan perkara yang baik-baik saja.

Jadi, ia terpulang kat cara kita gunakan duit. Kalau untuk perkara yang baik, akan hasilkan perkara yang baik. Kalau tak, aku rasa korang tahu apa yang akan jadi kan?

Lagi satu,jangan sampai korang jadi hamba duit dah lah…bila ada duit bayar zakat sedekah amal jariah jangan lupa..bagi duit kat mak bapak tu paling peting.Berkat doa ibu bapak tu biasanya yg buat korang cepat kaya.

$5: Latih minda dengan belajar selesaikan masalah.

Ada sebab orang kaya fokus kat cara nak selesaikan masalah.

Sebabnya? Masalah adalah punca duit. Bisnes wujud kat muka bumi ini sebab nak selesaikan setiap masalah yang ada.

Daripada korang asyik merungut tak tentu pasal, baik lagi korang fokus dan cari jalan selesaikan masalah itu.

Sikap ini akan melatih minda korang untuk melihat peluang dari pelbagai sudut, dan ia sama sekali akan berikan manfaat kat korang untuk jangka masa panjang.

Ia juga akan jadikan korang lebih efisyen untuk fikirkan jalan penyelesaian setiap masalah yang terjadi.

Nak mula buat ini? Kaji dan tulis setiap masalah kewangan yang korang ada. Contohnya:

  • Macam mana nak tingkatkan pendapatan semasa korang?
  • Apa cara untuk kurangkan perbelanjaan setiap bulan?
  • Apa yang boleh aku buat untuk simpan lebih banyak duit?

Ini antara contoh masalah yang korang boleh selesaikan.

Lepas dah tulis, cari jalan penyelesaian secara praktikal yang terbaik. Dan teruskan buat perkara ini supaya korang boleh sentiasa tambah baik taraf kewangan dari masa ke semasa.

Kat sini, korang juga tengah melatih diri sendiri untuk jadi seorang oportunis. Kalau kita tengok dan kaji, ramai orang kaya ada sifat ini dalam diri mereka. Itu sebab mereka boleh jadi kaya.

$6: Cabar diri buat sesuatu kat luar zon selesa anda.

Zon selesa adalah pembunuh utama impian korang untuk jadi kaya raya.

Ramai yang terlalu takut untuk keluarkan diri dari zon ini. Mereka takut nak buat sesuatu keputusan. Golongan ini dah terlampau selesa, dan tak suka keselesaan ini jauh dalam hidup mereka.

Sebab apa orang kaya boleh jadi kaya? Mereka tak gentar buat keputusan yang berat, yang ramai orang takut nak buat. Mereka tahu, keselesaan yang lebih baik adalah bila mereka ada banyak duit.

Cuba kita kaji situasi ini sebagai contoh.

Kalau korang berhenti kerja, korang boleh mulakan dan fokus 100% kat bisnes. Korang rasa, berapa ramai yang sanggup tinggalkan karier semasa untuk buat sesuatu yang baru dalam hidup?

Bahkan bab ilmu juga sama. Berapa ramai yang sanggup luangkan masa belajar sesuatu ilmu yang baru? Kalau susah sikit, mula patah semangat dan mengalah.

Orang kaya tak macam ini. Mereka suka kat cabaran baru, dan ini jadi sebab utama mereka boleh capai kejayaan yang kadang-kala tak masuk akal.

$7: Kesan pergerakan kewangan anda setiap bulan.

Tak kira korang ada RM1 juta sekalipun, kalau berbelanja macam orang gila, tak akan kekal kaya juga.

Kalau teruskan sikap ini, duit gaji beribu sebulan pun tak akan pernah cukup. Asal akhir bulan tiba, duit tak pernah nak cukup. Itu belum cerita lagi pasal simpanan. Silap-silap satu habuk pun tak ada.

Duit gaji yang banyak tak menjamin kekayaan kita. Sikap kita adalah kunci utama dalam perkara ini.

Langkah terbaik yang korang boleh buat, adalah mengesan setiap perbelanjaan yang korang buat setiap bulan.

Kat sini, korang boleh kesan balik setiap duit keluar dan kemudian, baru korang boleh betulkan balik kewangan korang dengan berkesan.

Resit yang korang dapat itu, ada gunanya. Jadi, mula amalkan sikap menyimpan segala rekod perbelanjaan.

Setiap kebocoran yang berlaku, kita boleh tampal balik kalau tahu punca bocor itu kat mana.

Cara ini juga akan mudahkan kita mengawal sikap berbelanja secara berlebih-lebih.

Ramai orang yang kantoi bab ini. Jadi, berhati-hati masa berbelanja ya. Ambil resit dan simpan. Bukan biarkan resit itu jadi penghuni rasmi tong sampah.

$8: Utamakan matlamat yang anda nak capai.

Mungkin korang dah tetapkan matlamat kewangan dengan jelas.

Tapi, kalau ada banyak matlamat pun, ia akan peningkan kepala korang satu hari nanti. Dan adalah perkara biasa kalau kita ada macam-macam matlamat yang nak dicapai.

Kemungkinan besar, tak ada satu matlamat yang korang akan berjaya capai. Sebab banyak sangat nak buat dalam satu masa.

Kalau korang digelar raja multitasking sekalipun, kita cuma manusia biasa saja. Kita tak boleh buat semua benda sekaligus.

Yang terbaik korang boleh buat, adalah dengan mengutamakan (prioritize) matlamat yang paling penting korang nak capai, berbanding buat semua sekali.

Kalau korang nak tambah simpanan, tak perlu simpan duit untuk pergi bercuti atau beli kereta baru. Fokus kat satu perkara dalam satu masa adalah lebih baik.

Capai satu-satu. Dah selesai satu, baru buat yang lain.

$9: Belajar laburkan duit dengan bijak.

Kalau tak pernah melabur, cari ilmu yang betul terlebih dulu.

Tak tahu mana nak mula? Boleh saja cari buku yang berkenaan dengan topik pelaburan yang korang nak buat.

Kalau nak lagi best dan selamat, cari dan jumpa pakar tentang topik seperti pelaburan hartanah atau pelaburan saham yang bertauliah.

Sebab apa aku pesan macam ini?

Sekarang ini zaman scammer bermaharalela. Takut nanti pasal nak belajar, korang kena tipu pula.Aku cuma pesan macam ini siap-siap supaya korang tak buat nanti.

Bila korang dah ada ilmu yang baik tentang pelaburan, mulakan dengan kecil dulu. Kalau betul buat, dengan modal kecil pun boleh buat untung yang banyak.

Semoga tips-tips ni mampu mengubah hidup korang harini….

Dah kaya Ingat lah Allah,Jangan kejar Kekayaan dunia sahaja,Kekayaan akhirat pon perlu juga!oke?bye

sumber

The following two tabs change content below.

Leo

Good Game Well Play!

Latest posts by Leo (see all)

Comments

comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge