8 Fakta Kebaikan Dan Manfaat Makanan Pedas

8-Manfaat-Makanan-Pedas.jpg

8 Fakta Kebaikan Dan Manfaat Makanan Pedas | Setiap orang mempunyai cara makanan dan pola makanan yang berbeza. Hanya harus pandai mengimbangi makanan mengikut piramid makanan untuk mendapatkan nutrient yang seimbang untuk tubuh badan.

Setiap jenis makanan mempunyai khasiat yang berbeza. Begitu juga dengan makanan pedas. Makanan pedas mungkin menjadi kesukaan dari sebagian orang, tetapi ada juga orang yang tidak suka dengan makanan pedas.Orang yang tidak suka makanan pedas kebiasaannya takut perutnya akan sakit ataupun telah mempunyai penyakit yang tidak boleh makan makanan pedas. Namun makanan pedas ternyata ada manfaat baik bagi tubuh kita.

8 Fakta Kebaikan Dan Manfaat Makanan Pedas

1. Melancarkan pernafasan

Makanan pedas bertindak seperti ubat untuk yang mempunyai masalah pernafasan dan membantu pesakit asma, bronkitis kronik, sinusitis dan penyakit pernafasan yang lain agar bernafas lebih baik.

2. Menjaga mood

Makanan pedas boleh meningkatkan penghasilan hormon yang memberi rasa ketenangan, seperti serotonin. Hasilnya, makanan ini mampu membantu mengurangkan depresi dan stress.

3. Mencegah Kanser

Banyak penelitian menunjukkan kuantiti teratur makanan pedas akan mengurangi risiko kanser. Kapsaicin sejenis zat dalam cili dapat menyebabkan rasa panas, terbakar bila terkena kulit . Ia memperlambatkan pertumbuhan sel kanser dan pada banyak kes sel-sel kanser mati tanpa merosakkan sel di sekitarnya.

Menurut American Association for Cancer Research, kapsaisin juga memiliki kemampuan untuk membunuh beberapa sel kanser dan leukimia. Sedangkan kunyit, yang dijadikan bahan dalam kari dan mustard, boleh memperlambatkan proses penyebaran kanser dan pertumbuhan tumor. Untuk memberikan hasil semaksima mungkin, campurkan dengan lada hitam untuk menyerap kunyit 2.000 peratus lebih banyak.

4. Memperbaiki fungsi penghadaman

Manfaat cili dalam saluran penghadaman adalah meningkatkan aliran darah di perut dan meningkatkan lapisan mukus. Kapsaisin juga membantu membunuh bakteri H.pylori penyebab penyakit gastrik.

Akan tetapi jika anda mengalami heartburn (rasa panas) setelah makan pedas, cubalah tablet antiacid yang akan meneutralkan asid di perut.

5. Menghilangkan Gejala Selsema

Kapsaisin membantu meningkatkan pengeluaran peluh dan menghilangkan gejala selsema yang mengganggu. Makanan pedas juga akan membantu membuka pernafasan, mengurangkan radang pada saluran pernafasan dan gejala selsema yang lain.

6. Menyihatkan jantung

Cili menyihatkan jantung dengan cara mencegah pembekuan darah. Pemerhatian juga menunjukkan kadar kolesterol yang tidak baik/LDL boleh mencegah pengoksidaan yang akan menyebabkan pembuluh darah tersumbat.

Kapsaisin juga berkesan melawan keradangan, yang telah dikenalpasti sebagai faktor risiko penyakit jantung.

Hasil kajian juga menunjukkan, budaya makan makanan pedas menyebabkan insiden serangan jantung dan stroke menjadi lebih rendah.

Alasannya, cili merah boleh mengurangkan kesan dari kolesterol yang berat, sedangkan kapsaisin pula boleh melawan keradangan. Kedua-duanya merupakan faktor risiko untuk masalah jantung.

7. Turunkan berat badan

Cili mengandung kapsaisin, , memiliki kesan termogenik yang boleh menyebabkan tubuh membakar kalori ketika mengunyah selama 20 minit. Ia yang akan mempercepat metabolisme dan membantu tubuh membakar kalori lebih cepat. Hal ini terjadi kerana kapsaisin meningkatkan suhu tubuh dan berperanan dalam meningkatkan denyutan jantung.

Tambahan pula, kajian menunjukkan orang yang suka makanan pedas biasanya makan dalam kuantiti yang sedikit sehingga berat badan lebih terjaga. Lagipun, rasa pedas itu boleh meningkatkan metabolisme anda.

8. Menurunkan tekanan darah

Menurunkan tekanan darah. Vitamin A dan C mampu menguatkan dinding otot jantung, sementara panas dari lada meningkatkan aliran darah ke seluruh tubuh. Kombinasi ini boleh menghasilkan sistem kardiovaskular yang lebih kuat.

Incoming search terms:

The following two tabs change content below.
Merupakan seorang blogger yang gemar berkongsi artikel menarik dari sumber lain sebagai pengajaran dan rujukan pembaca dengan sedikit gubahan ayat dan olahan sendiri disamping menyelitkan artikel berunsur lawak serta kisah benar. Bercita-cita menjadikan fuh.my sebagai blog Informasi terbaik di Malaysia.

Latest posts by Dr Fuh (see all)

Comments

comments

12 thoughts on “8 Fakta Kebaikan Dan Manfaat Makanan Pedas”

  1. Rina says:

    Saya suka sekali pedas, ternyata khasiatnya sangatlah banyak ya namun kalau konsumsinya berlebihan pasti juga punya sisi negatifnya, mohon ini juga di ulas
    terima kasih infonya 🙂
    Rina recently posted…Easy Ways To Create And Build A Responsive Website DesignMy Profile

    1. VIMAX2U says:

      selalu kalo terlebih cirit birit.. kadang leh sembelit..org buasir pun xdigalakna makan pedas
      VIMAX2U recently posted…VIMAX RM230My Profile

  2. VIMAX2U says:

    wow xsangka banyak kelebihan mmg feveret makan pedas
    VIMAX2U recently posted…VIMAX RM230My Profile

  3. Yana Sakura says:

    wahhh….xsangka makanan pedas byk manfaat dia..nice sharing Dr Fuh!!
    Itew suke makanan pedass!! terbaikk…kalau dlm family kite la yg suke sgt mkn pedas2..Hahaha =)
    Yana Sakura recently posted…Kebesaran Al- QuranMy Profile

    1. VIMAX2U says:

      jangan terlebih makan sudah la nanti cirit birit plak hehehe
      VIMAX2U recently posted…VIMAX RM230My Profile

  4. farah nur says:

    saya suka makan makanan pedas..!!! kalau mkn lauk sambal saya mesti tambah dua pinggan

    1. VIMAX2U says:

      sama la saya memang feveret sambal petai ikan bilis klo ada sure berpinggan2
      VIMAX2U recently posted…VIMAX RM230My Profile

  5. vcore says:

    nice sharing admin

  6. amir zahari says:

    Makan terlalu pedas pun boleh bagi kesan pada perut.. boleh pedih perut dan cirit birit..
    amir zahari recently posted…Izinkan Saya Berzina Dengan Anak PakcikMy Profile

  7. baby comel says:

    Owh, perut ku tak boleh terima yg terlalu pedas..
    baby comel recently posted…Isteri Queen Control dan Menteri Kewangan?My Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge