7 Kalimah Jadikan Amalan Harian

amalan-7-kalimah.png

7 Kalimah Jadikan Amalan Harian | Assalamulaikum dan Salam Jumaat kepada semua pembaca yang disayangi. Perkongsian Luna kali ini adalah mengenai 7 kalimah yang perlu kita jadikan amalan seharian.

Sabda Rasulullah S.A.W :

“Barang siapa hafal tujuh kalimah ini, ia akan dipandang mulia di sisi Allah dan malaikat serta diampuni dosa-dosanya walau sebanyak buih di laut.”

7 KALIMAH AGUNG.

1. Mengucapkan  Bismillah pada tiap-tiap hendak melakukan sesuatu.

2. Mengucapkan Alhamdulillah pada tiap-tiap selesai melakukan sesuatu

3. Mengucapkan  Astagfirullah jika lidah terselip perkataan yang tidak patut.

4. Mengucapkan InsyaAllah jika merencanakan berbuat sesuatu di hari esok.

5. Mengucapkan La haula wala kuwwata illa billah jika menghadapi sesuatu tak disukai dan tak diingini.

6.  Mengucapkan Inna lillahi wa inna ilaihi rajiun jika menghadapi dan menerima musibah.

7. Mengucapkan La ilaha illa Allah Muhammad Rasulullah sepanjang siang dan malam sehingga tak terpisah dari lidahnya .

Dari tafsir Hanafi, mudah-mudahan ingat, walaupun lambat-lambat mudah-mudahan selalu, walau sambil lalu mudah-mudahan jadi bisa, karana sudah biasa.

Nota Luna Nana : Amalkan 7 kalimah ini dalam kehidupan seharian kita,mudah-mudahan akan menjadi bekalan di alam barzakh dan akhirat kelak.Setiap yang baik itu pasti ada ganjaran yang disediakan oleh Allah. Wallahualam.

Marilah kita saling ingat memperingati antara saudara sesama Islam.

Allah S.W.T berfirman : “Dan hendaklah ada di antara kamu segolongan umat yang menyeru kepada kebaikan dan menyuruh kepada makruf dan mencegah dari yang mungkar, mereka itulah orang-orang yang beruntung. “(Ali Imran : 103-104)

The following two tabs change content below.
Merupakan seorang blogger yang gemar berkongsi artikel menarik dari sumber lain sebagai pengajaran dan rujukan pembaca dengan sedikit gubahan ayat dan olahan sendiri disamping menyelitkan artikel berunsur lawak serta kisah benar. Bercita-cita menjadikan fuh.my sebagai blog Informasi terbaik di Malaysia.

Comments

comments

6 thoughts on “7 Kalimah Jadikan Amalan Harian”

  1. Blog informasi mohon jangan la letak kotak like fanpage dengan waiting melebihi 10 second.. Apapun perkongsian ni sangat bagus
    lekatlekitgurl recently posted…GOSIP PRODUK SEBAMED TIDAK HALALMy Profile

  2. mselim3 says:

    Assalammualaikum…fuh,

    insaallah boleh jadikan ini satu amalan harian.

    mselim3
    mselim3 recently posted…Entry Khas : Link ExchangeMy Profile

    1. Amalan orang2 yg dekat dengan Allah.. In shaa Allah kita pun boleh.
      Aniqbukhary32 recently posted…Apa yang hebat sangat dengan budak Badhri Radzi tu?My Profile

  3. In Shaa Allah boleh

    #Pergh.. gempak giler… Tukar kepada Subhanallah..
    #OMG(Oh my god)… Tukar kepada Ya Allah…
    #Terbaik!!…. Tukar kepada Alhamdulilah…
    #Ok.. Orait.. Tukar kepada Insya-Allah….
    #Cilaka…. Tukar kepada Masya-Allah…
    #Alamak..lupa lak.. Tukar kepada Allahumassolli’ala Muhammad…
    #Arrgghhh Pening!!.. Tukar kepada Astaghfirullah….
    #Eeeee… teruknyaa… Tukar kepada Na’uzubillah…
    #Opocot!…. Tukar kepada Allahu akbar…
    #Hek eleh… Tukar kepada La ilaha illallah…
    Aniqbukhary32 recently posted…Apa yang hebat sangat dengan budak Badhri Radzi tu?My Profile

    1. Abdul Hafiz says:

      InsyaAllah. Semoga apa yang kita selalu kita sebut akan dapat diubah kepada yang baik.
      Abdul Hafiz recently posted…Sejarah, Maksud Ngap Sayot dan Awang MahyanMy Profile

Leave a Reply to Abdul Hafiz Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge