7 Foto Bekas Lombong Berlian Yang Terbesar di Rusia

7-Foto-Bekas-Lombong-Berlian-Yang-Terbesar-di-Rusia.jpg

7 Foto Bekas Lombong Berlian Yang Terbesar di Rusia | Mir Mine atau Mirny Mine adalah lombong berlian berupa lubang besar terbuka yang terletak di Mirny , Siberia Timur , Rusia.

Lombong ini mempunyai kedalaman 525 meter dan berdiameter 1,200 meter . Lombong ini menjadi lombong terbesar kedua di dunia selepas Bingham Canyon Mine . Ruang udara diatas lombong ini ditutup bagi helikopter kerana beberapa kemalangan yang berlaku di mana mereka disedut kedalam akibat udara yang mengalir ke bawah lubang .

Lombong ini ditemui pada 13 Jun , 1955 oleh ahli geologi Soviet , Yuri Khabardin , Ekaterina Elagina dan Viktor Avdeenko dalam Ekspedisi Amakinsky di Yakut ASSR . Mereka mencari jejak batu volkanik kimberlite yang biasanya dihubungkan dengan berlian . Atas penemuan ini , pada tahun 1957 Khabardin dianugerahi Lenin Prize.

 7 Foto Bekas Lombong Berlian Yang Terbesar di Rusia2 7 Foto Bekas Lombong Berlian Yang Terbesar di Rusia3 7 Foto Bekas Lombong Berlian Yang Terbesar di Rusia4 7 Foto Bekas Lombong Berlian Yang Terbesar di Rusia5 7 Foto Bekas Lombong Berlian Yang Terbesar di Rusia6 7 Foto Bekas Lombong Berlian Yang Terbesar di Rusia7

Di samping pengaruh iklim yang cukup merumitkan , pada tahun 1960 lombong ini menghasilkan 10,000,000 berlian per tahun . Berlian terbesar di lombong itu ditemui pada 23 Disember 1980 , dengan berat 342.5 karat atau 68 gram dan diberi nama ” 26th Congress cpsu ” .

Perkembangan yang amat pesat dari lombong ini membuat De Beers bimbang, syarikat yang saat itu menjadi pengedar berlian terbesar di dunia . De Beers harus membeli berlian Rusia untuk mengawal harga pasaran , dan oleh kerana itu harus mengetahui sebanyak mungkin perkembangan lombong itu .

Pada tahun 1970 , eksekutif De Beers , Sir Philip Oppenheimer dan ahli geologi Barry Hawthrone tiba melawat lombong di Mirny meskipun hanya mempunyai masa 20 minit kerana batas visa mereka akan segera habis . Namun demikian mereka sudah cukup mendapatkan maklumat penting yang ingin mereka perlukan .

Selepas beroperasi selama 44 tahun , pada 2001 lombong itu ditutup . Selepas kejatuhan USSR ( Soviet Union ) , pada tahun 1990-an , lombong itu dikendalikan oleh syarikat berlian , Sakha yang mencatatan jualan berlian tahunan sebanyak $ 600juta .

Saat ini tambang itu dikendalikan oleh Alrosa , syarikat berlian terbesar di Rusia dengan 3600 pekerja .

Pada tahun 1970an , pembinaan dilakukan dengan membina rangkaian bawah tanah . Pengeluaran berlian dengan kaedah ini bermula pada tahun 1999 dan dijangka akan berlangsung selama 27 tahun kehadapan . Anggaran ini berdasarkan kedalaman 1220 meter . Dan untuk menstabilkan lubang utama yang terbengkalai , bahagian dasarnya disalut oleh serpihan setebal 45 meter .

sumber

Incoming search terms:

The following two tabs change content below.
Merupakan seorang blogger yang gemar berkongsi artikel menarik dari sumber lain sebagai pengajaran dan rujukan pembaca dengan sedikit gubahan ayat dan olahan sendiri disamping menyelitkan artikel berunsur lawak serta kisah benar. Bercita-cita menjadikan fuh.my sebagai blog Informasi terbaik di Malaysia.

Latest posts by Dr Fuh (see all)

Comments

comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge