5 Tip Ringkas Dan Berkesan Untuk Hidup Sihat

jus-sebenar.jpg

5 Tip Ringkas Dan Berkesan Untuk Hidup Sihat | Assalaamualaikum warahmatullahi wabarakaatuh. Teacher Muja selalu berasa kagum dengan mereka yang membuat perubahan besar yang jelas dalam kehidupan mereka.

Sebagai contoh Cik Epal yang makin hari makin cantik. Kita sebagai orang yang selalu mengikuti perkembangan hidup beliau pun dapat melihat perubahan yang ketara itu. Teacher Muja pun inginkan perubahan yang lebih baik dalam hidup. Jom berubah berjemaah nak?

Perubahan yang Teacher Muja inginkan sekarang adalah dari segi cara pemakanan sihat untuk hidup bahagia, tapi Teacher Muja mahukan perubahan yang lojik dan boleh dilakukan walaupun hasilnya tidak cepat sangat. Jom ketahui 5 tip ringkas dan berkesan untuk hidup sihat. 😀

Apabila kita terlalu terburu-buru dalam melakukan satu program diet yang intensif, kita biasanya akan mencuba terlalu banyak perkara yang pada satu tahap kita tidak lagi tahu yang mana satu yang menolong kita menghapuskan beberapa kilo berat badan dan meningkatkan kekuatan badan dan apa yang tidak.

Jalan-jalan di pagi hari

berjalan

Lapangkan masa kita selama sejam untuk berjalan pantas setiap pagi. Berjalan bukan hanya akan memberi semangat untuk mengharungi hari kita, bahkan akan membakar banyak kalori, yang pastinya berbaloi untuk kita korbankan waktu tidur untuknya.

Kurangkan Pengambilan Kanji

kek ubi

Mengurangkan pengambilan kanji daripada ubi dan nasi. Kanji adalah satu karbohidrat complex dan sangat susah untuk dicerna dalam tubuh badan.

Tambahkan pengambilan sayur-sayuran
sayur sayuran

Setelah mengurangkan pengambilan kanji, kita mungkin boleh menggantikannya dengan sayur-sayuran hijau. Mungkin sayur-sayuran yang distim boleh mengenyangkan tanpa membebankan badan.

Hidratkan badan dengan meminum air yang banyak

air putih

Sentiasa ingatkan diri sendiri untuk meminum sekurang-kurangnya 8 cawan air bersamaan 2 liter setiap hari. Air adalah satu-satunya bahan yang mengandungi 0 kalori. Dia membantu segala proses dalam badan nak menjamin kesihatan. Pengambilannya juga mengurankan rasa lapar.

Jus sebenar itu penting

jus untuk sihat

Jus organik! Daripada jus yang diproses dan dipatenkan dengan pelbagai cara yang didapati lebih mempunyai banyak gula tiruan daripada kebaikan semulajadi. Apa kata dapatkan mesin pembuat jus dan hadiahkan diri sendiri dengan jus oren buatan dari rumah. Memasukkan buah-buahan dalam diet kita sentiasa baik untuk kesihatan.

Kebelakangan ini, terdapat terlalu banyak buku yang mendakwa mengandungi diet yang baik dan cara untuk turunkan berat badan dengan cepat. Iklan sebegini sebenarnya boleh berakhir dengan mewujudkan lebih banyak keburukan daripada kebaikan. Wassalaam.

The following two tabs change content below.
Merupakan seorang blogger yang gemar berkongsi artikel menarik dari sumber lain sebagai pengajaran dan rujukan pembaca dengan sedikit gubahan ayat dan olahan sendiri disamping menyelitkan artikel berunsur lawak serta kisah benar. Bercita-cita menjadikan fuh.my sebagai blog Informasi terbaik di Malaysia.

Comments

comments

3 thoughts on “5 Tip Ringkas Dan Berkesan Untuk Hidup Sihat”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge