5 Slogan Jenama Yang Lucu

honest-slogans-candy-crush.jpg

5 Slogan Jenama Yang Lucu | Assalaamualaikum warahmatullahi wabarakaatuh. Sekarang ni, Teacher Muja perasan ramai orang suka berbisnes, terutama bisnes di atas talian. Alhamdulilah. Perniagaan adalah punca utama rezeki. Bisnes yang berjaya memerlukan skil dan kepakaran dalam banyak aspek terutamanya aspek promosi kerana teknik promosi yang hebat akan berjaya meyakinkan para pelanggan.

Dalam mempromosikan jenama, pemilihan slogan yang tepat adalah sangat penting. Slogan yang baik seharusnya ringkas tetapi berjaya memberi gambaran kelebihan yang ada pada sesuatu produk. Selain itu, slogan juga perlu mudah diingati. Antara cara meninggalkan imej mental kepada pelanggan adalah dengan mencipta slogan jenama yang lucu kerana manusia sangat tertarik dengan perkara yang menghiburkan.

Di bawah adalah senarai 5 slogan jenama yang lucu. Slogan-slogan yang digunakan ternyata berjaya membawa produk-produk ini ke satu tahap pencapaian tersendiri sehingga menjadi sangat popular seantero dunia.

Candy Crush – Game Version of Pure Cocaine

candy crush

Sharpie – Turns Passed Out Person Into a Canvas

sharpie, slogan jenama yang lucu

Netflix – Spend More Time Searching Than Actually Watching

netflix, slogan jenama yang lucu

Chapstick – You’ll Misplace It Before the Tube’s Empty

chapstick, slogan jenama yang lucu

Pepsi – When There is No Coke

pepsi, slogan jenama yang lucu

Sangat kreatif bukan? Produk di atas adalah produk-produk yang telah berjaya diperkenalkan kepada seluruh dunia. Terbuktilah penggunaan slogan sangat penting dalam mempromosikan produk. Oleh itu, kita seharusnya mengambil berat tentang slogan yang dicipta kerana ia menggambarkan identiti sesebuah produk. Nampak sahaja remeh dan kecil serta tidak penting, tetapi ternyata slogan adalah sangat berkuasa.

Wassalaam.

Incoming search terms:

The following two tabs change content below.
Merupakan seorang blogger yang gemar berkongsi artikel menarik dari sumber lain sebagai pengajaran dan rujukan pembaca dengan sedikit gubahan ayat dan olahan sendiri disamping menyelitkan artikel berunsur lawak serta kisah benar. Bercita-cita menjadikan fuh.my sebagai blog Informasi terbaik di Malaysia.

Latest posts by Dr Fuh (see all)

Comments

comments

3 thoughts on “5 Slogan Jenama Yang Lucu”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge