5 Filem Yang Lebih Baik Daripada Buku

dear_john02-400x320.jpg

5 Filem Yang Lebih Baik Daripada Buku | Assalaamualaikum dan apa khabar para pembaca fuh.my hari ini? Lamanya Teacher Muja tak tulis entry untuk topup ilmu korang. Kengkadang kehidupan di dunia ni terlalu hectic menyebabkan kita lupa apa yang buat kita bahagia. Blogging adalah perkara yang selalu buat Teacher Muja bahagia. Korang lak macam mana? Harap korang pun ada cara korang untuk luangkan masa untuk diri sendiri.

Hari ni Teacher Muja nak share tentang filem-filem yang diadaptasi daripada buku. Kita boleh tengok sekarang, bagaikan sudah menjadi trend, buku yang terkenal difilemkan. Di Malaysia, Teacher Muja lihat keadaannya pun hampir sama. Sebagai contoh, filem Ombak Rindu yang dihasilkan daripada novel Ombak Rindu. Bukan hanya filem, ada juga drama yang diadaptasi daripada novel seperti drama Sebenarnya Saya Isteri Dia yang diadaptasi daripada novel Sebenarnya Saya Isteri Dia. Memang bukan senang nak buat filem adaptasi daripada filem ni. Banyak pihak yang perlu dipertimbangkan.

Apabila buku difilemkan, sudah menjadi perkara yang biasa untuk pembaca buku dan penonton filem untuk membandingkan kedua-dua versi dan biasanya buku dianggap lebih baik daripada filem. Peminat hanya mampu redha dan sabar jela bila tengok filem yang dipuja tidak memaparkan prestasi yang mereka mahu. Namun begitu, terdapat 5 buah filem yang diadaptasi dari Holywood dikatakan lebih baik daripada bukunya. Jom kita tengok, 5 filem yang lebih baik daripada buku.

1. The Borne Trilogy  ( kita boleh anggapnya sebagai satu walaupun ia mempunyai beberapa siri)

the borne trilogy, 5 filem lebih baik daripada buku

Biasanya novel akan menjadi buku aksi anda, namun dengan adanya Matt Damon yang telah menggunakan segala kelebihan yang ada padanya, movie ini telah menjadi lebih baik daripada novelnya yang boleh dikatakan agak suram. Filem yang hebat dengan penggunaan kamera yang pantas dan canggih membawa penonton melalui satu perjalanan yang amat menakjubkan. Deskripsi inilah yang paling tepat untuk filem ini.

2. Forrest Gump

Forrest Gump, filem adaptasi, filem best

Pada tahun 1994, Tom Hanks telah melakukan apa Winston Groom, seorang penulis tidak boleh lakukan iaitu membawa seorang lelaki yang berfikiran ringkas dan mudah untuk hidup dengan cara yang menarik. Sebagai penonton, kita seakan-akan menjadi kawan kepada Forrest dan kita pula yang boleh bergembira dengan setiap kejayaannya , kerana dalam adaptasi filem , kita dapat melihatnya hanyalah sebagai seorang lelaki yang agak bernasib baik. Dalam buku itu, wataknya ditulis dengan lebih tersendiri – dia melawat planet lain, berkawan dengan beruk , dan ditangkap oleh sekumpulan manusia pemakan.

3. Atonement

Atonement, Filem Best, Filem Adaptasi Dari Novel

Buku Ian McEwan adalah sememangnya merupakan sebuah novel yang memaparkan rasa kesedihan yang mendalam. Namun,  mereka yang benar-benar membawa dan memaparkan kerinduan berdekad lama adalah Kiera Knightley dan James McAvoy. Mereka yang menjadi watak utama ini seolah-olah lebih suka hidup dalam adaptasi filem. Mereka sangat mendalami jiwa kedua-dua pencinta malang dan filem inilah yang memberikan lebih keuntungan untuk novel ini.

4. Breakfast At Tiffany’s

Breakfast At Tiffany's, Filem Best, Filem Adaptasi Novel

Audrey Hepburn sebagai Holly Golightly telah mengejutkan penonton selama beberapa dekad. Prestasi beliau sebagai watak wanita muda yang lemah, comel , dan agak miskin adalah lebih ringan berbanding dengan watak seperti yang digambarkan dalam buku ini. Walaupun novel Truman Capote adalah lebih serius, filem ini dikatakan sangat menghiburkan. Filem ini terus menjadi penentu kepada kejayaan Hollywood.

5. Dear John

Dear John, Filem Best, Filem Adaptasi Novel

Walaupun perjalanan cerita dalam buku ini adalah perlahan dan perkataan yang digunakan seolah-olah meletihkan pembaca sepanjang pembacaan, pelakon Channing Tatum dan Amanda Seyfriend berjaya mengimbangi sifat mudah sebuat pekerjaan tanpa menjadikan ceritanya mendatar seperti yang selalu terjadi dalam filem. Dalam persembahan mereka tiada lulls , dan emosi membuak dengan mudah antara kedua-dua pada skrin.

Ada tak antara 5 filem ini yang korang dah pernah tengok? So, korang setuju tak dengan senarai ini?

Sekian daripada Teacher Muja.Moga berjumpa lagi nanti. Jangan rindu-rindu k. 🙂

The following two tabs change content below.
Merupakan seorang blogger yang gemar berkongsi artikel menarik dari sumber lain sebagai pengajaran dan rujukan pembaca dengan sedikit gubahan ayat dan olahan sendiri disamping menyelitkan artikel berunsur lawak serta kisah benar. Bercita-cita menjadikan fuh.my sebagai blog Informasi terbaik di Malaysia.

Latest posts by Dr Fuh (see all)

Comments

comments

3 thoughts on “5 Filem Yang Lebih Baik Daripada Buku”

  1. kucinghitam says:

    kebanyak filem xdpt gambarkan situasi dlm novel

    1. muja says:

      yup,, tapi 5 filem di atas dikatakan sangat berbeza,, huhuu

  2. JOBS VIEW says:

    Eh..dalam lima filem tu..yang dah tengok Forrest Gump je kalau tak silap..yang lain tajuk pun tak pernah dengar..hehe..
    JOBS VIEW recently posted…Jawatan Kosong di Kerajaan Negeri Melaka [UPDATE 10OCT2013]My Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge