3 Perkara Yang Dibolehkan Untuk Perdusta

tipu-dusta.png

3 Perkara Yang Dibolehkan Untuk Perdusta | DARIPADA Ummi Kulsum binti €˜Uqbah bin Abu Mu’ait RA katanya: €œAku mendengar Rasulullah SAW bersabda `bukanlah dianggap pendusta orang yang mendamaikan antara manusia untuk kebaikan atau mengatakan sesuatu yang baik.€ (riwayat Muttafaqun A’laih)

Terdapat tambahan dalam riwayat Muslim, Ummi Kulsum berkata: €œAku tidak pernah mendengar Rasulullah SAW memberi kelonggaran memperkatakan sesuatu yang dusta, dalam tiga keadaan, peperangan, mendamaikan antara manusia dan bicara suami kepada isterinya begitu juga bicara isteri kepada atau dengan suaminya, seperti katanya tidak ada orang yang lebih aku sayang daripadamu.

* Islam tidak membenarkan umatnya berdusta kecuali perkara-perkara yang tertentu sahaja untuk maksud kebaikan.

* Antara perkara-perkara yang dibolehkan berdusta ialah untuk:

* Maslahah perang.

* Mendamaikan antara manusia yang bersengketa dengan menyampaikan kata yang baik daripada satu pihak yang lain walaupun sebenarnya kata-kata itu hanya direka.

* Menjaga hubungan antara suami dengan isteri.

* Petikan daripada koleksi Senarai Hadis dari Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim)

The following two tabs change content below.
Merupakan seorang blogger yang gemar berkongsi artikel menarik dari sumber lain sebagai pengajaran dan rujukan pembaca dengan sedikit gubahan ayat dan olahan sendiri disamping menyelitkan artikel berunsur lawak serta kisah benar. Bercita-cita menjadikan fuh.my sebagai blog Informasi terbaik di Malaysia.

Latest posts by Dr Fuh (see all)

Comments

comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge