3 Pelajar IPTS Maut Kemalangan Di Lebuh Raya Bukit Jalil

Untitled.png

3 Pelajar IPTS Maut Kemalangan Di Lebuh Raya Bukit Jalil | Fuh!! Terkejut Dr Fuh dengar berita ni. Satu kemalangan ngeri berlaku di Lebuh Raya Bukit Jalil, Kuala Lumpur yang telah meragut tiga nyawa pelajar IPTS. Beberapa bulan lalu, satu kemalangan ngeri diberitakan juga melibatkan 3 orang pelajar Universiti. Ikuti berita penuh yang dipetik dari laman mStar Online.

Tiga pelajar institut pengajian tinggi swasta di Bandar Sunway maut manakala seorang pensyarah cedera parah selepas kereta yang dinaiki mereka terlibat dalam kemalangan di Lebuh Raya Bukit Jalil menghala ke Puchong di sini, Ahad.

Penolong Pengarah Operasi Bomba, Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur Azizan Ismail berkata dalam kejadian 6.30 petang itu, kereta Proton Wira yang dipandu pensyarah berkenaan dipercayai terbabas lalu merempuh dua batang pokok di pembahagi jalan lebuh raya itu sebelum masuk ke laluan bertentangan dan melanggar kereta Toyota Estima.

“Pihak bomba menerima maklumat kejadian itu pada 6.48 petang dan tiba ke lokasi bersama dua jentera membabitkan 11 anggota kira-kira 10 minit kemudian.

“Kami dapat mengeluarkan kesemua mangsa yang tersepit di dalam kenderaan itu selepas menggunakan alat khas untuk memotong rangka kereta. Usaha mengeluarkan kesemua mangsa tamat kira-kira 8.30 malam,” katanya kepada Bernama pada Ahad malam.

Azizan berkata siasatan awal pihaknya mendapati kereta yang dinaiki empat mangsa berkenaan dipercayai dari arah Bulatan Lumba Kuda menuju ke ke kolej mereka di Bandar Sunway, selepas pulang dari litar Speed City di Seri Kembangan.

Beliau berkata tiga pelajar jurusan automotif itu dikenali sebagai Mohd Nasharuddin, 20; Hafizuddin Nazri, 18; Zul Zyrean Zaharudin, 18; manakala pensyarah yang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) di Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) di sini dikenali sebagai Hairiee Mohamad Ali, yang berusia lingkungan 20-an.

Mayat ketiga-tiga mangsa dihantar ke Hospital Kuala Lumpur untuk bedah siasat. – Sumber

Dr Fuh – Beringat-ingat lah ketika memandu tu, jangan diikutkan sangat darah muda tu. Nyawa kita cuma 1 sahaja. Apa-apa pon sama-sama kita sedekahkan surah Al-Fatihah kepada mangsa yang telah kembali ke Rahmatullah. Semoga roh mereka ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman. Takziah kepada keluarga ketiga-tiga mangsa.

Incoming search terms:

The following two tabs change content below.
Merupakan seorang blogger yang gemar berkongsi artikel menarik dari sumber lain sebagai pengajaran dan rujukan pembaca dengan sedikit gubahan ayat dan olahan sendiri disamping menyelitkan artikel berunsur lawak serta kisah benar. Bercita-cita menjadikan fuh.my sebagai blog Informasi terbaik di Malaysia.

Latest posts by Dr Fuh (see all)

Comments

comments

4 thoughts on “3 Pelajar IPTS Maut Kemalangan Di Lebuh Raya Bukit Jalil”

  1. cik Ain says:

    Beringat untuk bersuka2…
    Bila bersuka2 kene beringat jugak,….

  2. vcore says:

    al-fatihah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge