3 Jenis Nafkah Zahir Yang Wajib Suami Berikan Kepada Isteri

lelaki-soleh.jpg

3 Jenis Nafkah Zahir Yang Wajib Suami Berikan Kepada Isteri | Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada para pembaca yang dikasihi sekalian. Nampaknya banyak pulak entri berkenaan hal rumahtangga yang Dr Fuh kongsikan kebelakangan ni. Adakah ini satu petanda? Jeng..Jeng..Jeng!! Hari ni Dr Fuh nak share satu artikel yang sangat menarik untuk dibaca terutamanya kepada kita selaku umat Islam. Artikel ini adalah persolan yang telah dijawab oleh Al-Fadhil Ustaz Azhar Idrus.

Soalan: Apa hukum suami tidak beri nafkah zahir pada isteri?

Jawapan dari Ustaz Azhar Idrus:

Suami wajib memberi NAFKAH ZAHIR pada isteri dalam 3 perkara iaitu makan-minum, pakaian, dan tempat tinggal.

Termasuk juga dalam nafkah adalah barang-barang keperluan lain seperti alat berhias & bersuci, dan ubat-ubatan.

Nafkah makan-minum yang wajib adalah 2 KALI SEHARI sehingga kenyang dan yang selebihnya adalah sunat sahaja. Tapi jika isteri jenis makan banyak, misalnya sekali makan satu periuk nasi, maka wajib suami beri makan dua periuk sehari !! Suami jangan berkira sangat sebab siapa suruh kamu kahwin dengan orang kuat makan.

Nafkah pakaian yang wajib diberi pada isteri adalah 2 pasang setahun “complete set” dan selebihnya adalah sunat. Dua pasang itu termasuk baju, kain, tudung, stoking, kasut, dan pakaian dalam. Yang lain-lain adalah sunat dan suami jangan berkira dalam soal ini sebab dia bukan orang lain, dia isteri yang banyak berjasa.

Nafkah tempat tinggal pula adalah rumah yang berpatutan dan bersesuaian dengan keadaan isteri, tak kira samada banglo, flet, rumah atas pokok, khemah, asalkan sesuai dan selamat untuk isteri.

Nafkah-nafkah tersebut adalah HAK ISTERI. Jadi, jika isteri kata “abang tak payah beri nafkah” maka tidak berdosalah suami. Tetapi jika isteri perlu pada nafkah dan suami mengabaikannya, maka haram dan berdosa besarlah suami dan itu juga mengakibatkan solat dan segala amalannya yang lain tidak diterima.

Ingat …. jika isteri derhaka pada suami, segala amalan isteri ditolak; jika suami abaikan tanggungjawabnya pada isteri, segala amalan suami ditolak. – Sumber

Dr Fuh – Jangan ambil mudah hal ni terutamanya yang bergelar lelaki sejati seperti Dr FUh ni. Semoga artikel ini memberi manfaat kepada semua pembaca!

Incoming search terms:

The following two tabs change content below.
Merupakan seorang blogger yang gemar berkongsi artikel menarik dari sumber lain sebagai pengajaran dan rujukan pembaca dengan sedikit gubahan ayat dan olahan sendiri disamping menyelitkan artikel berunsur lawak serta kisah benar. Bercita-cita menjadikan fuh.my sebagai blog Informasi terbaik di Malaysia.

Latest posts by Dr Fuh (see all)

Comments

comments

4 thoughts on “3 Jenis Nafkah Zahir Yang Wajib Suami Berikan Kepada Isteri”

  1. kucinghitam says:

    apa yang penting tanggungjawab jgn diabaikan tue ja

  2. sangbayu says:

    nafkah BATIN..!!!!????walaupun batin dipenuhi kdg2 bkn dgn kerelaan isteri yg mahu merehatkan bdn…tanpa disedari isteri hanya berpura2 mendapat kepuasan bg melayan nafsu si suami….apakah hukum bg isteri dan juga suami pd ketika itu??????

    nafzah ZAHIR!!!????walaupun hidup dlm keaadaan sederhana…si suami mampu memenuhi nafkah ZAHIR..tp apabila dituntut oleh si isteri akan nafzah ZAHIR utk dirinya yang selama perkahwinan tidak penah dirasai walau se sen pn…..membeli pakaian..alat kecantikan..kesihatan…si suami menjawab..’tidak cukup lg ke apa yg dberi selama ini ..makan,pakai.minum…xpenah bersyukur.!!!’…… apakah hukum bg isteri dan juga suami pd ketika itu??????

    SIAPAKAH YANG XPENAH BERSYUKUR!!!!!SI SUAMI ATAUPN SI ISTERI???!!!

    1. sangbayu says:

      nafkah
      BATIN..!!!!????
      walaupun batin
      dipenuhi kdg2 bkn
      dgn kerelaan isteri
      yg mahu merehatkan
      bdn…tanpa disedari
      isteri hanya
      berpura2 mendapat
      kepuasan bg
      melayan nafsu si
      suami….apakah
      hukum bg isteri dan
      juga suami pd
      ketika itu??????
      nafzah ZAHIR!!!????
      walaupun hidup dlm
      keaadaan
      sederhana…si suami
      mampu memenuhi
      nafkah ZAHIR..tp
      apabila dituntut
      oleh si isteri akan
      nafzah ZAHIR utk
      dirinya yang selama
      perkahwinan tidak
      penah dirasai walau
      se sen
      pn…..membeli
      pakaian..alat
      kecantikan..kesihatan…
      si suami
      menjawab..’tidak
      cukup lg ke apa yg
      dberi selama
      ini ..makan,pakai.minum…
      xpenah
      bersyukur.!!!’……
      apakah hukum bg
      isteri dan juga
      suami pd ketika
      itu??????
      SIAPAKAH YANG
      XPENAH
      BERSYUKUR!!!!!SI
      SUAMI ATAUPN SI
      ISTERI???!!!

  3. sangbayu says:

    nafkah
    BATIN..!!!!????
    walaupun batin
    dipenuhi kdg2 bkn
    dgn kerelaan isteri
    yg mahu merehatkan
    bdn…tanpa disedari
    isteri hanya
    berpura2 mendapat
    kepuasan bg
    melayan nafsu si
    suami….apakah
    hukum bg isteri dan
    juga suami pd
    ketika itu??????
    nafzah ZAHIR!!!????
    walaupun hidup dlm
    keaadaan
    sederhana…si suami
    mampu memenuhi
    nafkah ZAHIR..tp
    apabila dituntut
    oleh si isteri akan
    nafzah ZAHIR utk
    dirinya yang selama
    perkahwinan tidak
    penah dirasai walau
    se sen
    pn…..membeli
    pakaian..alat
    kecantikan..kesihatan…
    si suami
    menjawab..’tidak
    cukup lg ke apa yg
    dberi selama
    ini ..makan,pakai.minum…
    xpenah
    bersyukur.!!!’……
    apakah hukum bg
    isteri dan juga
    suami pd ketika
    itu??????
    SIAPAKAH YANG
    XPENAH
    BERSYUKUR!!!!!SI
    SUAMI ATAUPN SI
    ISTERI???!!!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge