3 Jenis Cinta Kepada Rasulullah S.A.W

cinta-rasul.jpg

3 Jenis Cinta Kepada Rasulullah S.A.W | Assalamualaikum dan Salam Sejahtera kepada semua pembaca Fuh.My yang tersayang. Artikel yang Luna ingin kongsikan kali ini adalah berkaitan 3 Jenis Cinta Kepada Rasulullah S.A.WJom kita nilai dan tengok dimanakah tahap cinta kita terhadap Rasulullah S.A.W.

3 Jenis Cinta Kepada Rasulullah S.A.W

3 Jenis Cinta Terhadap Rasulullah

1) Cinta Abu Lahab kepada Nabi

Abu Lahab cintakan insan yang bernama Muhammad sejak bayi. Malah dialah antara orang yang bergembira dengan kelahiran Nabi. Sejurus kelahiran bayi mulia itu, Abu Lahab lah yang menaja ibu susu bernama Thuwaibah yang merupakan hambanya kepada bayi tersebut. Sejak kecil hingga Baginda Muhammad S.A.W dewasa, Abu Lahab tiada masalah dengan Baginda. Tetapi apabila Nabi Muhammad S.A.W. mengumpulkan ahli keluarga untuk mengajak kepada mentauhidkan ALLAH dan berserah diri kepadaNYA, Abu Lahablah dengan kelancangan mulutnya telah mencelaka Baginda dan pelbagai usaha dilakukan bagi mengagalkan dakwah Nabi . ALLAH tidak meredhai dia. Ke neraka dia akhirnya!

Cinta jenis begini ada sejak dahulu sampai sekarang. Manusia-manusia jenis ini mengaku cintakan Nabi, tetapi dalam masa yang sama, merekalah juga yang membangkang dan menentang usaha-usaha untuk membawa ajaran Islam ke dalam masyarakat. Mereka sama seperti Abu Lahab.

2) Cinta Abu Talib kepada Nabi

Abu Talib cintakan kepada Muhammad S.A.W. Malah dia telah bela dan lindungi Nabi sejak kecil sampailah Abu Talib sendiri meninggal dunia pada usia sekitar 80 tahun (kurang-lebih). Tetapi apabila Nabi Muhammad S.A.W mengajak Abu Talib agar mentauhidkan ALLAH dan berserah diri kepadaNYA, Abu Talib memberikan banyak alasan. Abu Talib tidak terima dakwah Nabi, tidak ikut ajaran Nabi dan dalam masa yang sama tidak pula dia menentang dan membangkang. ALLAH tidak meredhai dia. Ke neraka dia akhirnya!

Cinta jenis begini juga ada sejak dahulu lagi. Mereka mengaku mencintai Nabi Muhammad S.AW, bahkan jika nama Nabi dihina dan imej Nabi diperlekeh, mereka akan bangkit membela dan menyatakan ketidakpuashatian. Tetapi malangnya, ajaran-ajaran Nabi tidak pula dihayati dan diambil sepenuhnya. Mereka tidak kisah akan ajaran Nabi. Mereka sekadar cinta sahaja. Mereka persis Abu Talib.

3) Cinta Abu Bakar As-Siddiq kepada Nabi

Abu Bakar As-Siddiq cintakan Nabi Muhammad S.A.W. Beliau bukan setakat cinta, bahkan bela, lindung dan berkorban untuk Nabi. Dan yang lebih istimewa dan bermakna ialah beliau ikut seruan Nabi Muhammad S.A.W 100%. Bahkan setelah Baginda Nabi wafat, beliau terus sambung perjuangan dakwah Nabi untuk mentauhidkan ALLAH dan berserah diri kepadaNYA. Sejak hidup lagi beliau sudah dijamin masuk ke Syurga. ALLAH meredhai beliau dan ke Syurgalah tempat akhir beliau ..

Cinta jenis ini juga telah ada sejak dahulu sampai sekarang. Mereka ini mencintai Rasulullah S.A.W. sepenuh hati dan sentiasa berusaha untuk menghayati semua ajaran-ajaran Nabi. Para sahabat Nabi, tabi`in, tabi`ut tabi`in, orang-orang soleh selepas zaman mereka sampailah hari ini sentiasa menjadi penerus kepada dakwah Rasulullah S.A.W. Bukan sahaja dipraktikkan kepada diri sendiri dan keluarga, bahkan mereka menyebar-nyebarkan ajaran Nabi yang mulia. Mereka tetap di atas jalan Nabi walaupun persekitaran mereka memilih sebaliknya. Cinta mereka kepada Nabi persis seperti Abu Bakar As-Siddiq, iaitu cinta Nabi dan ikut serta taat kepada ajaran Rasulullah S.A.W.

rindu rasul

Nota Luna Nana : Mari kita muhasabah diri kita semula, setakat mana cinta kita kepada Rasulullah S.A.W?Semua orang selalu cakap rindukan Rasulullah, jadi buktikanlah cinta itu kepada Rasulullah dengan perbuatan persis melakukan sunnah Rasulullah. InsyaAllah kita akan bersama-sama baginda di syurga kelak.Wallualam.

Rasulullah syg umatnya

Sumber perkongsian

Incoming search terms:

The following two tabs change content below.
Merupakan seorang blogger yang gemar berkongsi artikel menarik dari sumber lain sebagai pengajaran dan rujukan pembaca dengan sedikit gubahan ayat dan olahan sendiri disamping menyelitkan artikel berunsur lawak serta kisah benar. Bercita-cita menjadikan fuh.my sebagai blog Informasi terbaik di Malaysia.

Comments

comments

3 thoughts on “3 Jenis Cinta Kepada Rasulullah S.A.W”

  1. Rasulullah saw akhir hayat pun masih ingat kita, ummatnya. tp kita? tepuk dada tanya iman. Semoga kita tergolong dalam cinta Abu Bakar As-siddiq ..
    Aniqbukhary32 recently posted…Banyak-banyak tangga?My Profile

  2. Abdul Hafiz says:

    Ya Allah, hinakah terasa diriku ini? Semoga ditempatkan bersama orang-orang yang beriman.
    Abdul Hafiz recently posted…Sejarah, Maksud Ngap Sayot dan Awang MahyanMy Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge