13 Perkara Yang Wajib Dipelihara Oleh Wanita

perkara-yang-perlu-dijaga-wanita.jpg

13 Perkara Yang Wajib Dipelihara Oleh Wanita | Alhamdulillah sekali lagi Dr Fuh diberi kesempatan untuk mengongsikan satu artikel ilmiah dengan anda semua pembaca blog Dr Fuh yang dikasihi. Artikel kali ini bukan dikhususkan kepada wanita sahaja bahkan para lelaki juga patut mengambil tahu akan perkara ini supaya dapat mendidik anak-anak perempuan dan juga isteri kelak. Sama-sama kita baca dan fahami betul-betul. In Shaa Allah banyak manfaatnya.

13 Perkara Yang Wajib Dipelihara Oleh Wanita

1. Bulu kening – Menurut Bukhari, Rasullulah melaknat perempuan yang mencukur atau menipiskan bulu kening atau meminta supaya dicukurkan bulu kening – Petikan dari Hadis Riwayat Abu Daud Fi Fathil Bari.

2. Kaki (tumit kaki) semacam hantu loceng – Dan janganlah mereka (perempuan) membentakkan kaki (atau mengangkatnya) agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan – Petikan dari Surah An-Nur Ayat 31. Keterangan : Menampakkan kaki dan menghayunkan/ melenggokkan badan mengikut hentakan kaki terutamanya pada mereka yang mengikatnya dengan loceng…sama juga seperti pelacur dizaman jahiliyah ….

3. Wangian – Siapa sahaja wanita yang memakai wangi-wangian kemudian melewati suatu kaum supaya mereka itu mencium baunya, maka wanita itu telah dianggap melakukan zina dan tiap-tiap mata ada zinanya terutamanya hidung yang berserombong kapal kata orang sekarang hidong belang – Petikan dari Hadis Riwayat Nasaii, Ibn Khuzaimah dan Hibban.

4. Dada – Hendaklah mereka (perempuan) melabuhkan kain tudung hingga menutupi bahagian hadapan dada-dada mereka – Petikan dari Surah An-Nur Ayat 31.

5. Gigi – Rasullulah melaknat perempuan yang mengikir gigi atau meminta supaya dikikirkan giginya – Petikan dari Hadis Riwayat At-Thabrani, Dilaknat perempuan yang menjarangkan giginya supaya menjadi cantik, yang merubah ciptaan Allah – Petikan dari Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim.

6. Muka dan leher – Dan tinggallah kamu (perempuan) di rumah kamu dan janganlah kamu menampakkan perhiasan mu seperti orang jahilliah yang dahulu. Keterangan : Bersolek (make-up) dan menurut Maqatil sengaja membiarkan ikatan tudung yang menampakkan leher seperti orang Jahilliyah.

7. Muka dan Tangan – Asma Binte Abu Bakar telah menemui Rasullulah dengan memakai pakaian yang tipis. Sabda Rasullulah: Wahai Asma! Sesungguhnya seorang gadis yang telah berhaid tidak boleh baginya menzahirkan anggota badan kecu ali pergelangan tangan dan wajah saja – Petikan dari Hadis Riwayat Muslim dan Bukhari.

8. Tangan – Sesungguhnya kepala yang ditusuk dengan besi itu lebih baik daripada menyentuh kaum yang bukan sejenis yang tidak halal baginya – Petikan dari Hadis Riwayat At Tabrani dan Baihaqi.

9. Mata – Dan katakanlah kepada perempuan mukmin hendaklah mereka menundukkan sebahagian dari pemandangannya – Petikan dari Surah An Nur Ayat 31.

Sabda Nabi Muhamad SAW, Jangan sampai pandangan yang satu mengikuti pandangan lainnya. Kamu hanya boleh pandangan yang pertama sahaja manakala pandangan seterusnya tidak dibenarkan hukumnya haram – Petikan dari Hadis Riwayat Ahmad, Abu Daud dan Tirmidzi.

10. Mulut (suara) – Janganlah perempuan-perempuan itu terlalu lunak dalam berbicara sehingga berkeinginan orang yang ada perasaan serong dalam hatinya, tetapi ucapkanlah perkataan-perkataan yang baik – Petikan dari Surah Al Ahzab Ayat 32.

Sabda SAW, Sesungguhnya akan ada umat ku yang minum arak yang mereka namakan dengan yang lain, iaitu kepala mereka dilalaikan oleh bunyi-bunyian (muzik) dan penyanyi perempuan, maka Allah akan tenggelamkan mereka itu dalam bumi – Petikan dari Hadis Riwayat Ibn Majah.

11. Kemaluan – Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan mukmin, hendaklah mereka menundukkan pandangan mereka dan menjaga kehormatan mereka – Petikan dari Surah An Nur Ayat 31.

Apabila seorang perempuan itu solat lima waktu, puasa di bulan Ramadan, menjaga kehormatannya dan mentaati suaminya, maka masuklah ia ke dalam Syurga daripada pintu-pintu yang ia kehendakinya – Hadis Riwayat Riwayat Al Bazzar.

Tiada seorang perempuanpun yang membuka pakaiannya bukan di rumah suaminya, melainkan dia telah membinasakan tabir antaranya dengan Allah – Petikan dari Hadis Riwayat Tirmidzi, Abu Daud dan Ibn Majah.

<img class="aligncenter size-full wp-image-4422" alt="13 Perkara Yang Wajib Dipelihara Oleh Wanita. Sama-sama kita baca dan fahami betul-betul. In Shaa Allah banyak manfaatnya.” src=”http://fuh.com.my/wp-content/uploads/2013/08/tutup-aurat.png” width=”500″ height=”500″ />

12. Pakaian – Barangsiapa memakai pakaian yang berlebih-lebihan terutama yang menjolok mata , maka Allah akan memberikan pakaian kehinaan di hari akhirat nanti – Petikan dari Hadis Riwayat Ahmad, Abu D , An Nasaii dan Ibn Majah.

Petikan dari Surah Al Ahzab Ayat 59. Bermaksud : Hai nabi-nabi katakanlah kepada isteri-isterimu, anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mukmin, hendaklah mereka memakai baju jilbab (baju labuh dan longgar) yang demikian itu supaya mereka mudah diken ali . Lantaran itu mereka tidak diganggu. Allah maha pengampun lagi maha penyayang.

Sesungguhnya sebilangan ahli Neraka ialah perempuan-perempuan yang berpakaian tetapi telanjang yang condong pada maksiat dan menarik orang lain untuk melakukan maksiat. Mereka tidak akan masuk Syurga dan tidak akan mencium baunya – Petikan dari Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim. Keterangan : Wanita yang berpakaian tipis/jarang, ketat/ membentuk dan berbelah/membuka bahagian-bahagian tertentu.

13. Rambut – Wahai anakku Fatimah! Adapun perempuan-perempuan yang akan digantung rambutnya hingga mendidih otaknya dalam Neraka adalah mereka itu di dunia tidak mahu menutup rambutnya daripada dilihat oleh lelaki yang bukan mahramnya – Petikan dari Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim.

Incoming search terms:

The following two tabs change content below.
Merupakan seorang blogger yang gemar berkongsi artikel menarik dari sumber lain sebagai pengajaran dan rujukan pembaca dengan sedikit gubahan ayat dan olahan sendiri disamping menyelitkan artikel berunsur lawak serta kisah benar. Bercita-cita menjadikan fuh.my sebagai blog Informasi terbaik di Malaysia.

Comments

comments

10 thoughts on “13 Perkara Yang Wajib Dipelihara Oleh Wanita”

  1. Yana Sakura says:

    Terima kasih atas peringatan ini Dr Fuh.
    Perkongsian yg sgt bagus dan terkesan di jiwa..
    Sama-samalah kita memperbaiki diri kita kearah yang lebih baik walaupun secara berperingkat..InsyaAllah..Allah sayang akan hambaNya..Subhanallah.. =)
    Yana Sakura recently posted…Kebesaran Al- QuranMy Profile

    1. VIMAX2U says:

      perempuan sekarang dah banyak tersasar sanggup mempertikaikan agama
      VIMAX2U recently posted…VIMAX RM230My Profile

  2. Zuan says:

    zaman sekarang ni, semua dah lupa perkara ni… 🙁
    Zuan recently posted…Tak Susah Pun Jaga KucingMy Profile

    1. VIMAX2U says:

      setuju ngn zuan memang banyak menda orang makin lupa
      VIMAX2U recently posted…VIMAX RM230My Profile

  3. VIMAX2U says:

    wanita la paling senang mendapat pahal dn paling senang dpt dosa kena pandai jaga kehormatan
    VIMAX2U recently posted…VIMAX RM230My Profile

  4. syukur says:

    jaman sekarang banyak yang memakai pakaian rapat dan kerudung tapi sangat ketat,
    syukur recently posted…Karena psoriasis inverse terjadi di beberapa daerah yang paling sensitif dari tubuh, pengobatan bisa menjadi suatu tantanganMy Profile

  5. cik Ain says:

    mengharapkan diri ini dapat menjaga segala apa yang ada.
    Supaya menjadi wanita solehah.

    Info yang sangat berguna ..

  6. vcore says:

    nice share……

  7. AbgferOz says:

    terbaekkk.. ini yg patut kita kongsikan agar lebih ramai yg peka 🙂
    AbgferOz recently posted…Cara Solat Sunat DhuhaMy Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge