1001 FALSAFAH YANG DIUNGKAPKAN PADA SEKUNTUM BUNGA

bunga.png

1001 FALSAFAH YANG DIUNGKAPKAN PADA SEKUNTUM BUNGA |  Assalamualaikum dan Salam Jumaat kepada semua pembaca setia Fuh.My. Alhamdulillah kita masih diberi ruang oleh Allah untuk terus belajar dibumiNya yang sangat luas ini. Pagi ni, Luna nak kongsikan tentang 1001 Falsafah Yang Diungkapkan Pada Sekuntum Bunga dengan anda semua.

1001 FALSAFAH YANG DIUNGKAPKAN PADA SEKUNTUM BUNGA :-

Sejambak bunga mawar bukan sekadar untuk menyampaikan mesej ‘Aku cinta padamu’ atau jambangan Carnation yang memberi erti ‘moga cepat sihat’.Bahkan setiap bunga sebenarnya mewakili makna tersendiri.
Sebab itulah dikatakan bunga mampu menjadi wakil tanpa bicara yang berkuasa merungkap 1001 falsafah atau  rahsia yang cuba disampaikan oleh pengirimnya. Ramai yang mengaku mereka hanya tahu erti sekuntum ros 
merah saja.aduhai.kesiannya!!! Jadi marilah kita pada kesempatan ini menilai ataupun menkajinya sendiri secara semulajadi.

sejambak bunga ros

Erti Bunga Ros

Bunga ros atau mawar adalah antara bunga yang paling diminati oleh orang ramai apatah lagi orang perempuan. Bunga ros mampu melahirkan pelbagai jenis bahasa cinta. Kalau nak memujuk kekasih, lebih mudah pujukan itu
dilakukan bila disertakan bersama walau sekuntum bunga ros. Lebih cepat cair jadinya! Selain bunga ros, bunga lain juga mampu menyampaikan mesej dan makna tersendiri. Jadi sebelum kamu berkunjung ke mana-mana kedai bunga untuk membuat tempahan untuk dijadikan hadiah atau sekadar penyeri rumah kamu, apa kata kamu kenalpasti dulu kuasa yang dimiliki oleh setiap kuntum bunga yang kamu pilih. Pemilihan jenis bunga yang sesuai dikatakan mampu mendorong harapan dan kegembiraan dalam diri kamu.

 

FALSAFAH KUNTUMAN BUNGA:

bunga ros putih

BUNGA ROS PUTIH
Cinta sejati dan kekuasaan.

bunga carnation

BUNGA CARNATION
Bunga ini comel dan boleh didapati dalam beberapa warna seperti merah
dan putih. Ia dikatakan mampu membantu menggelakkan perasaan sedih
menimpa diri seseorang.

bunga camelia

BUNGA CAMELIA
Ia dapat ‘memanggil’ semangat cinta dan kebahagiaan yang berkekalan
selamanya.

bunga kekwa

BUNGA KEKWA
Bunga ini melambangkan kekuasaan sebuah perasaan cinta.

bunga daisy

BUNGA DAISI
Ia mampu meningkatkan daya intuisi seseorang untuk meramalkan sesuatu
perkara.

bunga iris

BUNGA IRIS
Ia melambangkan bahawa seseorang itu yakin dengan perasaan yang sedang
dialami itu.

bunga jasmin

BUNGA JASMIN
Ia mendorong ke arah percintaan dan kekayaan.

bunga orkid

BUNGA ORKID
Ia memberikan semangat berkobar-kobar untuk menjalani hidup.

bunga ros merah

BUNGA ROS MERAH
Boleh mengungkap pelbagai perasaan cinta.

bunga matahari

BUNGA MATAHARI
Seseorang itu inginkan dirinya diberikan perhatian dan kehormatan
seperti yang sepatutnya.

bunga tulip

BUNGA TULIP
Ia membawa rasa cinta dan tuah.

bunga ivy

BUNGA IVY
Ia membawa kepercayaan dan kehormatan pada diri seseorang.

bunga Violet

BUNGA VIOLET
Ia meningkatkan daya imiginasi seseorang.

KOD WARNA BUNGA

Merah: Perasaan yang berkobar-kobar dalam sesuatu perkara yang sedang atau ingin dilakukan.

Ungu: Apa yang paling penting adalah semangat yang diperlukan untuk melakukan apa saja yang diinginkan.

Kuning: Peluang-peluang yang bakal hidup dalam diri seseorang.

Putih: Semangat mementingkan kebenaran.

Merah Jambu: Seorang mungkin sedang cuba mendekati dirimu!

MAKSUD TERSIRAT
Cuba kumpulkan beberapa orang teman baik. Ambil beberapa jenis bunga segar dan letakkan ke dalam sebuah bekas (ambil bunganya saja). Setiap orang pejamkan mata dan cuba ambil bunga daripada dalam bekas itu
tanpa membuka mata. Haa. Lepas dah ambil barulah mata boleh dibuka.

Perhatikan kelopak bunga itu. 

Sekiranya:-

KELOPAK BUNGA ITU TERLERAI: memberi makna bahawa beberapa keinginan akan diperolehi tak lama lagi.

BUNGA ITU TETAP CANTIK: memberi tanda bahawa tuah akan mendatangi kamu tak lama lagi. Tunggu je la!

BUNGA ITU ROSAK: memberi tanda bahawa kamu mungkin bakal menghadapibeberapa cabaran dalam hidup.

Nota Luna Nana : Haa.. Nampak tak permainan bunga-bunga yang tersenarai kat atas nie? Hahaha. Mohon alert! Setiap kuntuman bunga pun mengandungi maksud tau. Beruntung la sapa dapat bunga tu dari someone tu.. =D

Incoming search terms:

The following two tabs change content below.
Merupakan seorang blogger yang gemar berkongsi artikel menarik dari sumber lain sebagai pengajaran dan rujukan pembaca dengan sedikit gubahan ayat dan olahan sendiri disamping menyelitkan artikel berunsur lawak serta kisah benar. Bercita-cita menjadikan fuh.my sebagai blog Informasi terbaik di Malaysia.

Comments

comments

6 thoughts on “1001 FALSAFAH YANG DIUNGKAPKAN PADA SEKUNTUM BUNGA”

  1. mselim3 says:

    Assalammualaikum…fuh,

    wahh.. seribu satu falsafah pasal bunga kan!…

    mselim3
    mselim3 recently posted…Entry Khas : Link ExchangeMy Profile

  2. VIMAX2U says:

    bunga pun ada falsafah ek heheeh
    VIMAX2U recently posted…VIMAXMy Profile

    1. Dalam semua falsafah bunga di atas, falsafah ros merah je penah dengar.. 🙂
      Aniqbukhary32 recently posted…Apa yang hebat sangat dengan budak Badhri Radzi tu?My Profile

  3. kucinghitam says:

    setiap kejadian selalu orang akan buat kesimpulan kan hehee

  4. lelaki kena ambil berat pasal benda nie.. Kih3 😀
    Aniqbukhary32 recently posted…Apa yang hebat sangat dengan budak Badhri Radzi tu?My Profile

  5. Abdul Hafiz says:

    Nak try jugalah permainan bunga tu. Kot2 dapat kelopak bunya terlerai.
    Abdul Hafiz recently posted…Sejarah, Maksud Ngap Sayot dan Awang MahyanMy Profile

Leave a Reply to kucinghitam Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge