10 Rak Buku Paling Unik dan Kreatif

tangram-bookshelf-rak-buku-unik-dan-kreatif.jpg

10 Rak Buku Paling Unik dan Kreatif | Tidak kiralah setakat mana pun kemajuan media elektronik pada zaman sekarang, ia tidak boleh menggantikan buku-buku kerana buku masih lagi satu bentuk yang paling stabil dan sesuai dalam usaha pemeliharaan pengetahuan oleh manusia. Sebagai seorang teacher, Teacher Muja perlu sentiasa menambahkan ilmu dengan membaca buku. Untuk menyimpan buku, Teacher Muja memerlukan rak buku. Alangkah indahnya kalau rak buku Teacher Muja adalah semenarik 10 rak buku paling unik dan kreatif seperti di bawah ini.

Walaupun buku-buku adalah menarik seadanya, ia akan kelihatan lebih menarik apabila disusun di atas rak buku yang unik dan kreatif.

Di bawah adalah senarai 10 rak buku yang unik dan kreatif disesuaikan daripada Homeinteriorszone .

1. Cave Bookshelf (Rak Buku Gua)

rak buku unik dan kreatif, rak buku cantik, rak buku menarik, cave bookshelf, rak buku gua

Rak buku unik dan kreatif di atas ini direka oleh Sakura Adachi. Rak buku ini mempunyai struktur seperti rahim manusia bertujuan untuk menjaga hubungan pembaca dan buku-buku supaya menjadi  seintim yang mungkin.

2. Folding-bed Bookshelf (Rak Buku Katil Berlipat)

folding bed bookcase, rak buku unik, rak buku kreatif,rak buku lipat

Gambar di atas adalah sebuah katil serba guna dengan fungsi rak buku yang direka oleh Karen Babel. Rak buku paling unik dan kreatif atau katil serba guna ini akan menjimatkan banyak ruang dan adalah disyorkan untuk orang yang suka menyimpan wang.

3. Elastic Bookshelf (Rak Buku Anjal)

elastic bookshelf, rak buku unik dan kreatif, rak buku menarik

Jangan bimbang ia tidak akan putus! Rak buku paling unik dan kreatif ini sangat elastik. Ia dihasilkan dengan menggunakan penghantar tali pinggang yang lebar seperti jalur elastik, yang diregangkan antara dua pasak di dinding. Ia amat sempurna untuk menyimpan buku atau CD.

4. Toolbox-like Bookshelf (Rak Seperti Kotak Peralatan)

rak buku unik, rak buku kreatif, rak buku unik dan kreatif, rak buku kotak peralatan

Rak buku unik dan kreatif seperti kotak peralatan ini akan membolehkan anda menyimpan di dalam buku-buku dalam keadaan ‘fit -in’ yang lengkap. Ia sangat ideal untuk menyimpan koleksi buku mengikut topik tertentu.

5. Wooden Chair Bookshelf (Rak Buku Kerusi Kayu)

rak buku unik, rak buku kreatif, rak buku kerusi kayu

Baca, duduk atau tidur! Ini adalah rak buku unik dan kreatif yang diperbuat daripada kayu. Ia sangat serba guna. Dengan adanya rak buku kayu ini, anda tidak perlu berjalan lagi untuk rak buku .

6. Coffee Table Bookshelf (Rak Buku Meja Kopi)

rak buku meja kopi, rak buku unik, rak buku kreatif

Rak buku meja kopi ini sangat sesuai untuk pembaca yang suka minum-minum sambil membaca. Kita boleh menyimpan semuanya di satu tempat pada rak buku unik dan kreatif ini, membaca buku dan minum bila-bila masa yang kita suka.

7. Stack Bookshelf (Rak Buku Mampat)

rak buku unik, rak buku kreatif,

Rak buku mampat yang sangat unik dan kreatif ini layak untuk mendapat lima bintang untuk fungsinya yang sentiasa memastikan buku-buku anda tidak lari dari kedudukan asal mereka walaupun seinci.

8. Wall-wave Bookshelf (Rak Buku Dinding Berombak)

rak buku unik, rak buku kreatif, rak buku ombak

Rak buku dinding berombak ini boleh digunakan untuk menyimpan buku-buku , akhbar kajian atau kerja tugasan. Ia adalah satu lagi contoh yang baik sebuah rak buku unik dan kreatif serta pelbagai guna.

9. Tangram Bookshelf (Rak Buku Tangram)

rak buku unik, rak buku menarik, rak buku lego

Jika anda seorang peminat Lego, anda tidak boleh ketinggalan untuk memiliki rak buku unik dan kreatif ini. Tangram membuatkan penyimpanan buku lebih seronok melalui struktur seni yang diadaptasikan daripada blok-blok Lego.

10. Splitwood Bookshelf (Rak Buku Kayu Terpisah)

rak buku unik, rak buku kreatif

Apabila anda mahu lebih banyak ruang untuk buku-buku anda, rak buku Splitwood adalah perkara yang boleh dipertimbangkan. Geometri yang menakjubkan pada rak buku unik dan kreatif ini membolehkannya menyimpan lebih banyak buku di dalam ruang yang sangat kecil.

Macam mana? Unik dan kreatif bukan? Namun begitu, kita perlu selalu percaya yang kita juga boleh melakukan perkara yang hebat sebegini, tidak hanya mereka yang sudah bergelar pereka sahaja. Sekian daripada Teacher Muja hari ni. Semoga pos kali ini bermanfaat untuk semua. See you all again in another entry. Astalavista.

Incoming search terms:

The following two tabs change content below.
Merupakan seorang blogger yang gemar berkongsi artikel menarik dari sumber lain sebagai pengajaran dan rujukan pembaca dengan sedikit gubahan ayat dan olahan sendiri disamping menyelitkan artikel berunsur lawak serta kisah benar. Bercita-cita menjadikan fuh.my sebagai blog Informasi terbaik di Malaysia.

Latest posts by Dr Fuh (see all)

Comments

comments

6 thoughts on “10 Rak Buku Paling Unik dan Kreatif”

  1. anuar says:

    Memang menarik dan kreatif kesemua rak buku di atas. . Boleh beli untuk menambahkan hiasan dekorasi rumah. .
    anuar recently posted…Antara Qurban Dan Aqiqah?My Profile

  2. Zuan says:

    kena ada satu ni! den skrng ni suka kolek buku
    Zuan recently posted…Uncle Zuan BlogMy Profile

  3. Ezad Skytech says:

    kat Malaysia ada jual tak rak buku macam ni…kalau ada mesti da beli da…
    Ezad Skytech recently posted…Film Review : The InternshipMy Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge