10 Mitos Kehidupan Di Kolej

cinta.jpg

10 Mitos Kehidupan Di Kolej | Assalaamualaikum warahmatullahi wabarakaatuh. Teacher Muja sekarang berada di kolej juga sekarang. Jadi Teacher Muja pernah percaya yang kehidupan di kolej adalah kehidupan paling membahagiakan.

Masa di kolej akan menjadi tempoh masa terbaik dalam kehidupan seseorang. Kita akan mengetahui lebih tentang diri sendiri, lebih belajar, akan meneroka peluang yang lebih luas dan berubah. Namun begitu, ramai pelajar yang menerima banyak nasihat yang tidak berapa berguna sebelum memasuki sebuah kolej. Ramai yang melihatnya sebagai tempat untuk bersuka ria dan ramai membayangkan 4 tahun yang dipenuhi kesuraman dan azab.

Ramai bakal mahasiwsa menganggap kehidupan di kolej akan menjadi seperti di sekolah. Sebahagian daripadanya adalah betul seperti makanan di kafeteria tidak disediakan oleh chef terkenal dan dorm yang didiami tidak mempunyai jakuzi. Telahan lain pula akan buat kita berfikiran dengan cara yang berlainan.

Jangan biarkan mitos kehidupan di kolej membuatkan kehidupan kita diselubungi kegelapan. Heh heee

Mitos 1- Kehidupan Di Kolej Adalah Mengenai Parti Berterusan

parti

Ramai orang yang menganggap yang kolej adalah kehidupan untuk bersuka ria sepanjang masa. Namun begitu, ia tidak selamanya begitu. Kadang-kadang tiada apa-apa pun berlaku dan situasi boleh menjadi agak hambar dan membosankan tetapi kita haruslah mencuba untuk melakukan yang terbaik dengannya. Jika kamu betul-betul ingin berjaya di kolej, kekalkan bersuka ria di tahap minimum.

Mitos 2- Pertambahan Berat Badan Mendadak

gemuk di kolej

Biasanya kita akan mengalami pertambahan berat badan pada semester pertama tetapi bukanlah kerana kita hidup di kolej. Tekanan memang menyebabkan manusia makan berlebihan disebabkan rindukan rumah dan depresi. Namun begitu, kebanyakan kafeteria selalu memaparkan fakta nutrisi dan mempunyai kemudahan untuk bersenam. Tambahan lagi, kita juga selalu berjalan di kolej. Selagi kita menjaga pemakanan dan berhati-hati, pertambahan berat badan berterusan takkan berlaku.

Mitos 3- Kita Tidak Akan Tambah Kawan Dengan Menyertai Persatuan

lelaki kacak

Sertailah kelab atau persatuan yang kita minati dan ramai kawan yang pasti akan sertai. Kita tidak perlu melibatkan diri dalam diri persatuan yang popular semata-mata tetapi kita sertainya sekarang mahu tumpang glemer. Perkara ini sangat merugikan kerana kita tidak akan berasa gembira dengannya. Sertai persatuan yang membolehkan kita menjadi diri sendiri apabila bersama-sama ahli yang lain dan bergembira sepanjang penglibatan kita itu.

Mitos 4- Semua Pengalaman Kolej Mana-mana Pun Sama Sahaja

kehidupan kolej

Setiap orang mempunyai kehidupan masing-masing dan akan mengalami pengalaman yang berlainan. Siapa diri kita pada permulaan tidak menjadi penentu pengakhirannya nanti. Manusia berubah disebabkan banyak faktor dalam hidup dan pengalaman membentuk kehidupan kita dan memberi satu petunjuk untuk kita keluar dari kehidupan kolej dan memulakan kehidupan sebenar di luar.

Mitos 5- Kehidupan Di Kolej Hanyalah Lima Tahun

hari graduasi

Pertama, kita tidak boleh menukarkan ijazah kita jika kita tidak melakukan yang terbaik pada percubaan pertama. Kedua, kolej akan bersama kita sepanjang hayat dan hanya 1 daripada 5 pelajar berjaya menamatkan kolej dalam masa 4 tahun. Malah, hanya 2 daripada 5 pelajar menyudahkan kolej mereka dalam 6 tahun. Jika kita merancang untuk keluar dari kolej dalam masa 4 tahun, sila ambil kadar pengajian yang mengambil masa selama 4 tahun di kolej.

Mitos 6- Pensyarah Menjadi Punca Masalah

professor

Kadang-kadang kita merasakan seperti pensyarah adalah satu penyakit yang wujud dalam hidup. Namun begitu, apabila kita menunjukkan usaha dan prihatin, kita akan dapat lihat yang pensyarah sanggup membantu dan mengambil berat. Melawat ke pejabat adalah salah satu cara untuk membina perhubungan baik dengan mereka. Jangan pula kita mengharapkan simpati apabila kita tidak langsung berusaha dan merayu dinaikkan gred padahal kita tidak layak.

Mitos 7- Subjek Major Menentukan Kerjaya Selepas Kolej

papan hijau

Sememangnya mitos ini sangat tidak benar. Subjek major diajar bersama-sama dengan kursus lain menyebabkan proses pembelajaran itu yang penting, bukanlah subjek semata-mata. Subjek major tidak akan menentukan masa depan kita. Ramai yang pergi ke kolej dan major dalam satu subjek kemudian melakukan sesuatu yang jauh berbeza dalam hidup. Karier kita tidak terhad, tetapi pastinya lebih baik jika karier berkaitan dengan subjek major itu menjadi pilihan kerana kita lebih arif tentangnya.

Mitos 8- Makanan Kafeteria Tidak Sedap

kafeteria

Mitos ini sememangnya sangat mitos. Kah3. Universiti bukannya sebuah sekolah menengah yang terkenal dengan servis kafeteria yang tidak tentu hala. Di kafeteria kolej, kita akan mempunyai banyak pilihan daripada kekal dengan bebola daging dari Ahad hingga Khamis. Banyak kafeteria yang turut menyediakan makanan untuk mereka yang vegetarian dan menu sentiasa berubah setiap hari.

Mitos 9- Kesesakan Wang Sepanjang Masa

pelajar miskin

Banyak masanya kita akan mengalami kesesakan wang. Walaupun sumber kewangan terhad dan kita hidup atas kaki kita sendiri di tempat orang, banyak kemudahan yang ada di kolej tidak dikenakan bayaran. Kita juga tidak perlu memberi barang runcit dan lain-lain. Tambahan lagi, banyak pekedai dan pemborong menawarkan potongan harga yang hebat khas untuk para pelajar. Jadi, kalau kita bijak, duit boleh digunakan dan dijimatkan dengan baik.

Mitos 10- Setiap Orang Yang Masih ‘Single’ Mula Berpacaran

cinta dalam kelas

72% daripada pelajar kolej single semasa tahun pertama. Perhubungan akan berkembang selepas itu tetapi tidak semua. Ramai pelajar kolej yang masih berseorangan. Walaupun begitu, kita tidak perlu tertekan dengan hal ini atau menerima sesiapa sahaja yang akan membuat kita menyesal di kemudian hari. Ingat yang kita akan terus berjumpa dengan dia dalam masa 4 tahun mendatang.

Teacher Muja sendiri berasa sangat bersyukur dengan kehidupan di kolej. Kawan-kawan yang ramai menghiasi hari dan hidup tidak lagi sunyi. Jangan takut dengan kehidupan di kolej. Alah bisa tegal biasa. Masalah yang datang itu sekadar penambah perisa. Bagi pengalaman. Wassalaam.

Incoming search terms:

The following two tabs change content below.
Merupakan seorang blogger yang gemar berkongsi artikel menarik dari sumber lain sebagai pengajaran dan rujukan pembaca dengan sedikit gubahan ayat dan olahan sendiri disamping menyelitkan artikel berunsur lawak serta kisah benar. Bercita-cita menjadikan fuh.my sebagai blog Informasi terbaik di Malaysia.

Latest posts by Dr Fuh (see all)

Comments

comments

2 thoughts on “10 Mitos Kehidupan Di Kolej”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge