10 Kolam Renang Paling Mewah Di Dunia

kolam-renang-mewah-Golden-Nugget-Las-Vegas.jpg

10 Kolam Renang Paling Mewah Di Dunia | Assalaamualaikum warahmatullahi wabarakaatuh. Satu fakta mengenai Teacher Muja adalah Teacher Muja tidak pandai berenang. Nak terapungkan badan pun susah. Sangatlah merugikan apabila teringatkan fakta itu apabila melihat gambar kolam renang paling mewah yang ada di dunia ini.

Berenang adalah satu cara bersenam yang sangat baik dan cara meluangkan masa yang sangat bagus tetapi apabila kita berbicara tentang kemewahan, berenang menjadi sesuatu yang menjadi sumber kegembiraan dan ketenangan. Teacher Muja agak yakin yang semua pembaca pernah melihat kolam renang yang banyak ada di bandar-bandar tetapi kolam renang paling mewah di dunia ini akan menjadi sesuatu yang baru yang sangat menakjubkan sesiapa sahaja yang melihatnya.

Di bawah adalah senarai 10 kolam renang paling mewah di dunia. Jika ada dalam kalangan pembaca yang suka dan cintakan aktiviti berenang dan dalam perancangan untuk pergi bercuti, mungkin senarai di bawah dapat membantu kalian memilih tempat yang paling sesuai. Kalaulah Teacher Muja pandai berenang, boleh juga berangan-angan berenang di kolam renang mewah ini.

1. Kolam Renang Mewah Burj Al Arab di Dubai

kolam renang, kolam renang mewah, kolam renang burj al arab dubai, kolam renang paling mewah di dunia

Sudah semestinya, bangunan pencakar langit yang tertinggi di dunia ini mempunyai sebuah kolam renang yang sangat mewah. Ia adalah sebuah kolam renang yang sangat menakjubkan. Kolam renang dengan sentuhan Arab akan mengingatkan kita tentang Burj Dubai.

2. Kolam Renang Mewah Four Seasons di Costa Rica

kolam renang mewah, kolam renang di costa rica, kolam renang tercantik

Berenang di kolam renang Four Seasons ini akan membuatkan kita percaya yang kita sedang berenang di dalam laut yang sememangnya berdekatan dengan kolam renang mewah ini. Pemandangan yang indah dengan kolam renang yang indah.

3. Kolam Renang Mewah San Alfonso del Mar Di Chile

kolam renang mewah, kolam renang san alfonso, kolam renang indah, kolam renang paling mewah

Nikmatilah pengalaman berenang yang tiada bandingannya di kolam renang mewah di Chile ini. Pemandangan yang sangat memukau dengan bangunan yang menarik serta laut yang indah. Hebat sungguh!

4. Kolam Renang Mewah Mandarin Oriental di New York

kolam renang mewah, kolam renang indah, kolam renang Mandarin Oriental

Kolam renang ‘indoor’ yang sangat cantik dan sempurna dengan pemandangan yang indah dapat dilihat daripada jendela kaca. Terletak di tengah-tengah bangunan membuatkannya tampil lebih menggoda. Tergoda tak? Hehehe.

5. Kolam Renang Mewah Blue Lagoon Geothermal Resor di Grindavik, Iceland.

kolam renang mewah, kolam renang, kolam renang cantik, kolam renang geothermal

Bagi Teacher Muja, kolam renang mewah ini paling unik dan menarik dalam senarai ini. Rasanya pemandangan di atas tidak dapat digambarkan dengan kata-kata. Cuba renung padanya dan bayangkan kamu tengah berenang di dalamnya. Hebat tak rasanya? 🙂

6. Kolam Renang Mewah Hotel Villa Mahal di Turkey

Kolam renang mewah, kolam renang cantik, kolam renang indah

Wah, nama hotelnya yang ‘mahal’ sudah mampu menggambarkan keindahan yang ada padanya. Kolam renang mewah ini terletak pada ketinggian yang lebih tinggi daripada laut berdekatan. Kita boleh berdiri di dalam kolam renang mewah itu untuk seketika dan lihat betapa indahnya alam ciptaan Allah ini.

7. Kolam Renang Mewah Perivolas Luxury Hotel di Santorini.

kolam renang mewah, kolam renang indah, kolam renang cantik, kolam renang perivolas

Kolam renang mewah di Perivolas ini adalah sebuah lagi kolam renang mewah yang terletak berhampiran laut. Berenang di dalam kolam renang ini pastinya akan membuatkan kita bahagia dan teruja.

8. Kolam Renang Mewah Golden Nugget di Las Vegas

<img class="alignnone size-medium wp-image-9447" alt="kolam renang mewah, kolam renang cantik, kolam renang indah” src=”http://fuh.com.my/wp-content/uploads/2013/11/kolam-renang-mewah-Golden-Nugget-Las-Vegas-300×142.jpg” width=”300″ height=”142″ />

Apabila bercakap tentang Las Vegas, menakjubkan adalah perkataan yang sesuai untuk menggambarkannya kerana kolam renang mewahnya memang menakjubkan!

9. Kolam Renang Mewah Crown Towers Hotel di Taipa Island Macau

kolam renang mewah

Masya Allah. Indah sungguh kolam renang mewah di Crown Towers Hotel ni. Pastinya kita akan melupakan segala masalah dan kekacauan hidup jika berpeluang berenang di sini. Sungguh tenang dan mendamaikan.

10. Kolam Renang Mewah di Atlantis Resort

<img class="alignnone size-medium wp-image-9449" alt="kolam renang mewah, kolam renang cantik, kolam renang indah” src=”http://fuh.com.my/wp-content/uploads/2013/11/kolam-renang-atlantis-resort-300×201.jpg” width=”300″ height=”201″ />

Inilah kolam renang mewah yang kita boleh menghabiskan masa yang lama di sana dengan hanya menikmati keindahan yang ada padanya. Subhanallah.

Sungguh indah sekali alam ciptaan Allah. Ditambah pula dengan kreativiti yang ada pada manusia, pembinaan kolam renang di atas adalah sangat menakjubkan. Namun begitu, keindahan ini tidak akan kekal kalau kita manusia tidak menjaganya. Jom kita ucapkan Subhanallah. Wassalaam.

Sumber

The following two tabs change content below.
Merupakan seorang blogger yang gemar berkongsi artikel menarik dari sumber lain sebagai pengajaran dan rujukan pembaca dengan sedikit gubahan ayat dan olahan sendiri disamping menyelitkan artikel berunsur lawak serta kisah benar. Bercita-cita menjadikan fuh.my sebagai blog Informasi terbaik di Malaysia.

Latest posts by Dr Fuh (see all)

Comments

comments

3 thoughts on “10 Kolam Renang Paling Mewah Di Dunia”

  1. mselim3 says:

    Assalammualaikum…fuh,

    subhanallah…

    mselim3
    mselim3 recently posted…Pengisar Gandum Bergerak Sendiri Di Rumah Saidina Ali Ra.My Profile

  2. kucinghitam says:

    cantik2 nya kolam klo nak mandi pun kena halau apa

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge