10 Kabin Pelayaran Paling Mewah Di Dunia

Norwegian-Gem-400x266.jpg

10 Kabin Pelayaran Paling Mewah Di Dunia | Assalaamualaikum warahmatullahi wabarakaatuh. Pembaca semua pernah tengok filem Titanic tak? Kalau pernah, terasa tak nak mengalami sendiri berada dalam sebuah kabin pelayaran paling mewah sekurang-kurangnya sekali seumur hidup? Mesti terasa kan. Paling kurang, kabin pelayaran yang tak mewah. Mana tahu boleh jumpa pasangan hidup kat situ yang macam Jack Dawson. Hehehe.

Jadi hari ni, Teacher Muja nak berkongsi dengan kamu semua 10 kabin pelayaran paling mewah di dunia. Biarpun hanya boleh melihat gambar sahaja, lebih baik ada daripada tak ada. Lagipun, manalah tahu kamu bercita-cita nak berlayar dalam kabin pelayaran mewah, bolehlah kamu pilih kabin pelayaran mana yang kamu suka daripada senarai di bawah ni. Tak gitu? 😀

Sebuah definisi kabin pelayaran yang mudah difahami adalah ” sebuah kabin di mana kamu tidak peduli tentang perkara lain buat sementara waktu “. Terdapat banyak syarikat yang mereka kabin pelayaran dengan sebaiknya, tetapi tahu-tahu sendirilah orang kaya, mereka selalu mahukan yang terbaik daripada yang terbaik. Jadinya, unsur kemewahan dimasukkan oleh beberapa syarikat di dalam rekaan kabin pelayaran mereka.

Di sini adalah senarai 10 kabin pelayaran paling mewah di dunia. Jangan terbeliakkan mata, dan sila tutup mulut anda kerana kabin pelayaran ini benar-benar wujud dan bukannya rekaan semata-mata.

1. Kabin Pelayaran Wintergarden

 kabin pelayaran paling mewah di dunia

Cantikkan? Untuk pengetahuan korang semua, kabin pelayaran mewah Wintergarden ini mengandungi meja makan untuk 6 orang, televisyen skrin leper yang sangat besar di ruang tamu dan bilik tidur, tub mandi berbentuk telur dan balkoni yang sangat cantik. Hebat sekali!

2. Kabin Pelayaran Uniworld’s S.S. Antoinette

<img class="alignnone size-medium wp-image-9544" alt="kapal pelayaran paling mewah di dunia” src=”http://fuh.com.my/wp-content/uploads/2013/11/uniworld-cruise-suite-400×314-300×235.jpg” width=”300″ height=”235″ />

Kabin pelayaran paling mewah Uniworld ini datang daripada S.S. Antoinette yang mempunyai hampir semua perkara yang seseorang impikan dalam sebuah pelayaran. Ia sangat terkenal sebagai sebuah kapal yang paling cantik di dunia.

3. Oceania Cruises Marina

kapal pelayaran paling mewah di dunia

Kabin pelayaran Oceania Cruises Marina ini adalah sebuah gabungan antara kapal layar peribadi dan sebuah apartmen mewah di New York pada tahun 1940. Perabut dan katil didatangi khas dari Ralph Lauren Home Collection. Cantik! Tiada lain yang dapat diperkatakan lagi mengenai kapal pelayaran mewah ini.

4. Kabin Pelayaran Crystal Serenity

kapal pelayaran paling mewah

Salah satu daripada kabin pelayaran paling mewah di dunia yang boleh dijumpai di atas laut adalah Kapal Pelayaran Crystal Serenity. Secara hamparannya, keseluruhan kabin adalah berbentuk L. LCD, sebuah tempat duduk yang sangat selesa, katil dan balkoni yang sangat menakjubkan. Apa lagi yang kita mahu?

5. Kapal Pelayaran The Haven

kapal pelayaran paling mewah di dunia

Kabin pelayaran mewah yang dipenuhi dengan ciri-ciri seni dan gaya. Seseorang mungkin akan hanya duduk di atas sebuah kerusi dan terus memandang segala perincian padanya. Terdapat beberapa perkara yang sangat menakjubkan pada kabin pelayaran mewah ini. Kombinasi warnanya bagaikan sempurna.

6. Norwegian Gem

kapal pelayaran paling mewah di dunia

Tema kapal pelayaran ini adalah fokus utama bagi kabin pelayaran mewah Norwegian Gem. Ianya sangat unik. Terdapat sebuah meja untuk 8 orang, tub mandi air panas, sebuah katil bersaiz ‘king‘ dan teres yang sangat cantik.

7. Silversea Silver Whisper

kapal pelayaran paling mewah di dunia

Almari pakaian yang kita boleh berjalan di dalamnya, area berehat untuk bilik standard, tub mandi Jakuzi, tempat duduk dan tidur berasingan. Hakikatnya, ini bukanlah suite hotel, ia adalah kabin pelayaran paling mewah di dunia!

8. Halongparadise

kapal pelayaran paling mewah di dunia

Cantik dan terperinci serta menyediakan semua yang diimpikan. Kamu mungkin mahu menonton filem pada LCD TV semasa berbaring di atas katil empuk yang selesa. Inilah yang dijanjikan oleh kabin pelayaran mewah Halongparadise!

9. Aurora

kabin pelayaran paling mewah di dunia

TV? Ada. Tempat duduk? Ada. Katil? Ada. Balkoni? Ada. Cantik? Sangat. Hebat? Sangat. Semuanya menerangkan kabin pelayaran mewah Aurora dengan tepat sekali 🙂

10. Deluxe

kabin pelayaran paling mewah di dunia

Satu perkataan sahaja- MENAKJUBKAN!!! Betul ke idok? Nak pergi sini la tuu. Usaha tangga kejayaan! 😀

Cantik sungguh kabil pelayaran mewah di atas. Kalaulah berpeluang pergi dengan percuma, memang takkan Teacher Muja lepaskan. Namun, sapalah yang baik sangat nak bagi percuma. Segala yang kita impikan kena ada usaha. Dengan usaha, hampir segalanya adalah mungkin. Apalah sangat impian untuk berlayar dalam kabin pelayaran mewah sekali seumur hidup.

Setakat ini dulu. Wassalaam.

Sumber

The following two tabs change content below.
Merupakan seorang blogger yang gemar berkongsi artikel menarik dari sumber lain sebagai pengajaran dan rujukan pembaca dengan sedikit gubahan ayat dan olahan sendiri disamping menyelitkan artikel berunsur lawak serta kisah benar. Bercita-cita menjadikan fuh.my sebagai blog Informasi terbaik di Malaysia.

Latest posts by Dr Fuh (see all)

Comments

comments

2 thoughts on “10 Kabin Pelayaran Paling Mewah Di Dunia”

  1. kucinghitam says:

    mati la nak buang duit tdo kat kabin semahal nie

  2. rollover ira says:

    Lastly, you might want to consider an IRA Custodian for safe keeping of the
    gold investment. And thus, it absolutely was the only one I agreed with.
    99 percent permitted in Individual Retirement Accounts
    may be the American Gold Eagle. A self-directed IRA may be a conventional IRA, meaning that the earnings are tax-deferred,
    or it may be a Roth IRA, with tax-free earnings. There are, however, some things that you need to get aware of if you decide to set up your own gold IRA.
    rollover ira recently posted…rollover iraMy Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge