10 Impian Tercapai Menjadi Mimpi Ngeri

office_stress_520495-400x296.jpg

10 Impian Tercapai Menjadi Mimpi Ngeri | Assalaamualaikum warahmatullahi wabarakaatuh. Teacher Muja tahu kamu semua mesti mempunyai mimpi atau impian yang sangat ingin dicapai suatu hari nanti. Tanpa impian, hidup seperti tidak lengkap. Impianlah yang memberi inspirasi untuk kita membuat pembaikan untuka masa hadapan.

Biasanya, kita akan berkehendakkan 5 perkara dalam hidup; kelangsungan hidup, perlindungan, kepunyaan, kehormatan dan kesempurnaan. Namun begitu, tak semestinya setiap keinginan kita itu adalah yang terbaik untuk kita. Buktinya di bawah ini.

10 impian tercapai menjadi mimpi ngeri. Hal ini memang akan terjadi sebab semua perkara yang kita mahukan lebih bersifat materialistik yang sebenarnya akan menjadi penyebab kepada kecelaruan hidup kita.

10. Pasangan Yang Cantik atau Kacak

beautiful girl

Kita mengimpikan untuk mempunyai seorang pasangan yang cantik atau kacak tetapi apabila kita mencapainya, kita tahu yang kecantikan itu bukanlah datang dengan sendiri. Macam-macam yang dilakukan untuk kekal cantik. Pelbagai alat kecantikan digunakan dan itu mendatangkan keburukan dari segi kewangan selepas kita berkahwin dengan orang yang cantik atau kacak ini.

9. Kereta Mewah

beautiful lamborghini

Kita selalu mengimpikan untuk mempunyai kereta mewah yang diimport khas dari luar negara. Ia bagaikan satu kepuasan yang tidak terhingga sehingga sanggup bergolok gadai untuk mendapatkannya. Sehinggalah pada saat kita menggunakannya, kita mendapati kelajuan yang ada pada sebuat kereta mewah berakhir menjadi kelajuan kereta biasa-biasa sahaja apabila melalui kesesakan trafik yang menggila.

8. Hobi Yang Baru

koyak lukisan

Sebagai manusia, kita selalu berasa bosan dengan perkara yang selalu berulang dalam hidup. Kemudian, kita berazam untuk memulakan sesuatu yang baru, yang nampak sangat menyenangkan di mata. Contohnya, kita melihat guru subjek lukisan sangat baik sehinggalah kita sendiri menyertai kelasnya. Percayalah, keadaan akan serta merta berubah menjadi sebaliknya.

7. Barang Hebat Dengan Harga Diskaun

beg mahal

Pereka beg yang kita dah idamkan akhirnya memberikan diskaun sehingga 60% dan kita mula bergegas ke pasaraya untuk mendapatkannya sambil membayangkan beg itu digunakan semasa parti reunion. Apabila tiba masa untuk bergaya dengan beg tangan yang begitu terkenal, kita mula menyedari ada 10 lagi kawan yang membawa beg yang betul-betul sama dengan yang ada di tangan kita!

6. Masa Berkualiti Dengan Pasangan

romantik

Setelah begitu lama menanti, ulang tahun kelima dengan pasangan yang dicinta menjelma juga dan disambut dia resort dengan pemandangan laut yang sangat romantik. Tiba-tiba, pada hari pertama di sana kita berjumpa dengan bekas kekasih pasangan kita yang kita merasakan masih mencuba untuk merampas kembali pasangan kita itu. Lebih teruk lagi, pengganggu itu berkeras untuk menghabiskan masa di sana bersama-sama kita dan pasangan kita tidak menolak langsung!

5. Cepat Habiskan Proses Memiliki Lesen Memandu

impian menjadi mimpi ngeri

Teacher Muja sendiri berusaha keras untuk menghabiskan proses mendapatkan lesen kereta dengan secepatnya. Kalau boleh lulus pada cubaan pertama. Bila dah dapat, rasa macam kehidupan seperti sudah sempurna sehinggalah kita mula masuk dalam kereta, mula membawanya di jalan raya dan tersekat dalam kesesakan trafik yang tidak nampak tanda-tanda untuk reda. -.-

4. Jawatan Tinggi

office stress

Kita selalu mengimpikan untuk berjawatan tinggi dan bekerja dalam suasana yang selesa dan tidak perlu bekerja keras. Boleh tersenyum masuk pejabat dan keluar pun dalam keadaan tersenyum. Apabila kita sudah mendapat ijazah yang kita dapat selepas belajar dengan penat lelah dan berjaya menjawat jawatan tinggi, kita dilimpahi dengan timbunan kerja yang terlalu banyak sehingga kita rasa sudah tidak dapat menanggung lagi. Mungkin, beban kerja itu adalah dua kali ganda daripada kerja yang dilakukan orang bawahan kita.

4. Hadiah Kejutan.

apple iphone 4

Abah kita tahu kita telah lama menimpikan sebuah telefon bimbit yang ‘bijak’. Pastinya IPhone 5S di kedudukan pertama dalam carta. Jadi, abah kita telah membeli sebuah gajet yang lebih canggih. Kita sangat gembira. Apabila kita mencubanya, ia terlalu canggih, kita tak reti nak gunakannya, dan situasi berakhir dengan menggunakan telefon biasa yang ‘tidak bijak’.

2. Wining the lottery

Main loteri atau nombor ekor adalah dilarang dalam Islam. Namun begitu, apabila ada antara kita yang yang bukan beragama Islam memenangi loteri, saat itu memang sangat menggembirakan. Yang peliknya, siapa kawan lama yang tetiba datang ke rumahnya dan sepupu yang menegur di pasar raya? Muka mereka pulak menunjukan ekspresi yang agak menghairankan…

1. Mendapat Rumah Idaman

rumah cantik

Setelah kita bekerja keras, kita akhirnya berjaya membeli sebuah rumah di sebuah kawasan yang sangat nyaman dengan pemandangan hijau yang kita telah impikan semenjak mendapat gaji pertama. Masalahnya, apabila kita mendiami rumah itu, ternyata jiran-jiran di sekeliling suka sangat dengan bunyi yang kuat. Tiada lagi keamanan yang diimpikan. Sedih bukan?

Jadi, macam mana? Ini hanyalah kemungkinan.  Ingatan Teacher Muja untuk semua; semua perkara dalam dunia ni ada dua; Keperluan dan Kehendak. Pandai-pandailah kita membezakannya. Wassalaam.

The following two tabs change content below.
Merupakan seorang blogger yang gemar berkongsi artikel menarik dari sumber lain sebagai pengajaran dan rujukan pembaca dengan sedikit gubahan ayat dan olahan sendiri disamping menyelitkan artikel berunsur lawak serta kisah benar. Bercita-cita menjadikan fuh.my sebagai blog Informasi terbaik di Malaysia.

Latest posts by Dr Fuh (see all)

Comments

comments

One thought on “10 Impian Tercapai Menjadi Mimpi Ngeri”

  1. Rina says:

    Ketika kita bermimpi itu sangatlah murah namun untuk mewujudkannya sangtlah mahal. Tidak semua mimpi harus diusahakan terwujud ya, kita harus bijak memilihnya mana yang terbaik buat kita 🙂
    Rina recently posted…Basic CSS Tutorial : Create Multiple Background Images For WebsiteMy Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge