10 Azam Tahun Baru Paling Pelik

party-trick-400x301.jpg

10 Azam Tahun Baru Paling Pelik | Assalaamualaikum warahmatullahi wabarakaatuh. Sedar tak sedar, kita sudah menghampiri akhir tahun 2013. Biasalah, bila akhir tahun mula mendekati, ramai antara kita mula memikirkan azam tahun baru, padahal azam tahun lepas pun belum semuanya tercapai. Betul tak? Kih3

Teacher Muja nak berkongsi azam tahun baru paling pelik. Kalau setakat nak berjaya dalam pelajaran, nak kumpul duit beli iPhone macam dah koman sangat. Dulu, Teacher Muja pernah merancang untuk membuat blogger gathering. Sampai sekarang tak tercapai, achaner tu? 🙁

Apa kata kalau buat azam yang lain macam sikit ini tahun? Senarai azam tahun baru paling pelik di bawah mungkin boleh membantu korang menjana idea.

Memecahkan Rekod

azam paling pelik

Terlalu banyak rekod yang korang boleh usahakan untuk dipecahkan. Untuk permulaan, korang boleh memecahkan rekod untuk diet yang korang usahakan. Misalnya, Teacher Muja nak kurus sampai tahap 54kg. Agak-agak berjaya tak? Hek3. Apabila sudah berjaya, targetkan pencapaian yang lebih tinggi.

Mencipta Skil Original Ciptaan Sendiri

azam buat trik parti baru

Menguasai skil yang baru, walaupun ia seakan-akan mempelajari sesuatu yang tidak berguna seperti mempelajari cara melakukan trik majlis yang baru. Apabila kita berjaya melakukan sesuatu yang original, kita akan dapat meningkatkan keyakinan diri. Jadi orang yang penuh keyakinan untuk melakukan apa sahaja tahun ini. Azam baru paling pelik tapi paling baik untuk kepuasan diri kita!

Mendapat Kawan Baru Setiap Bulan

azam tahun baru

Dalam hidup kita, kita takkan pernah cukup dengan yang namanya kawan. Walaupun susah untuk mendapatkan kawan baik yang betul-betul sesuai untuk dijadikan kawan, kita patut terus berusaha mengumpul kawan seramai mungkin untuk mengembangkan kehidupan sosial kita. Tambahkan kawan paling kurang seorang pada setiap bulan yang bukan setakat datang dari Facebook semata-mata.

Buatkan Memorabilia Bergambar

hard rock memorabilia

Cuba untuk mengambil sekurang-kurangnya sekeping gambar memorabilia untuk setiap peristiwa yang berlaku sepanjang tahun. Misalnya, kalau kita mula belajar memasak, kita boleh menangkap gambar hasil masakan pertama kita. Gambar-gambar ini akan menjadi kenangan yang manis pada masa akan datang.

Mempelajari Sesuatu Yang Baru

azam tahun baru

Mempelajari sesuatu yang baru bermaksud mempelajari sesuatu yang paling ditakuti atau berusaha mengatasi fobia yang ada sejak kecil. Sebagai contoh, orang yang fobia dengan air boleh belajar berenang dan orang yang pernah jatuh belajar mengayuh basikal. Mesti hebat perasaannya apabila berjaya mengatasi rasa takut yang sekian lama membelenggu diri kita.

Berhubung dengan tubuh badan

azam tahun baru

Azam tahun baru bagi setiap manusa sepatutnya termasuklah melakukan pelbagai aktiviti untuk kecantikan, kekuatan badan, dan rutin gym. Bagaimana kalau tahun ini kita mulakan aktiviti untuk tunjukkan yang kita sangat menyayangi dan menghargai anugerah tubuh badan sihat yang diberikan oleh Allah SWT ini? Cintailah diri kita!

Mencuba Makanan Baru Setiap Minggu

azam tahun baru

Adakah kamu seperti orang ramai yang lebih suka makan makanan sama setiap hari? Bukankah hidup sebegitu sangat membosankan? Cubalah makanan yang baru. Kepelbagaian makanan juga baik untuk kesihatan. Daripada menyenarai hitamkan makanan tertentu setiap hari, lebih baik tambahkan jenis makanan yang kita sudah makan setiap hari. Pasti hidup akan menjadi lebih menarik!

Berbuat Amal Kebajikan Setiap Hari

azam tahun baru

Cukup bertahun-tahun bercakap pasal diri sendiri, melakukan pelbagai perkara untuk diri sendiri. Apa kata kita mula berbuat amal kebajikan untuk orang di sekeliling kita sepanjang tahun ini. Di samping membantu orang, kita akan berasa gembira dengan kebaikan yang kita lakukan. Insya ALLAH, akan juga membantu kita di akhirat kelak. Amiin.

FIkirkan Tentang Belanjawan Kita Sepanjang Tahun

<img class="alignnone size-medium wp-image-9963" alt="azam tahun baru” src=”http://fuh.com.my/wp-content/uploads/2013/11/azam-tahun-baru-sort-finances-300×225.jpg” width=”300″ height=”225″ />

Boleh dikatakan semua orang mempunyai masalah kewangan dalam kehidupan. Jadi, jadikanlah tahun baru ini tahun yang boleh dikatakan bebas daripada masalah kewangan. Rancanglah wang masuk dan keluar secara bijak. Semua masalah ada jalan penyelesaiannya. Semuanya terpulang kepada kita!

Jadikan Perkara Baik Yang Tidak Selalu Dilakukan Sebagai Tabiat

usual_unusual

Kita selalu dimomokkan dengan melakukan perkara baik adalah perbuatan menunjuk-nunjuk. Orang yang baik dikatakan skema dan tidak mengikut trend. Itu semua boleh dikatakan hasutan syaitan yang menghalang kita berbuat baik. Sebagai contoh, suami boleh amalkan mencium dahi isteri. Dapat pahala sambil mengeratkan hubungan.

The following two tabs change content below.
Merupakan seorang blogger yang gemar berkongsi artikel menarik dari sumber lain sebagai pengajaran dan rujukan pembaca dengan sedikit gubahan ayat dan olahan sendiri disamping menyelitkan artikel berunsur lawak serta kisah benar. Bercita-cita menjadikan fuh.my sebagai blog Informasi terbaik di Malaysia.

Latest posts by Dr Fuh (see all)

Comments

comments

5 thoughts on “10 Azam Tahun Baru Paling Pelik”

  1. kucinghitam says:

    berazam tiap2 tahun tapi belum tentu capai

  2. Azam saya tahun nie nak keja supaya dapat beli lens baru.. tapi smpai skg lens baru x dapat lg..Bnyak benda nak settle kan… hmm
    Aniqbukhary32 recently posted…Bibir merah dan cantik inilah..My Profile

  3. thanks for the info muja 🙂
    Tempat Ping Blog recently posted…“phat corner”: Macam Cantik Je Macam Comel JeMy Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge