WhatsApp Bakal Lancarkan Ciri Panggilan Suara Percuma (Free Call)?

WhatsApp Bakal Lancarkan Ciri Panggilan Suara Percuma (Free Call)? WhatsApp Free Call, Aplikasi WhatsApp, Facebook Beli WhatsApp, Install WhatsApp Percuma

WhatsApp Bakal Lancarkan Ciri Panggilan Suara Percuma (Free Call)? | Tidak dapat disangkal lagi, dunia semakin maju dan canggih. Susulan pembelian WhatsApp bernilai $19 bilion (14 bilion Euro) oleh Facebook, perkhidmatan mesej itu berkata pada Isnin bahawa mereka akan melancarkan ciri panggilan percuma pada pertengahan tahun ini.

Pengenalan ciri panggilan percuma diumumkan pada pembukaan ‘World Mobile Congress’ di Barcelona, Sepanyol sekaligus akan menyaksikan persaingannya dengan Viber yang turut menawarkan ciri yang sama.

“Kami akan memperkenalkan ciri suara dalam WhatsApp pada suku kedua tahun ini,” kata pengasas WhatsApp Jan Koum.

Facebook, yang diasaskan oleh jutawan berusia 29 tahun Mark Zuckerberg yang menyampaikan ucaptama pada hari pembukaan pameran itu, mengumumkan pembelian WhatsApp dalam bentuk tunai dan saham pada hari Rabu.

“Lima tahun lalu kita tidak mempunyai pengguna, tidak ada produk,” kata Koum.

“Hari ini kami mempunyai 465 juta pengguna aktif, ” kata beliau sambil menambah bahawa syarikat itu masih tidak mempunyai pemasaran dan hanya bergantung kepada komen positif pengguna yang memperkenalkan aplikasi itu kepada rakan-rakan mereka.

WhatsApp tidak merancang apa-apa perubahan susulan pengambilalihan Facebook, kata Koum.

“Mark benar-benar memahami bahawa untuk WhatsApp kekal berjaya, ia harus beroperasi secara berasingan,” katanya.

Viber, salah satu pesaing utama WhatsApp, menawarkan ciri-ciri penghantaran suara dan mesej percuma.

Kumpulan membeli-belah dalam talian Jepun Rakuten membuat pengumuman mereka akan membeli pemaju Viber yang berpangkalan di Cyprus, Viber Media, untuk $900 juta.

Sumber

The following two tabs change content below.
Merupakan seorang blogger yang gemar berkongsi artikel menarik dari sumber lain sebagai pengajaran dan rujukan pembaca dengan sedikit gubahan ayat dan olahan sendiri disamping menyelitkan artikel berunsur lawak serta kisah benar. Bercita-cita menjadikan fuh.my sebagai blog Informasi terbaik di Malaysia.

Comments

comments