Warga Emas Maut Kemalangan Jalan Raya Di Marang

kemalangan-maut.jpg

Warga Emas Maut Kemalangan Jalan Raya Di Marang | MARANG – “Kami sempat menikmati juadah berbuka bersama malam kelmarin, sebelum bapa meninggal dunia selepas terlibat dalam kemalangan pagi ini (semalam),” kata Ahmad Aziz 40-an, anak sulung kepada mangsa kemalangan maut, Aziz Tahu, 70.

Menurut Ahmad, dia dikejutkan dengan panggilan telefon memaklumkan motosikal ditunggangi bapanya terbabit dalam kemalangan di Kilometer 19, Jalan Kuala Terengganu ke Kuantan di Seberang Marang di sini, kira-kira jam 11.30 pagi, semalam.

“Lebih memeranjatkan apabila saya diberitahu bapa meninggal dunia di tempat kejadian dan saya baru sahaja pulang ke rumah keluarga semalam (kelmarin) kerana bekerja di Shah Alam, Selangor,” katanya ketika ditemui Sinar Harian di sini, semalam.

Ahmad berkata, sehari sebelum kejadian itu, bapanya menjadi pendiam sepanjang dia dan keluarganya berada di rumah bapanya di Taman Medan Jaya, namun mereka tidak menjangkakan ia petanda arwah akan pergi meninggalkan mereka.

“Sebelum kejadian, bapa dipercayai dalam perjalanan menuju ke Bandar Marang sebelum motosikal ditungganginya dipercayai bertembung dengan sebuah lagi motosikal dipercayai keluar dari stesen minyak dan menuju ke arah bertentangan,” katanya.

Difahamkan, pertembungan itu mengakibatkan mangsa cedera parah dan disahkan maut di tempat kejadian, manakala seorang lagi penunggang motosikal tidak diketahui status kecederaannya itu dikejarkan ke Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala Terengganu.

Sementara itu, suasana sedih menyelubungi lokasi kejadian, sebaik sahaja ahli keluarga mangsa tiba di situ.

Mereka dilihat cuba ditenteramkan selepas gagal mengawal perasaan apabila melihat keadaan mangsa masih lagi berada di atas jalan raya.

Isteri mangsa, Saripah Salleh, 65, juga seolah-olah tidak percaya apabila diberitahu suaminya sudah meninggal dunia dan usaha Sinar Harian untuk menemu bualnya juga gagal kerana dia masih terkejut dengan insiden itu.

Ketua Polis Daerah Marang, Deputi Superintendan Ahmad Mazlan Yahaya ketika dihubungi Sinar Harian mengesahkan menerima laporan mengenai kejadian itu dan kes berkenaan masih dalam siasatan pihaknya.

Beliau meminta pengguna jalan raya di daerah berkenaan lebih berhati-hati kerana jalan di daerah itu dijangka sesak pada musim perayaan Aidilfitri dengan pertambahan kenderaan. – Sinar

Dr Fuh – Innalillah. Semoga Allahyarham dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman. Sama-sama kita sedekahkan Al-Fatihah untuk beliau.

The following two tabs change content below.
Merupakan seorang blogger yang gemar berkongsi artikel menarik dari sumber lain sebagai pengajaran dan rujukan pembaca dengan sedikit gubahan ayat dan olahan sendiri disamping menyelitkan artikel berunsur lawak serta kisah benar. Bercita-cita menjadikan fuh.my sebagai blog Informasi terbaik di Malaysia.

Latest posts by Dr Fuh (see all)

Comments

comments

3 thoughts on “Warga Emas Maut Kemalangan Jalan Raya Di Marang”

  1. Allah lebih menyanyangi arwah…redhalah atas pemergiannya…
    Kisah Si Dairy recently posted…kerana Terlalu ghairah Bershopping-akhirnya kecuaian MelandaMy Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge