Wanita Tertinggi Di Dunia Jalani Pembedahan Elak Tumbesaran

Wanita Tertinggi Di Dunia Jalani Pembedahan Elak Tumbesaran

Wanita Tertinggi Di Dunia Jalani Pembedahan Elak Tumbesaran | Siddiqa Parveen, wanita berusia 28 tahun, dari sebuah kampung di Bengal barat, India, mempunyai ketinggian 2.3 meter. Dia dikenali sebagai wanita tertinggi di dunia.

Namun Siddiqa harus menempuh perjalanan sejauh 1,600 kilometer dari kampung menuju Ibu Kota New Delhi untuk menjalani pembedahan di otaknya untuk mencegah untuhnya terus membesar, seperti yang dilaporkan oleh akhbar the Daily Mail.

Wanita Tertinggi Di Dunia Jalani Pembedahan Elak Tumbesaran2

Sebelum pembedahan, Siddiqa hampir lumpuh dan buta kerana badannya terus membesar akibat ketumbuhan di otaknya. Dia mengidap penyakit gigantisme akibat dari ketumbuhan di otaknya. Penyakit itu menyebabkan hormon pertumbuhan terus aktif tanpa henti.

Siddiqa telah mengalami retak di tulang belakangnya hingga menyebabkan dia tidak mampu berdiri tegak selama beberapa tahun. Pakar saraf di Institut Sains Perubatan India Dr Ashish Suri berkata pembedahan Siddiqa dalam 16 Januari lalu berjalan lancar.

Wanita Tertinggi Di Dunia Jalani Pembedahan Elak Tumbesaran3

“Tumor itu telah berjaya dan dikeluarkan melalui lubang hidungnya,” kata Ashish Suri.

Menurutnya pasukan doktor terpaksa menyiapkan meja pembedahan besar dan tambahan penyokong di tempat tidurnya kerana tubuh Siddiqa yang tinggi.

“Saiz tempat tidur di hospital ini hanya 180 sentimeter. Meletakkan dia di tempat tidur saja sudah masalah besar,” kata Dr PK Bithal kepada harian The India Express.

Wanita Tertinggi Di Dunia Jalani Pembedahan Elak Tumbesaran4 Wanita Tertinggi Di Dunia Jalani Pembedahan Elak Tumbesaran5

Siddiqa kini masih di hospital untuk rawatan lebih lanjut. Nama Siddiqa tercatat di buku Rekod Dunia 2014 sebagai perempuan tertinggi di muka bumi setelah Yao defen dari China meninggal pada 2012 dengan tinggi badan 2,33 meter.

sumber

The following two tabs change content below.
Merupakan seorang blogger yang gemar berkongsi artikel menarik dari sumber lain sebagai pengajaran dan rujukan pembaca dengan sedikit gubahan ayat dan olahan sendiri disamping menyelitkan artikel berunsur lawak serta kisah benar. Bercita-cita menjadikan fuh.my sebagai blog Informasi terbaik di Malaysia.

Comments

comments