Wanita Pelik Kahwini Jambatan. Apa Masalah Dia Ni?

Wanita-Pelik-Kahwini-Jambatan.jpg

Wanita Pelik Kahwini Jambatan. Apa Masalah Dia Ni? | Ingat tak lagi sebelum ni Dr Fuh pernah share satu artikel rekod perkahwinan pelik seluruh dunia? Haa, ni Dr Fuh jumpa lagi satu perkahwinan pelik. Nak kata pelik tu memang pelik dah, tapi tak keterlaluan rasanya kalau nak gelarkan wanita ni bangang abadi. Dah takde manusia ka kat dunia ni yang dia nak kahwini? Aigoo. Jom baca artikel penuh bawah ni.

Tertarik dengan getaran yang ada pada sebuah jambatan, seorang seniman Australia Jodi Rose membuat keputusan pelik apabila anggup berkahwin lantas menjadikan binaan itu sebagai pasangan hidupnya.

Jodi Rose memang sering mengembara ke serata dunia untuk merekodkan getaran pada mana-mana jambatan gantung bagi menyiapkan projek muzik Singing Bridges.

Apabila dia tiba di kawasan Saint-Jean-de-Fos di selatan Perancis, hatinya tersentuh dan segera jatuh cinta kepada sebuah jambatan berusia 600 tahun.

Wanita Pelik Kahwini Jambatan. Apa Masalah Dia Ni? Wanita ini berkahwin dengan jambatan kerana Tertarik dengan getaran yang ada pada sebuah jambatan

Kata Jodi, dia berkahwin dengan jambatan Le Pont du Diable itu pada 17 Jun lalu dalam majlis tertutup dengan dihadiri hanya 14 orang tetamu. Seorang daripada mereka ialah Datuk Bandar Saint-Jean-de-Fos.

Pengantin perempuan mengenakan pakaian tradisional dengan baju panjang putih dan membawa sejambak bunga. Media melaporkan, walaupun perkahwinan itu tidak diiktiraf menurut undang-undang Perancis, Jodi berkata, ia tetap bermakna dan kukuh seperti pasangan suami isteri lain.

“Saya menghormati mereka yang berkahwin atas dasar romantik dan perasaan [email protected], hubungan ini pula berbentuk simbolik yang mementingkan getaran semangat,” katanya.

Jambatan itu, kata Jodi, memahami bahawa dia juga menyayangi jambatan – juga lelaki – lain tetapi hubungan mereka membabitkan kepelbagaian kehidupan.

“Ia dibuktikan dengan arus berpusar sungai yang mengalir di bawah tubuh jambatan ini,” katanya. Jodi berkata, jambatan itu memiliki ciri suami yang diidamkannya – kukuh, dapat dipercayai, sensasi, baik dan segak.

Jambatan Le Pont du Diable – juga dikenali sebagai Jambatan Syaitan – dibina pada abad ke-11 dan terbukti memiliki daya tahan yang sangat tinggi untuk merentasi masa begitu lama. – Agensi

The following two tabs change content below.
Merupakan seorang blogger yang gemar berkongsi artikel menarik dari sumber lain sebagai pengajaran dan rujukan pembaca dengan sedikit gubahan ayat dan olahan sendiri disamping menyelitkan artikel berunsur lawak serta kisah benar. Bercita-cita menjadikan fuh.my sebagai blog Informasi terbaik di Malaysia.

Comments

comments

10 thoughts on “Wanita Pelik Kahwini Jambatan. Apa Masalah Dia Ni?”

  1. pelik betul perangai manusia ni..dah tak lelaki sangat ke kat atas dunia ni
    blogger lelaki recently posted…Lelaki Bantu Buat Kerja RumahMy Profile

  2. amir zahari says:

    Menara KLCC dia taknak? teguh, tinggi, kaya dan segak..

    sewel dah kot..
    amir zahari recently posted…HasrulHassan – Tips Pengiklanan Buat Duit Dengan BlogMy Profile

  3. sara says:

    Eleh.. Dia saje je tue… Nak cari nama.. Tak pun dia sakit jiwa..

  4. hadifahmy says:

    kesian pempuan ni..

  5. Ezad Skytech says:

    biar betul ni…entah2 ada something wrong yang longgar kat otak dia…haha
    Ezad Skytech recently posted…Ambil Kesempatan Ataupun Terlepas PandangMy Profile

  6. World WarZ says:

    Setelah dia berkahwen dia mesti ada rasa tanggungjawab sebagai seorang isteri kepada suami dia iaitu jambatan tuh (andai jambatan itu seorang jantan).

    Dato Bandar Saint-Jean -de -fos dan penduduk tempatan mesti pastikan Jodi Rose mesti melayan laki dia setiap malam dengan cara membelai mengusap usap tiang jambatan tuh.. Kalau dia enggan jangan nak suka suka mengklaim jambatan batu tuh laki dia.. Tolong sikit jangan dia nak perasan

  7. baby comel says:

    kesiannya dia, banyak2 laki dalam dunia takde seorang pun yg mampu menggoyahkan hati dia rupanya.. jambatan mati tu jugak menjadi pilihan hati. aduhaiii
    baby comel recently posted…Penenang JiwaMy Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge