Wanita Pakistan Mengaku Nabi Ditahan

Wanita-Pakistan-Mengaku-Nabi-Ditahan1.jpg

Wanita Pakistan Mengaku Nabi Ditahan | Polis Pakistan menangkap seorang ibu beranak empat kerana murtad selepas dia didakwa menggelar dirinya nabi, kata polis dan seorang ulama kelmarin.

Wanita itu ditangkap di ibu negeri wilayah Punjad di sini di mana seorang gabenor ditembak mati pada 2011 ketika cuba merombak undang-undang murtad.

“Polis menangkap wanita berusia 40 tahun itu, Salma atau Fatima pada Isnin lalu dan menghantarnya ke penjara kerana tuduhan murtad,” kata seorang pegawai kanan polis, Tariq Aziz.

Menurutnya, ulama tempatan, Qari Iftikhar Ahmed Raza menuduh wanita itu mengagihkan sejumlah risalah yang mengaku dirinya seorang nabi.

“Tiada pengakuan secara langsung dalam risalah itu tetapi ulama tersebut menuduhnya,” kata Tariq.

Umat Islam percaya bahawa Nabi Muhammad ialah utusan Tuhan yang terakhir.

Murtad merupakan isu yang amat sensitif di Pakistan yang mana 97 peratus penduduk negara itu terdiri dari- pada orang Islam.

Perbuatan menghina Nabi Muhammad boleh dikenakan hukuman bunuh di bawah undang-undang negara berkenaan.

SUMBER

The following two tabs change content below.
Merupakan seorang blogger yang gemar berkongsi artikel menarik dari sumber lain sebagai pengajaran dan rujukan pembaca dengan sedikit gubahan ayat dan olahan sendiri disamping menyelitkan artikel berunsur lawak serta kisah benar. Bercita-cita menjadikan fuh.my sebagai blog Informasi terbaik di Malaysia.

Comments

comments

6 thoughts on “Wanita Pakistan Mengaku Nabi Ditahan”

  1. dah muncul pula perempuan ngaku Nabi.
    lekatlekitgurl recently posted…BLOG GANTUNG IKLAN ADALAH PENYEMAK DUNIA BLOGMy Profile

    1. Negara yg 97 peratus muslim pun ada jgk yg macam nie ye.. ish.. ish..
      Aniqbukhary32 recently posted…Hah!!! Jodohku dari kalangan keluarga terdekat?My Profile

  2. Kecoh Orang says:

    Ish..Ish..Ish.. ape nak jadi dah ni. tak patut. terlalu angkuh dengan pendirian.
    Kecoh Orang recently posted…Kecoh Hari Ni Ayam Telan Subang, Tuan Kena Tunggu Hingga Binatang MatiMy Profile

  3. Nabi Muhammad SAW adalah nabi yang terakhir. Tiada lagi nabi selepas baginda. So, kalau ada yg mengaku nabi tu, cnfm2 la sesat.. Semoga kita tidak tergolong dalam golongan ini.
    Aniqbukhary32 recently posted…Hah!!! Jodohku dari kalangan keluarga terdekat?My Profile

  4. cik Ain says:

    jauhi org yang mengamalkan amal sesat lagi menyesatkan..

  5. omg says:

    kat msia pun ada orang mengaku tuhan.. yang heran tu ada yang percaya…?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge