Wanita Mengandung Yang Ditikam Selamat Melahirkan Anak

bayi ajaib terselamat selepas ibunya yang sedang mengandung ditikam

Wanita Mengandung Yang Ditikam Selamat Melahirkan | Assalaamualaikum warahmatullahi wabarakaatuh. Benarlah apabila dikatakan manusia zaman sekarang ramai yang tidak berperikemanusian dan hatinya dipenuhi dengan kejahatan. Kalau tidak, masakan perempuan sarat mengandung sanggup ditikam.

Teacher Muja juga terkejut dengan keajaiban yang berlaku pada seorang wanita yang sarat mengandung selamat melahirkan bayi ajaib selepas terselamat selepas ditikam dalam sebuah serangan yang sangat menakutkan.

perempuan mengandung selamat melahirkan anak selepas ditikam

Lauren Oliver, 25, ditikam dan mengalami beberapa kecederaan di rumahnya pada minggu lepas, dalam keadaan dia sedang mengandung 7 bulan. Namun begitu, Lauren telah terselamat dan beberapa jam kemudian, bayi perempuannya juga berjaya diselamatkan selepas dilahirkan dengan kaedah pembedahan Caesarean.

Harper dilahirkan pada usia kandungan Lauren 33 minggu dengan berat 4lbs 1oz. Bayi perempuan ajaib ini dikekalkan dalam pemerhatian ketat di Hospital Awam Scunthorpe, tetapi dia dan ibunya berada dalam keadaan baik.

Instruktor Menunggang, Lauren, Belton, Lincs, yang merupakan seorang ibu kepada Ruby, 6 tahun, memberitahu yang ahli terbaru dalam keluarganya adalah keajaibannya yang sempurna.

bayi ajaib terselamat selepas ibunya yang sedang mengandung ditikam

Dia menambah lagi,”Harper dalam keadaan baik. Dia adalah seorang pejuang. Kami menerima kunjungan ramai orang, banyak kad, dan banyak sokongan.”

Begitulah kehidupan ini. Biarpun kita diletakkan dalam keadaan berbahaya yang mengancam nyawa, jika belum ajal kita, kita tetap akan kekal hidup. Keajaiban ini benar-benar telah membuktikan kekuasaan dan kebesaran Allah SWT. Allahu Akbar.

Wassalaam.

The following two tabs change content below.
Merupakan seorang blogger yang gemar berkongsi artikel menarik dari sumber lain sebagai pengajaran dan rujukan pembaca dengan sedikit gubahan ayat dan olahan sendiri disamping menyelitkan artikel berunsur lawak serta kisah benar. Bercita-cita menjadikan fuh.my sebagai blog Informasi terbaik di Malaysia.

Comments

comments