Wanita Ini Berlari Sejauh 500 KM Tanpa Tidur Selama 86 Jam

Wanita Ini Berlari Sejauh 500 KM Tanpa Tidur Selama 86 Jam

Wanita Ini Berlari Sejauh 500 KM Tanpa Tidur Selama 86 Jam | Seorang wanita di Australia baru – baru ini memecahkan rekod dunia dalam lari jarak jauh . Kim Allen berjaya berlari sejauh 500 kilometer selama 86 jam tanpa tidur.

Kim memasuki lumba lari yang dianjurkan oleh sebuah badan amal bernama New Zealand Spinal Trust . Ibu empat orang anak ini mula pada 19 Disember pukul 6 pagi waktu tempatan di Auckland .

Hebatnya lagi , wanita berusia 47 tahun ini walaupun tidak tidur selama 4 hari demi terus berlari . Awalnya ia terus berlari namun di pusingan terakhir kepantasannya semakin perlahan dan akhirnya memutuskan untuk berjalan . ” Ini semua terasa seperti tidak nyata bagiku , ” kata Kim sesaat setelah tamat .

Kim akhirnya menamatkan larian dengan kaki yang melecet dan pergelangan kaki bengkak . Tidak hairan , ia sangat gembira dan tak percaya bahawa boleh menyelesaikan misi ini . Kehebatan Kim ini juga mengundang perhatian orang ramai yang terus menyokongnya agar cepat menyelesaikan 500 km .

Wanita Ini Berlari Sejauh 500 KM Tanpa Tidur Selama 86 Jam2 Wanita Ini Berlari Sejauh 500 KM Tanpa Tidur Selama 86 Jam3

” Kami tidak mahu memberinya alasan untuk berhenti , ” ungkap Michael Rodlife , salah satu penyokong Kim . ” Sesaat sesudah tamat kita akan merayakannya hampir selama dua jam . “

Sebelumnya rekod pelari terpanjang diraih oleh rakyat Amerika , Pam Reed , pada 2005 yang berlari sejauh 486 kilometer . Tahun lalu Kim pernah cuba mengalahkan Rekod Reed namun gagal , ia hanya boleh berlari sepanjang 370 kilometer sahaja.

sumber

The following two tabs change content below.
Merupakan seorang blogger yang gemar berkongsi artikel menarik dari sumber lain sebagai pengajaran dan rujukan pembaca dengan sedikit gubahan ayat dan olahan sendiri disamping menyelitkan artikel berunsur lawak serta kisah benar. Bercita-cita menjadikan fuh.my sebagai blog Informasi terbaik di Malaysia.

Comments

comments