Wanita Indonesia Potong Kemaluan Suami Kerana Cemburu?

1069309_621171764573990_13636554_n1.jpg

Wanita Indonesia Potong Kemaluan Suami Kerana Cemburu? | JAKARTA: Perasaan curiga dan cemburu seorang wanita terhadap suaminya yang dipercayai curang menyebabkan dia tergamak memotong alat kelamin suaminya dengan sebilah pisau dapur, dalam satu kejadian di Jawa Timur.

Kejadian yang menggemparkan itu berlaku di Kampung Langsar, dalam daerah kecil Saronggi, Sumenep, laporan portal berita Tempo.Co.

“Kejadiannya sekitar pukul 4 pagi,” kata Mahrus, penduduk Langsar sebagaimana dipetik laman portal berita itu.

Beliau berkata ketika itu lelaki berkenaan sedang tidur nyenyak dalam bilik, isterinya yang terjaga dari tidur terus menuju ke dapur, mengambil sebilah pisau, kembali ke bilik tidur dan memotong alat kelamin suaminya.

Pasangan suami isteri itu berusia 33 tahun.

Jurucakap polis daerah Saronggi yang megesahkan kejadian itu berkata berdasarkan maklumat yang dikumpul polis, wanita itu nekad memotong alat kelamin suaminya kerana mengesyaki beliau menjalin hubungan sulit dengan wanita lain.

“Suspek sudah kami tahan dan masih menjalani proses siasatan di balai polis,” katanya.

Mangsa kejadian itu kini sedang menjalani rawatan intensif di Hospital Daerah Moh Anwar, Kota Sumenep.

Incoming search terms:

The following two tabs change content below.
Merupakan seorang blogger yang gemar berkongsi artikel menarik dari sumber lain sebagai pengajaran dan rujukan pembaca dengan sedikit gubahan ayat dan olahan sendiri disamping menyelitkan artikel berunsur lawak serta kisah benar. Bercita-cita menjadikan fuh.my sebagai blog Informasi terbaik di Malaysia.

Comments

comments

5 thoughts on “Wanita Indonesia Potong Kemaluan Suami Kerana Cemburu?”

  1. Yan Ty says:

    Saiko la orang cenggini.
    Yan Ty recently posted…Happy Eid Ul Fitr 1434H | Selamat Hari Raya 1434HMy Profile

  2. Zuan says:

    teruknya!
    Zuan recently posted…Ucapan Hari Raya AidilfitriMy Profile

  3. kucinghitam says:

    GILA LA MINAH NIE HAHAHA

  4. kucinghitam says:

    pelik la sekarang nie kan ish2
    kucinghitam recently posted…BUDAK BERAYA TENGOK LAMAN WEB LUCAHMy Profile

  5. vcore says:

    makin pelik zaman skang nih.ish3

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge