Wang Kertas Semakin Tidak Bernilai Di Amerika?

Wang Kertas Semakin Tidak Bernilai Di Amerika?

Wang Kertas Semakin Tidak Bernilai Di Amerika? | Penduduk Amerika Syarikat dikatakan lebih gemar membayar menggunakan ‘plastik’ (kad kredit) daripada menggunakan wang kertas, menurut tinjauan yang menunjukkan bahawa hampir satu dalam setiap 10 orang tidak lagi membawa wang kertas bersama mereka ke mana sahaja.

Kajian tersebut juga menunjukkan 78% daripada penduduk Amerika membawa wang kurang daripada $50 dalam bentuk wang kertas dan hampir separuh daripada mereka membawa $20 atau kurang setiap hari. Sebuah laporan yang disediakan oleh Bankrate.com melaporkan bahawa 9% daripada penduduk negara itu telah berhenti membawa wang tunai bersama mereka walau ke mana sahaja.

Ketua analisis kewangan laman web tersebut, Greg McBride berkata: “Jika kita menuju ke arah masyarakat tanpa wang tunai, ia tidak akan memberi penyesuaian bagi kebanyakan rakyat Amerika. Majoriti rakyat Amerika yang kebanyakkannya membawa $50 atau kurang pada setiap hari, yang mana menunjukkan bahawa ia lebih kepada keperluan daripada keinginan untuk membayar secara tunai.”

Wang Kertas Semakin Tidak Bernilai Di Amerika?

Laporan CNBC menyatakan bahawa tinjauan tersebut, yang dijalankan oleh Princeton Survey Research, juga menemukan bahawa jantina turut memainkan peranan dalam menentukan siapa yang paling banyak membawa wang tunai. Sekitar 70% lelaki membawa wang tunai kurang dari $50 berbanding 86% wanita. Hanya 7% dari rakyat Amerika memilih untuk membawa $100 wang tunai bersama mereka setiap hari.

Angka tersebut menambahkan pendapat bahawa beberapa buah negara sedang bergerak menuju ke arah masyarakat tanpa wang tunai. Hanya seminggu sebelum itu ia mendedahkan bagaimana pengguna telah meningkatkan pinjaman mereka dengan jumlah yang lebih besar, menggunakan kad kredit mereka dan mengambil lebih banyak pinjaman kenderaan dan pendidikan. Pinjaman pengguna telah meningkat sebanyak $17.5 billion dalam bulan Mac daripada $13 billion dalam bulan Febuari dan ia adalah peningkatan bulanan yang besar.

Kategori yang meliputi pinjaman kenderaan dan pendidikan meningkat sebanyak $16.4 billion sementara kategori yang merangkumi pinjaman kad kredit meningkat sebanyak $1.1 billion. Peningkatan secara keseluruhan dalam hutang kepenggunaan menjadikan jumlah besar pinjaman sebanyak $3.14 trillion.

Mungkin sudah sampai masa untuk kita menggunakan dinar emas sebagai pengganti kepada ‘kertas’ yang secara kasarnya memang tidak mempunyai nilai.

The following two tabs change content below.
Merupakan seorang blogger yang gemar berkongsi artikel menarik dari sumber lain sebagai pengajaran dan rujukan pembaca dengan sedikit gubahan ayat dan olahan sendiri disamping menyelitkan artikel berunsur lawak serta kisah benar. Bercita-cita menjadikan fuh.my sebagai blog Informasi terbaik di Malaysia.

Comments

comments