Wah! Macam Tak Percaya Beg Tangan Iraq Ini Berusia 700 Tahun

Wah! Macam Tak Percaya Beg Tangan Iraq Ini Berusia 700 Tahun

Wah! Macam Tak Percaya Beg Tangan Iraq Ini Berusia 700 Tahun | Sebuah beg tangan wanita mungkin umurnya tidak akan boleh bertahan lebih dari 10 tahun . Namun sepertinya hal tersebut harus dipertikaikan dengan penemuan sebuah beg vintage yang dikategori sebagai beg tangan wanita tertua di dunia .

Sebuah muzium bernama Courtauld Gallery di London baru – baru ini mempamerkan beg tangan yang diyakini menjadi tertua di dunia . Sebab-sebab beg tangan yang berasal dari bandar Mosul di Iraq Utara ini dibuat pada awal tahun 1300 atau bermakna sudah berusia 700 tahun ketika ini .

Beg yang masuk kategori clutch ini memang pantas dipamerkan di muzium sebagai salah satu penemuan bersejarah . Beg ini diperbuat daripada logam mewah yang kelihatan seperti campuran emas dan perak . Selain itu motifnya juga menceritakan sebuah peristiwa penting di masa itu .

Wah! Macam Tak Percaya Beg Tangan Iraq Ini Berusia 700 Tahun2

Dalam gambar motifnya menunjukkan sebuah adegan rombongan istana yang sedang menyantap makanan dengan dikelilingi tentera dari Mongolia . Selain itu juga ada sebuah gambar wanita yang duduk sambil bermain kecapi . Secara keseluruhan beg ini mempunyai nilai seni yang tinggi terlihat dari motifnya yang sangat rumit .

Beg ini mulanya adalah milik dari seorang koletor bernama Victoria Thomas Gambier Parry . Namun baru – baru ini Victoria memutuskan untuk mempamerkan salah satu koleksi kebanggaannya tersebut kepada muzium di Iondon untuk dipamerkan . Kini beg tersebut menjadi salah satu koleksi dari muzium yang mengundang rasa kagum dari para pengunjung .

” Beg Tangan ini merupakan contoh yang paling indah dari tukang logam emas dan perak dari Iraq utara . Selain itu motifnya yang dihiasi dengan adegan rumit cerita kehidupan istana tentu membuatnya menjadi berharga , ” kata Rachel Ward , salah seorang pengunjung di muzium tersebut .

sumber

The following two tabs change content below.
Merupakan seorang blogger yang gemar berkongsi artikel menarik dari sumber lain sebagai pengajaran dan rujukan pembaca dengan sedikit gubahan ayat dan olahan sendiri disamping menyelitkan artikel berunsur lawak serta kisah benar. Bercita-cita menjadikan fuh.my sebagai blog Informasi terbaik di Malaysia.

Comments

comments