Video Detik Cemas Cubaan Bunuh Diri Di Flat Desa Mentari

bunuh-diri.jpg

Video Detik Cemas Cubaan Bunuh Diri Di Flat Desa Mentari | PETALING JAYA 7 Mei- Seorang wanita dalam lingkungan umur 30 tahun mengemparkan penduduk Pangsapuri Desa Mentari 3, Taman Medan di sini hari ini apabila melakukan percubaan untuk membunuh diri dari tingkat 12.

Tindakan wanita tersebut disedari jiran kira-kira pada pukul 7.20 pagi apabila keluar dari tingkap bahagian dapur rumahnya dan berdiri di atas atap ‘oning’ jiran tingkat 11.

Video Detik Cemas Cubaan Bunuh Diri Di Flat Desa Mentari

Menurut Ketua Bomba Jalan Penchala, Penolong Penguasa Zaidi Ahtan, pasukan bomba seramai lapan anggota menerima panggilan kecemasan mengenai situasi itu pada pukul 7.28 pagi dan tiba di tempat kejadian pada pukul 7.40 pagi.

Penduduk yang melihat pasukan bomba memujuk wanita berkenaan beberapa kali menjerit ketakutan apabila wanita tersebut nekad untuk terjun tetapi berjaya dihalang oleh anggota bomba

“Kita mengambil masa setengah jam untuk memujuk surirumah yang mempunyai anak seramai tiga orang ini,” kata Zaidi.

Wanita tersebut akhirnya berjaya di selamatkan apabila dua anggota bomba bertindak nekad keluar dari bangunan dan berdiri di atas ‘oning’ dan bertindak pantas menarik dan menolak masuk wanita tersebut ke dalam rumah.

Menurut jiran, wanita berkenaan mempunyai dipercayai mengalami mengalami masalah mental.

UTUSAN ONLINE

Credit gambar – FB Zaza Iman

Incoming search terms:

The following two tabs change content below.
Merupakan seorang blogger yang gemar berkongsi artikel menarik dari sumber lain sebagai pengajaran dan rujukan pembaca dengan sedikit gubahan ayat dan olahan sendiri disamping menyelitkan artikel berunsur lawak serta kisah benar. Bercita-cita menjadikan fuh.my sebagai blog Informasi terbaik di Malaysia.

Latest posts by Dr Fuh (see all)

Comments

comments

2 thoughts on “Video Detik Cemas Cubaan Bunuh Diri Di Flat Desa Mentari”

  1. Anuar says:

    Fuhhh… Nasib baiklah dapat diselamatkan….
    Anuar recently posted…Sekitar Penganjuran Klinik UPSR Didik Berita Harian (fasa 1) 2014My Profile

  2. himpitan ekonomi jadi masalah zaman sekarang
    obat bintik hitam flek wajah recently posted…obat tradisional alami menghilangkan bintik hitam atau flek di wajahMy Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge