USAHA

USAHA |  Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Apa khabar ?Luna harap semua pembaca berada dalam keadaan yang sihat walafiat hendaknya. Kali ini Luna ingin kongsikan artikel mengenai USAHA..

USAHA! Perkataan ini sudah sinonim dalam kehidupan kita, terutamanya pelajar dan orang yang bekerjaya . Secara amnya, semua individu perlu berusaha untuk mencapai cita-cita dan matlamat yang mereka ingin capai dalam sesuatu masa . Walaupun kita dah merancang, tetapi Allah sudah menentukan segalanya. Untuk mendapatkan sesuatu  yang kita impikan,kita perlulah berusaha.

Dah berusaha, tapi??… LETIHNYA USAHA?? Jom kita positifkan diri!!!

USAH DIRENUNG LETIHNYA USAHA!!!… tetapi… habiskan ayat itu… Sesungguhnya saya memerlukan makanan motivasi… Semoga anda juga turut terpias dengan aura positif ini untuk menjadikan hari ini lebih baik dari semalam…

Usaha ke arah kejayaan adalah komitmen gabungan 3 perkara. Iaitu :
1. Hati.
2. Minda.
3. Tindakan.

Contoh bisikan-bisikan positif adalah seperti berikut:
1. “Aku mahu bersemangat hari ini”.
2. “Aku mahu buat yang terbaik hari ini”.
3. “Aku percaya aku boleh buat. I CAN DO it!”.
4. “Jika dia boleh, aku pun boleh!”.
5. “Aku boleh buat benda ni, aku cuma kena belajar macam mana nak buat. Aku optimis aku boleh buat!”
6. “Aku boleh, aku boleh, aku boleh!”.

Down macam manapun  emosi kita, berusahalah untuk positifkan diri. Masukkan bisikan-bisikan positif seperti di atas supaya kita semua dapat mengawal emosi lalu merubahnya jadi positif.

Bila anda amalkan ketiga-tiga gabungan komitmen ini dalam apa juga kerjaya dan juga  bisnes yang dilakukan pasti akan memperoleh kejayaan..

Sesudah kita semua melakukan empat elemen ini , insyaAllah kita akan berjaya.

Akronim “DUIT” = > D (Doa) + U (Usaha) + I (Istiqamah) + T (Tawakkal) = KEJAYAAN

Percayalahh.. Anda terpaksa kaya dan berjaya!!!!!! Tiada yang mustahil.

Nota Luna Nana : Jangan mudah berputus asa pabila kita gagal .. Bangun dan cuba lagi untk mencapai sebuah kejayaan. Sebuah kejayaan tidak mudah dicapai ..Ia perlu melalui dugaan untuk mengecapi kejayaan tersebut.

“Gagal sekali, tidak bermakna kita gagal untuk selamanya”

“Yang pahit itu pengorbanan, yang manis itu kejayaan” – Untuk berjaya kita perlu berusaha dan melakukan pengorbanan.  — Luna Nana —

“Kejayaan itu terletak dari KEKUATAN kita untuk BERUSAHA menjadi yang terbaik. “

The following two tabs change content below.
Merupakan seorang blogger yang gemar berkongsi artikel menarik dari sumber lain sebagai pengajaran dan rujukan pembaca dengan sedikit gubahan ayat dan olahan sendiri disamping menyelitkan artikel berunsur lawak serta kisah benar. Bercita-cita menjadikan fuh.my sebagai blog Informasi terbaik di Malaysia.

Comments

comments