Unik! Guru Miliki Tubuh Paling Kerdil Di Dunia.

Unik! Guru Miliki Tubuh Paling Kerdil Di Dunia.

Unik! Guru Miliki Tubuh Paling Kerdil Di Dunia. | Apabila berhadapan dengan guru yang bersaiz kecil di hadapan kita, ia menampakkan sesuatu yang agak unik sebenarnya. Namun ia bukanlah satu kekurangan kerana orang berada di hadapan kita bergelar guru seharusnya wajib dihormati. Bagaimanapun guru yang dianggap paling kenit di dunia ini telah menarik perhatian orang ramai dari seluruh dunia.

SEWAKTU berumur 18 tahun, beliau pernah dilabelkan sebagai peserta sarkas pelik, namun lelaki kenit Azad Singh yang berketinggian hanya 91 sentimeter (sm) berjaya menutup mulut masyarakat setempat apabila menjadi guru paling kecil di dunia.

Azad, 22, disahkan menghidap sejenis penyakit gangguan genetik luar biasa yang menghentikan tumbesarannya ketika berumur lima tahun, sekali gus kekal sehingga ke hari ini.

Anak muda yang amat kecil itu, bertanggungjawab mengajar mata pelajaran kemahiran komputer di sebuah sekolah rendah perempuan dalam Haryana, India.

“Kesemua pelajar saya lebih tinggi daripada saya,” katanya sambil ketawa.

Bagaimanapun, Azad mempunyai sedikit masalah untuk mengajar, beliau terpaksa berdiri di atas meja guru untuk membolehkannya menulis di papan putih.

Pelajar turut menggelar Azad sebagai ‘Chotu’ atau ‘Cikgu kecil’ berikutan memiliki ketinggian 91 sm serta berat 18 kilogram (kg).

“Sejak bekerja sebagai guru, saya memiliki pendapatan sendiri iaitu setiap bulan saya menerima 10,000 rupees (RM563.70),” katanya.

Azad terpaksa akur dengan fizikalnya di mana beliau terpaksa memakai pakaian kanak-kanak walaupun usianya telah mencecah golongan dewasa.

Beliau berkata, walaupun tubuh badannya kenit dan tidak akan membesar seperti lelaki normal, beliau amat berbangga kerana mampu mencapai impian yang diidamkan iaitu menjadi seorang guru.

“Masyarakat sememangnya melayan saya sebagai lelaki normal kerana kini saya sudah bekerja dan pekerjaan saya ini amat dihormati orang ramai.

“Pernah sekali ketika saya berusia 18 tahun, saya telah disalah tafsir sebagai bayi oleh seorang pengawal kereta api.

“Sewaktu di sekolah pula saya juga pernah dibuli kerana masalah saiz badan saya dan berasa amat takut dengan ancaman yang saya berkemungkinan akan diculik oleh pengurus sarkas,” katanya.

Bagaimanapun, Azad berkata cemuhan yang dilemparkan kepadanya sewaktu di zaman kanak-kanak menjadi pemangkin kepada beliau untuk membina karakter, sekali gus mematangkannya sehari demi sehari.

“Si pembuli itu berjaya membuatkan saya berusaha keras mencapai matlamat dan mereka tidak akan dapat berkata apa-apa lagi sekarang ini,” katanya. – MailOnline

Sumber

The following two tabs change content below.

Comments

comments

One thought on “Unik! Guru Miliki Tubuh Paling Kerdil Di Dunia.”

  1. fizikal bukan penghalang untuk sesapa saja berjaya.. walaupun i tak kerdik i pun salah seorang ibu yang kurang tinggi & sering di salah tafsir sebagai org yg lebih muda dr usia i.. tp bila bercakap, org akan nampak kematangan la kat situ. Moral of the story jgn menilai orang dari fizikal. apapun bersyukur dengan apa yg di jadikan utk kita sebab setiap org di lahirkan bersama kurang & lebihnya.. takde manusia yg sempurna
    lekatlekitgurl recently posted…GAMBAR ANAK WAWA ZAINAL & ARIEL ZAFRELMy Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge