Unik ! Desa Lego Berwarna Warni Di Korea

Unik ! Desa Lego Berwarna Warni Di Korea

Unik ! Desa Lego Berwarna Warni Di Korea | Jika di Itali ada Cinque Terre yang terkenal dengan kampung warna-warninya, Korea juga kurangnya. Negeri Ginseng ini juga punya kampung warna-warni yang dikenali dengan ‘Santorini-nya Korea’ atau ‘Desa Lego’. Di manakah tempat ini?

Kampung warna-warni di Korea yang dikenali dengan nama Desa Gamcheon ini terletak di Busan. Selain dikenali dengan keunikannya, kampung ini juga merupakan tempat bagi siapa yang menyukai seni dan sejarah.

Unik ! Desa Lego Berwarna Warni Di Korea2

Unik ! Desa Lego Berwarna Warni Di Korea4 Unik ! Desa Lego Berwarna Warni Di Korea5

Di tahun 1950-an, Desa Gamcheon adalah sebuah bandar setinggan yang dipenuhi para pelarian Perang Korea. Namun wilayah ini juga dihuni oleh komuniti keagamaan Taegeukdo yang berada selama pergolakan politik di Korea pada tahun 1900-an.

Tata letak Desa Gamcheon yang bertingkat-tingkat ini telah dirancang oleh komuniti Taegeukdo. Tujuannya adalah agar tidak ada rumah yang menghalang rumah di belakangnya. Perkara ini sesuai dengan ajaran Taekgeudo, iaitu tidak menghalang kesejahteraan orang lain.

Unik ! Desa Lego Berwarna Warni Di Korea3

Unik ! Desa Lego Berwarna Warni Di Korea6

Ketika para penduduk lebih memilih warna-warna pastel untuk dinding rumahnya, para seniman menambah sentuhan yang lebih berwarna dan menjadi menarik untuk dikunjungi.

Sayangnya, ramai pelancong yang datang ke Desa Gamcheon tidak disambut baik oleh penduduk kampung ini. Ramai yang memutuskan pindah kerana merasa terganggu. Namun rumah-rumah itu tidak mereka jual, melainkan dibiarkan begitu saja.

sumber

Incoming search terms:

The following two tabs change content below.
Merupakan seorang blogger yang gemar berkongsi artikel menarik dari sumber lain sebagai pengajaran dan rujukan pembaca dengan sedikit gubahan ayat dan olahan sendiri disamping menyelitkan artikel berunsur lawak serta kisah benar. Bercita-cita menjadikan fuh.my sebagai blog Informasi terbaik di Malaysia.

Comments

comments