Ular Burma Sepanjang Lebih 3.6 Meter Dirampas

du_07.1.jpg

Ular Burma Sepanjang Lebih 3.6 Meter Dirampas 

Ular Burma Sepanjang Lebih 3.6 Meter Dirampas | Selamat petang semua, tenagah Puteri membaca kosmo online tadi, terlihat satu gambar, besar betul ular yang dirampas ni, Puteri memang geli sebenarnya dengan ular, jom kita baca berita selanjutnya.

BEAUMONT – Seekor ular sawa Burma sepanjang lebih 3.6 meter dengan berat 72 kilogram (kg) dirampas bersama seekor ular sawa lain di sebuah rumah sewa di sini, selatan Texas baru-baru ini.

Rampasan tersebut dibuat selepas pihak berkuasa menerima aduan penduduk setempat yang melihat reptilia itu berkeliaran.

Pihak polis di sini merampas 12 ekor ular lain bersama sejumlah tikus dan arnab selepas menyerbu rumah berkenaan.

“Semua ular ini dan haiwan lain dipindahkan kerana haiwan itu tidak selamat berada di rumah berkenaan,” kata seorang pegawai polis, Joe Ornelas.

Menurutnya, beberapa ekor ular dari kediaman itu yang menyelinap ke jalan raya berhampiran turut mati dilanggar kenderaan.

Seorang hakim akan memutuskan sama ada semua haiwan itu akan dikembalikan kepada pemiliknya.

Tiada dakwaan dibuat berhubung rampasan tersebut setakat ini. – Agensi

The following two tabs change content below.
Merupakan seorang blogger yang gemar berkongsi artikel menarik dari sumber lain sebagai pengajaran dan rujukan pembaca dengan sedikit gubahan ayat dan olahan sendiri disamping menyelitkan artikel berunsur lawak serta kisah benar. Bercita-cita menjadikan fuh.my sebagai blog Informasi terbaik di Malaysia.

Comments

comments

3 thoughts on “Ular Burma Sepanjang Lebih 3.6 Meter Dirampas”

  1. anuar says:

    Besarnya ular ni. .. sekali tengok risau juga dibuatnya. ..
    anuar recently posted…Isu tentang PTPTN, CCRIS dan Pinjaman BankMy Profile

  2. Yana Sakura says:

    Besarrr gilerr ulor nie Put..makan ape la gamaknya..ayam sekoq kot..ke kambing sekoq..besaq yg amat haa..
    Yana Sakura recently posted…Tidak Sengaja Belasah Isteri Kata Kau???My Profile

  3. vcore says:

    gila besaq ulaq nih.makan apa la ulaq sekoq nih

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge