Tompokan Minyak Disahkan Bukan Dari Pesawat MH370

Tompokan Minyak Disahkan Bukan Dari Pesawat MH370. Sebelum ini kapal pertahanan Australia Ocean Shield telah menemui tompokan minyak di selatan Lautan Hindi

Tompokan Minyak Disahkan Bukan Dari Pesawat MH370 | Petunjuk demi petunjuk diperoleh hasil dari misi mencari dan menyelamat Pesawat MH370 yang dikatakan hilang dengan penuh misteri. Namun, sehingga kini petunjuk hanya tinggal tinggal petunjuk. Masih tiada tanda-tanda bahawa pesawat atau serpihan pesawat akan ditemui.

Sebelum ini kapal pertahanan Australia Ocean Shield telah menemui tompokan minyak di selatan Lautan Hindi. Namun setelah melakukan ujian dan kajian terhadap sampel minyak tersebut, ternyata minyak itu BUKAN minyak pesawat atau cecair hidraulik.

Ketua Pusat Penyelarasan Bersama Agensi (JACC), Ketua Marsyal Udara (B) Angus Houston, yang menyelia operasi mencari pesawat Malaysia Airlines MH370, berkata perkara itu disahkan berdasarkan analisis awal ke atas sampel yang diambil di kawasan pencarian, yang tiba di Perth pagi Khamis.

Isnin lepas, Angus dalam satu sidang media bahawa tompokan minyak itu ditemui kira-kira 5,500m dalam kawasan isyarat ‘ping’ yang dikesan sebelum ini oleh alat pengesan pinger ditunda yang digunakan oleh kapal Ocean Shield.

Dua liter tompokan minyak itu diambil sebagai sampel.

Dalam perkembangan berkaitan, JACC berkata hasil penilaian oleh Phoenix International dengan bantuan Bluefin Robotics mendapati wujud risiko kecil tetapi pada tahap boleh diterima bagi penggunaan Kenderaan Dalam Air Automatik (AUV) dikenali Bluefin-21, pada kedalaman melebihi 4,500 meter.

“Peluasan parameter operasi membolehkan Bluefin-21 melakukan pencarian di dasar laut pada had yang dijangkakan di kawasan pencarian ketika ini,” menurut agensi itu dalam satu kenyataan.

Phoenix International yang berpangkalan di Amerika Syarikat adalah pemilik dan pengeluar Bluefin-21 dan Bluefin Robotics.

JACC juga menafikan laporan beberapa syarikat media sebelum ini bahawa Bluefin-21 akan mengambil masa antara enam minggu hingga dua bulan untuk mengimbas seluruh kawasan pencarian, sambil menegaskan bahawa kenyataan itu tidak betul.

Bluefin-21, alat pengesan dilengkapi sonar yang menggunakan bunyi akustik dan peta 3D untuk mengimbas kawasan dasar laut, digerakkan tiga kali sehari bagi pencarian dalam air sejak pertama kali digunakan Isnin lepas.

Bagaimanapun, data dicerap daripada dua misi sebelum ini tidak menemui apa-apa setakat ini.

Alat itu dikerahkan dengan harapan dapat mengesan serpihan pesawat di dasar laut, susulan tiada lagi isyarat diperolehi oleh alat pengesan pinger yang ditunda itu sejak 8 April.

–BERNAMA

The following two tabs change content below.
Merupakan seorang blogger yang gemar berkongsi artikel menarik dari sumber lain sebagai pengajaran dan rujukan pembaca dengan sedikit gubahan ayat dan olahan sendiri disamping menyelitkan artikel berunsur lawak serta kisah benar. Bercita-cita menjadikan fuh.my sebagai blog Informasi terbaik di Malaysia.

Comments

comments