Tok Guru Nik Aziz Dihalang Solat Di Kem TUDM?

tok-guru-nik-aziz.jpg

Tok Guru Nik Aziz Dihalang Solat Di Kem TUDM? | Terkejut beruk Dr Fuh dengar berita ni. Bagaimana boleh seorang Muslim dilarang untuk solat di sesebuah masjid? Hasrat Tuan Guru Datuk Nik  Abdul Aziz Nik Mat menunaikan solat Maghrib di Masjid Kem Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) di Gong Kedak malam tadi tidak kesampaian. Kehadiran mantan Menteri Besar Kelantan ke masjid berkenaan di atas undangan pihak tertentu.

Pengerusi NGO Kebajikan Rangkaian Bekas Tentera (KERABAT) Mejar (B) Yusoff Ali mempersoalkan tindakan pengurusan kem tentera Gong Kedak di Besut yang menurutnya menghalang mursyidul am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat daripada menunaikan solat di masjid kem tersebut.

Laporan Harakahdaily yang memetik kenyataan Yusoff menyebut, pengurusan kem pada awalnya membenarkan bekas menteri besar Kelantan itu diundang untuk menunaikan solat Maghrib di masjid tersebut pada malam tadi.

Namun pengurusan kem Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) itu bertukar fikiran di saat akhir, kata Yusoff yang menambah, tindakan itu mungkin dibuat atas arahan pihak atasan.

Katanya, perkata itu tidak sepatutnya dibuat kerana pemimpin Umno sebelum ini juga bebas mengunjungi masjid tersebut.

“Kita faham kerana pegawai di kem berkenaan semuanya kawan-kawan saya yang pernah khidmat bersama di TUDM sebelum ini, namun kerana tekanan atasan mereka tidak dapat berbuat apa-apa,” katanya seperti dipetik Harakahdaily.

Menurut laporan itu lagi, Masjid di kem Tentera Udara Diraja Malaysia itu mengadakan majlis berbuka puasa setiap hari sejak penamaan calon pada Jumaat lepas.

Sedangkan, masjid berkenaan sebelum ini tidak pernah membuat majlis berbuka puasa secara besar-besaran setiap hari, yang terbuka kepada penduduk tempatan sedangkan Terdapat banyak khemah yang lengkap dengan meja dan kerusi disediakan di bahagian belakang masjid TUDM. – MalaysiaKini

Dr Fuh – Hmm macam-macam hal sekarang ni, Apa lah agaknya salah yang Tok Guru Nik Aziz dah buat pada deorang sampai nak bersolat besama-sama di Masjid kem TUDM tersebut pon tidak dibenarkan? Dunia-dunia!

The following two tabs change content below.
Merupakan seorang blogger yang gemar berkongsi artikel menarik dari sumber lain sebagai pengajaran dan rujukan pembaca dengan sedikit gubahan ayat dan olahan sendiri disamping menyelitkan artikel berunsur lawak serta kisah benar. Bercita-cita menjadikan fuh.my sebagai blog Informasi terbaik di Malaysia.

Comments

comments

3 thoughts on “Tok Guru Nik Aziz Dihalang Solat Di Kem TUDM?”

  1. Kalau betul lah TGNA di halang… entahlaa… tak tahu la nak cakap ape lg.. hmmm
    Amirul Penulis Novel recently posted…Perbezaan antara orang baik dan orang kurang ‘baik’ secara neurologiMy Profile

  2. moose says:

    ada jugak org mcm ni… nak solat pon kena halang jugak…. sungguh tak patut…
    moose recently posted…Internet Download Manager 6.15My Profile

  3. This is the best time to manufacture a handful of ideas money which is a chance to be at liberty. I understand this article and when I’ll I have to advise a person few exciting troubles or tips. Perhaps you could publish next articles or blog posts talking about this informative article. I must discover more areas of the item!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge