Tips Untuk Bercinta Jarak Jauh

Tips Untuk Bercinta Jarak Jauh. Tidak semua orang boleh tahan dengan bercinta jarak jauh, dengan kurang kepercayaan. Kurang Mempercayai pasangan jugak

Tidak semua orang boleh tahan dengan bercinta jarak jauh, dengan kurang kepercayaan juga boleh mendatangkan pelbagai spekulasi melebihi polis, hehe so jom baca Tips Untuk Bercinta Jarak Jauh :

Tips Untuk Bercinta Jarak Jauh

Tidak ada pasangan yang sedang bercinta mahu pasangan mereka berada jauh di mata mereka. Tambah-tambah lagi orang sudah berkahwin. Apalah gunanya berkahwin tapi si dia jauh dari mata kan

Kebanyakan percintaan jarak jauh yang kita dengar selalu diakhiri dengan pergaduhan dan kemusnahan akibat tiada lagi persefahaman dan wujudnya orang ketiga. Dan kali ini, Misz Chinta mewakili pihak Zoncinta ingin berkongsi 10 Tips Percintaan Jarak Jauh dan harapnya ia memberi manfaat kepada pasangan yang sedang berjauhan ini.

Saling Mempercayai Cinta Masing-masing

sayangcinta

Dalam setiap percintaan, kepercayaan antara anda dengan si dia amatlah penting. Tambah-tambah lagi sekiranya anda berdua terpaksa berjauhan. Akan ada ketika dan waktu anda dan si dia diuji bila berjauhan dan kekuatan cinta serta kepercayaanlah yang memainkan peranan yang besar pada waktu itu. Andainya sudah tiada kepercayaan dalam cinta, maka musnahlah sebuah perhubungan yang terbina.

Janganlah pernah wujud perasaan ragu akan cinta si dia.

Berdoa Agar Hubungan Diredhai dan Kekal Bahagia

Selepas menunaikan solat, sentiasalah berdoa kepada-Nya agar si dia yang jauh nun disana sentiasa sihat dan gembira serta hubungan cinta anda diredhai dan kasih sayang antara anda semakin bertambah. Walaupun si dia tidak mendengar doa anda itu, tapi Insyallah si dia tahu anda sentiasa mendoakan kesejahteraannya dan cinta anda berdua.

Setia dan Jujur Dengan Si Dia

Berjauhan bukanlah satu tiket untuk anda bebas berpancaran dengan sesiapa. Ia juga bukan sebagai sebab untuk mengatakan anda masih single/bujang kepada kawan-kawan anda.

Banyak perhubungan yang kecundang disebabkan ketidakjujuran antara satu sama lain bila berjauhan. Mereka jatuh cinta kepada orang yang terdekat yang cuba bertindak sebagai pengganti pasangan dengan mula menunjukkan sikap mengambil berat kepada mereka.

Mungkin anda berkata, “Alaa si dia jauh. Bukannya si dia tahu apa yang aku buat”. Andai kata si dia pula yang bertindak sedemikian kepada anda, apakah yang anda akan rasa? Cuba letakkan diri anda di dalam situasi itu. Apakah perasaan anda ketika anda mengetahui si dia berpancaran dengan orang lain dibelakang anda? Semestinya anda tidak mahu kan?

Selalu Berkomunikasi

Komunikasi adalah salah satu aspek elemen yang penting dalam sesebuah perhubungan. Miscommunication @ salah faham sewaktu berkomunikasi juga boleh merosakkan hubungan anda.

Zaman sekarang sudah ada pelbagai komunikasi- whatsapp, mesej, call, internet, webcam, video call, YM dan bermacam-macam lagi. Ambil masa 5 minit untuk menghubungi si dia dan bertanyakan khabarnya. Ini menunjukkan bahawa anda mengingatinya walaupun berjauhan di samping dapat mengubati rindu di hati masing-masing.

Dan kalau anda rasa nak lebih romantis, anda boleh menggunakan cara lama untuk berhubung iaitu dengan mengutus surat. Mungkin nampak kurang relevan untuk zaman sekarang tapi percayalah, ianya akan membuat pasangan anda merasa lebih dihargai dan sangat istimewa buatnya.

Luahkan Perasaan Anda

Mungkin anda malu untuk meluahkan perasaan bila berdepan dengan si dia. Mungkin anda seorang yang pendiam sewaktu dengan si dia. Ambil kesempatan ketika berjauhan ini untuk meluahkan perasaan anda kepadanya.

“Abang, ayang sayang kat abang sangat2″

“B, sebenarnya kite rinduuuuuuuu sangat2 dah kat B “

Dan bagi suami isteri pula, anda boleh mesej kepada si dia dengan fantasi-fantasi seks yang mungkin anda malu nak bercakap sewaktu bersama. Ini akan membuatkan si dia tidak sabar untuk pulang dan berjumpa anda nanti

Walaupun ada yang menganggap meluahkan perasaan ini satu perkara yang tidak penting, tetapi sebenarnya ia memberikan impak besar kepada si dia dan dan dalam perhubungan.

Bertemu-janji

Sudah pasti bila berjauhan, masing-masing merindui satu sama lain.

Walaupun si dia berada nun jauh di utara dan anda pula berada di selatan, carilah masa lapang atau pada waktu cuti yang sesuai. Ambillah kesempatan untuk berjumpa atau melawat si dia. Korbankan sedikit kepenatan untuk berjumpa dengan si dia tercinta seketika. Jadikanlah pertemuan seketika itu sebagai satu salah satu lagi kenangan terindah antara anda berdua. Namun sekiranya anda masih belum berkahwin, jagalah batas pergaulan masing-masing sewaktu berjumpa.

Berikan Hadiah Dan Kejutan

Hadiah

Sesekali selitkanlah elemen kejutan dalam perhubungan anda bagi mengelakkan hubungan cinta anda berasa bosan. Berikan hadiah atau apa-apa kejutan kepada si dia terutama ketika tarikh-terikh penting seperti harijadi dan ulangtahun perkahwinan. Dan lihatlah reaksi si dia sewaktu si dia menghubungi anda kemudian. Pasti anda akan merasa bangga dengan apa yang anda lakukan untuk si dia.

Misz sendiri pernah menerima kejutan daripada si dia sewaktu bekerja. Tiba-tiba ada seorang delivery-man bawa bunga ke ofis dan mencari nama Misz. Rupa-rupanya si dia mengirimkan bunga kepada Misz. Oh, so sweet. Kecoh juga suasana di ofis bila Misz dapat bunga. Dan diselitkan dengan sekeping kad yang ditulis ayat-ayat cinta yang cukup mengegarkan perasaan Misz pada waktu itu. Misz rasa sangat dihargai dan dapat merasa cintanya walaupun kami berjauhan

Orang kata ’Walaupun jauh dimata tapi tetap dekat dihati’.

Wujudkan Persefahaman Dan Tolak Ansur

Ramai orang mengabaikan point ini. Tanpa persefahaman dan tolak ansur antara anda dan si dia, hubungan anda berdua akan kecundang ditengah jalan. Contoh yang paling mudah adalah banyak pasangan yang bergaduh bila mesej ataupun panggilan mereka tiada respons sedangkan yang sebenarnya adalah si dia ada kerja/kelas.

Sebenarnya tidak salah sekiranya anda berkongsi jadual kerja/kelas antara denagn si dia supaya anda tidak menganggunya ataupun sebaliknya.

Anda tidak semestinya tidak mahu sentiasa bergaduh dengan si dia dalam phone kan?

Jangan Mengongkong

Di Korea, ada seorang wanita yang terlalu mengongkong pasangannya disebabkan jarak mereka yang jauh. Wanita tersebut memasang CCTV di tempat pasangannya bekerja bagi memantau aktivitinya. Dan pasangannya juga perlu mengambil gambar setiap masa setiap kali bekerja di luar ofis sebagai bukti bahawa dia sedang bekerja di luar. Dan walaupun pasangannya berasa terkongkong dan rimas, tetapi dia tidak mampu berbuat apa-apa kerana terlalu sayang dan cinta akan wanita tersebut.

Mungkin anda dapat membuat kesimpulan sendiri berdasarkan kisah pasangan Korea tersebut. Janganlah terlalu mengongkong si dia secara berlebihan kerana anda sendiri sudah tentu tidak suka sekiranya si dia mengongkong anda pula. Berikanlah ruang untuk si dia bergaul. Disinilah kepercayaan dalam cinta tadi memainkan peranan.

Jangan Cemburu Buta

Mungkin ada ketika akan tersebar khabar angin mengatakan si dia telah mendapatkan pasangan baru. Jangan sesekali mempercayainya dengan mudah kerana ia boleh memudaratkan perhubungan. Mungkin ada pihak-pihak tertentu yang cuba menganggu hubungan anda. Seelok-eloknya bawalah berbincang. Tanyakan tentang khabar angin itu adakah ianya benar. Sekiranya si dia cuba menipu anda, anda akan dapat detect kerana anda mengenali si dia kan

Percintaan jarak jauh amatlah menguji kesetiaan dan kasih sayang sesebuah perhubungan. Berjauhan juga bukanlah satu alasan untuk tidak bercinta lagi. Semaikanlah cinta anda dengan baja kasih-sayang, percayai satu sama lain dan tolak ansur, Insyallah cinta anda akan berkembang dengan mekar di dalam hati walaupun masing-masing jauh di mata 

Walaupun jodoh itu adalah rahsia Allah, tapi kita kenalah berusaha dan menjaga cinta kita. Insyallah.

Sumber

Incoming search terms:

The following two tabs change content below.
Merupakan seorang blogger yang gemar berkongsi artikel menarik dari sumber lain sebagai pengajaran dan rujukan pembaca dengan sedikit gubahan ayat dan olahan sendiri disamping menyelitkan artikel berunsur lawak serta kisah benar. Bercita-cita menjadikan fuh.my sebagai blog Informasi terbaik di Malaysia.

Comments

comments