Tips Penjagaan Kuku Kaki Dengan Cara Yang Betul

perawatan-kaki-ilustrasi-_120829124158-817.jpg

Tips Penjagaan Kuku Kaki

Tips Penjagaan Kuku Kaki.

Penjagaan kuku kaki sering diabaikan oleh sesetengah orang. Untuk mendapatkan kuku kaki yang sihat dan cantik anda harus pastikan kuku kaki anda sentiasa pendek dan bersih. Kuku kaki tidak seharusnya tumbuh melebihi had hujung jari kaki anda. Bagaimanapun, jangan potong kuku kaki anda terlalu pendek atau terlalu dalam. Ini boleh mengakibatkan tumbuhnya kuku ke arah dalam jari kaki anda yakni mencengkam isi di tepi kuku kaki. Sekiranya ini terjadi, ia akan menyebabkan kulit menjadi kemerahan-merahan, keras dan sehingga boleh menyebabkan jangkitan.

Tips Penjagaan Kuku Kaki

Tips Penjagaan Kuku Kaki

Potong kuku kaki anda lurus
Pastikan anda memotong kuku kaki lurus dan tidak melengkung mengikut bentuk jari kaki dengan pemotong kuku. Memotong kuku anda mengikut bentuk jari boleh menyebabkan kekotoran berkumpul di situ dan menyebabkan cekam ataupun mengakibatkan penumbuhan kuku baru yang mencengkam isi kaki anda. Untuk memudah kan pemotongan kuku kaki, rendam kaki anda di dalam air suam selama 10 minit untuk melembutkan kuku kaki.

pilih kasut yang sesuai
Pilih Kasut Yang Sesuai
Pemakaian kasut yang sesuai adalah penting kerana ia bukan sahaja memberi keselesaan malahan memberi sokongan yang baik kepada si pemakai. Kasut yang tidak bersesuaian seperti terlalu kecil, misalnya, boleh mengakibatkan pelbagai penyakit kaki dan juga jangkitan kulit. Oleh itu, sekiranya anda hendak membeli kasut baru pastikan anda tidak membelinya pada waktu pagi kerana pada waktu ini kaki anda tidak menunjukkan saiz sebenar. Kaki anda hanya akan menunjukkan saiz yang sebenar pada waktu tengah hari atau petang dan inilah waktu yang patut anda membeli kasut idaman anda itu.

Kaki yang sihat tidak seharusnya berasa apa-apa kesakitan atau rasa tidak selesa. Pastikan anda berjumpa pakar untuk mengubat sakit pada kaki dan kuku kaki (chiropodist) sekiranya anda berasa demikian terutamanya jika tiada sebarang jangkitan kulit kelihatan. Ini kerana rasa sakit dan tidak selesa itu mungkin satu petunjuk bahawa anda mengalami penyakit lain di kaki. Selamat Mencuba!

Incoming search terms:

The following two tabs change content below.
Merupakan seorang blogger yang gemar berkongsi artikel menarik dari sumber lain sebagai pengajaran dan rujukan pembaca dengan sedikit gubahan ayat dan olahan sendiri disamping menyelitkan artikel berunsur lawak serta kisah benar. Bercita-cita menjadikan fuh.my sebagai blog Informasi terbaik di Malaysia.

Comments

comments

5 thoughts on “Tips Penjagaan Kuku Kaki Dengan Cara Yang Betul”

  1. harap harap x de cagu kbai

  2. Daxx says:

    Kuku kaki Daxx dah macam pontianak. hahahaha kbai
    Daxx recently posted…Blogger Tips #3: Widget Random Post Dalam Satu LabelMy Profile

  3. vcore says:

    tips yg berguna

  4. baby comel says:

    saya kaki dengan kasut memang lah payah nk pilih. kena pilih yg betul2 sesuai kalau tak langsung tak selesa.
    baby comel recently posted…Cara Kekalkan Air Kolam Ikan BersihMy Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge