Tips Menghadiri Temuduga Atau Interview Terbaik

tips-temuduga-interview.jpg

Tips Menghadiri Temuduga Atau Interview Terbaik | Setiap orang pasti memiliki cita-cita dan impian tersendiri. Namun pelbagai halangan dan rintangan yang harus di lalui terlebih dahulu untuk mencapat impian tersebut. Ada sesetengah orang mendapat keputusan akademik yang sangat baik tapi sangat susah mendapat peluang pekerjaan kerana gagal dalam temuduga.

Jadi di sini Dr Fuh nak kongsikan beberapa tips berkesan untuk menghadiri temuduga secara ganeral. Tak kira apa jua position / jawatan yang anda ingin pohon, anda boleh cuba amalkan tips ini. Jangan lupa disertakan doa.

Tips Menghadiri Temuduga

1. Menepati Masa

Pastikan anda menepati masa. Sebagai contoh masa temuduga anda pada pukul 10.30 pagi. Pastikan anda telah bersedia di tempat temuduga setengah jam awal. Buat persediaan awalsebelum keluar rumah seperti ambil kira keadaan lalu lintas, apakah kawasan perjalanan anda sesak dan sebagainya, menyisir rambut dengan kemas dan jangan lupa isi minyak motor atau kereta anda. Jangan jadikan kelewatan dan gagal merncang masa dengan baik, anda berputih mata.

2. Berpakaian kemas dan Sesuai

Pakaian juga diambil kira dalam sesuatu sesi temuduga. Jika anda berpakaian selekeh dan kurang sesuai, kemungkinan tawaran tersebut akan dibatalkan ataupun diberi kepada calon lain yang lebih sesuai. Jika boleh, tanyakan dahulu kepada bahagian human resources tempat anda ditawarkan bekerja terhadap pakaian yang sesuai untuk jawatan tersebut.

3. Amalkan kesederhanaan

Orang kata sederhana adalah sempurna! Faham maksudnya?! Okey, sederhana maksudnya tidak berlebih-lebih dan tampilkan diri sendiri ikut keselesaan anda. Contohnya:

  • gunakan solekan yang minimum
  • pemakaian minyak wangi yang sesuai
  • gaya rambut yang tidak terlalu moden ataupun terlalu konservatif
  • elakkan isyarat tangan yang keterlaluan ataupun bercerita macam kita sedang berborak dengan kawan-kawan
  • bercakap dengan jelas dan bahasa mudah

4. Membina hubungan dan berkeyakinan

Sewaktu duduk berhadapan dengan penemuduga, pastikan anda duduk dengan yakin dan wajah yang manis. Kita mahu memohon kerja, mestilak kena buat baik, takkan tunjukkan muka sombong walaupun kita memiliki Ph.D sekalipun. rendah diri itu lebih baik dalam situasi begini.

  • Pastikan belakang anda lurus dan kaki tersusun
  • Sesekali bertanyakan soalan. Jangan hanya tunduk dan mengangguk. Wujudkan perbincangan dua hala yang santai.
  • Dengar dengan teliti, bercakap dengan jelas dan tidak menyampuk.
  • Berdiplomatik. Jangan bercakap perkara-perkara negatif tentang pekerjaan yang anda mohon.

5. Berfikiran positif.

Selepas sesi temuduga, pastikan anda tidak menjadi seorang yang mendesak. Jangan sesekali bertanya kepada syarikat tersebut samada permohonan anda berjaya atau sebaliknya. Tunggu dengan sabar, jika anda yakin dengan sesi temuduga tersebut, insya’Allah pekerjaan itu milik anda. Jika gagal, anggaplah ia bukan rezeki anda. Cuba lagi lain kali tetapi dengan pengalaman yang ada, anda pasti boleh buat!!

Selamat mencuba dan selamat maju jaya Dr Fuh ucapkan kepada bakal-bakal orang bekerjaya sekalian.

Incoming search terms:

The following two tabs change content below.
Merupakan seorang blogger yang gemar berkongsi artikel menarik dari sumber lain sebagai pengajaran dan rujukan pembaca dengan sedikit gubahan ayat dan olahan sendiri disamping menyelitkan artikel berunsur lawak serta kisah benar. Bercita-cita menjadikan fuh.my sebagai blog Informasi terbaik di Malaysia.

Comments

comments

7 thoughts on “Tips Menghadiri Temuduga Atau Interview Terbaik”

  1. sayidah says:

    pernah berlakon interview dalam kelas bahasa inggeris.nervous!! :p
    sayidah recently posted…MOGA BERBAHAGIA CIKGU!My Profile

      1. ashh says:

        haha berlakon

  2. silenceblogz says:

    freelancer tak yah pikir lah menda ni ekekek
    silenceblogz recently posted…Pemain Hoki Negara Chua Boon Huat Maut KemalanganMy Profile

    1. kucinghitam says:

      kan jd fulltime blogger lagi ok hehehe
      kucinghitam recently posted…JOM BUAT DUIT RAYA DALAM USD DENGAN STEMCELLMy Profile

  3. Ghost Writer says:

    Assalamualaikum.

    Terima kasih dengan tips yang diberikan. Secara keseluruhan tips yang diberikan bagus tetapi saya tidak bersetuju dengan tips anda yang menyebut “Jangan sesekali bertanya kepada syarikat tersebut samada permohonan anda berjaya atau sebaliknya.” . Mengapa saya tidak bersetuju? Saya tidak setuju kerana kebanyakan trend temuduga yang dijalankan di Malaysia sekarang ini bahawa mereka tidak memaklumkan kepada calon temuga yang tidak berjaya, kecuali calon yang berjaya sahaja. Calon-calon temuduga yang lain ternanti-nanti keputusannya bagaikan menunggu buah yang tak gugur-gugur. Bagi mengelak perkara seperti ini, calon temuduga perlu melakukan follow-up selepas sesi temuga untuk mengetahui samada mereka berjaya atau gagal, bukan hanya sekadar menunggu saja. Ini menunjukkan calon-calon temuga yang melakukan follow-up itu adalah seorang yang serius untuk mendapatkan jawatan yang ditawarkan, bukannya kerana terdesak atau mendesak. Calon-calon temuduga BERHAK mengetahui keputusan mereka. Saya juga berharap pihak penemuduga samada kerajaan atau swasta, silalah memaklumkan keputusan temuduga kepada semua para calon agar mereka tidak tertanya-tanya dan ternanti-nanti penuh harapan, bukan sekadar ambil mudah dengan menyatakan seperti ” jika dalam tempoh tiga atau empat bulan atau tempoh tertentu anda tidak dipanggil, anggap permohonan anda tidak berjaya.”

  4. kucinghitam says:

    mmg susah skrg nak dpt kerja
    kucinghitam recently posted…JOM BUAT DUIT RAYA DALAM USD DENGAN STEMCELLMy Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge