Tips Memilih Warna Pakaian Sesuai Dengan Kulit

warna-pakaian-kulit.jpg

Tips Memilih Warna Pakaian Sesuai Dengan Kulit | Assalamualaikum dan selamat sejahtera Dr Fuh ucapkan. Penampilan yang segak dan tidak terlalu menonjol adalah idaman setiap orang. Pasti anda mahu kelihatan bergaya dan tampil menawan apabila keluar bersama insan tersayang ataupun bersama-sama rakan anda, namun kadang-kala warna pakaian yang dipilih kelihatan tidak sesuai dengan warna kulit anda.

Oleh itu, Dr Fuh ingin berkongsi dengan anda beberapa tips mengenai pemilihan warna pakaian mengikut warna kulit anda dan kesan jika anda tersalah dalam pemilihan warna pakaian:

Tips Memilih Warna Pakaian Sesuai Dengan Kulit

Kulit putih

Bagi anda yang memiliki kulit yang putih gebu sangat sesuai mengenakan warna pastel seperti coklat muda, biru muda, atau merah jambu. Namun, mereka juga tiada masalah dengan warna-warna yang lain.

Kulit kuning langsat

Bagi anda yang mempunyai warna kulit seperti ini disarankan untuk mengenakan warna-warna yang tropika seperti jingga, hijau, merah, kuning dan biru. Ini akan menyerlahkan lagi penampilan si pemilik kulit kuning langsat.

Kulit sawo matang

Sesuai dengan warna-warna lembut, namun kamu usah ragu untuk mengenakan warna garang seperti unggu dan maroon.

Kulit gelap eksotik

Serlahkan gaya kamu dengan warna-warna seperti busana berwarna tanah yang lembut. Malah kamu juga boleh mencuba warna-warna seperti merah jambu lembut, kuning lembut dan sebagainya.

Kesan akibat tersalah memilih warna

Akan menyebabkan kulit kamu kelihatan kusam. Menampakkan kamu kelihatan lebih tua daripada usia yang sebenar. Menyebabkan kamu kelihatan berisi dan besar berbanding biasa. Menyerlahkan warna gigi yang mungkin kekuningan. Kecantikan semulajadi kamu terselindung dan di kaburi dengan kesalahan memilih warna yang kamu sudah lakukan.

Diharap dengan tips yang diberikan ini dapat membantu anda dalam memilih warna jika anda mahu memilih pakaian kelak. Selamat mencuba! – Sumber

Incoming search terms:

The following two tabs change content below.
Merupakan seorang blogger yang gemar berkongsi artikel menarik dari sumber lain sebagai pengajaran dan rujukan pembaca dengan sedikit gubahan ayat dan olahan sendiri disamping menyelitkan artikel berunsur lawak serta kisah benar. Bercita-cita menjadikan fuh.my sebagai blog Informasi terbaik di Malaysia.

Comments

comments

3 thoughts on “Tips Memilih Warna Pakaian Sesuai Dengan Kulit”

  1. kucinghitam says:

    takut nak pakai warna striking sebab kulit gelap hahaha

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge