Tips Memenangi Semula Hati Suami Yang Curang

Tips Memenangi Semula Hati Suami Yang Curang

Tips Memenangi Semula Hati Suami Yang Curang | Walaupaun Zyra masih belum mendirikan rumahtangga, tapi Zyra macam dapat rasakan betapa peritnya bila mengetahui yang suami kita curang dengan perempuan lain, sedangkan dengan boyfriend pun dah cemburu satu macam, inikan pula suami kan? Zyra percaya tiada seorang wanita pun yang suka ditinggalkan atau dicurangkan. Berikut dipaparkan catatan seorang kaunselor yang berpengalaman selama 30 tahun dan pernah bekerja dengan lebih 2,000 pasangan, Andrew G.  Marshall.

Sebab paling biasa apabila seorang suami memberitahu isterinya bahawa dia tidak lagi cintakan isterinya adalah disebabkan mereka mempunyai perempuan lain. Mengetahui suami anda tidak lagi mencintai anda atau menjalinkan hubungan dengan orang lain adalah perkara yang amat menggerunkan. Jantung berdegup kencang, rasa seperti sebeg simen yang dihenyakkan ke perut anda dan minda akan mula berfikir macam-macam.

Tips Memenangi Semula Hati Suami Yang Curang

Kenapa dia buat begini, anda bertanya sendirian. Lagipun anda seorang isteri yang setia dan sentiasa memberi sokongan. Dia ada sebuah rumah yang indah dan anak-anak yang sayangkannya, apa lagi yang dia mahukan? Sudah tentu anda bukan seorang yang sempurna, tiada siapa yang sempurna. Tapi bukan anda yang mula menggatal atau cari fasal. Anda cuma cuba menyatukan keluarga bersama-sama. Kalaulah dia sedar diri dan mula berfikir secara mendalam. Harapan sentiasa ada untuk dia kembali kepada anda, tetapi minggu-minggu dan bulan-bulan berikutnya akan menjadi sangat sukar. Ini mungkin agak memeranjatkan, tetapi orang yang perlu mengubah perangai adalah.. anda sendiri.

Tanya pada diri sendiri apa yang membuatkan dia tidak gembira bersama anda hingga perlu mencari perempuan lain. Kita tidak mungkin dapat mengubah orang lain tetapi kita boleh ubah diri kita sendiri dan ia merupakan langkah pertama dalam menyelamatkan rumahtangga yang dilanda krisis. Dengan bersikap jujur dan merendah diri, anda masih boleh menyelamatkan perkahwinan dan menangi semula cinta lelaki yang telah curang seperti berikut:

Suami yang curang, tetapi ISTERI yang perlu meminta maaf

Langkah pertama adalah persediaan anda untuk berubah. Dan ketika anda mungkin telah mengucapkan berjuta maaf sebelum ini, adakah anda telah meminta maaf sepenuhnya? Kata maaf yang lahir dari hati disebabkan sikap sambil lewa anda (seperti tidak mempedulikan suami), menerima tanggungjawab anda (terlalu asyik dengan anak-anak sehingga lupa menjadi seorang isteri). Ekspresikan penyesalan dan semangat tinggi untuk berubah, dan yang penting, ikhlas.

Tips Memenangi Semula Hati Suami Yang Curang

Anda juga patut meminta maaf atas sikap yang suka berleter, satu perbuatan yang dapat merosakkan rumahtangga anda. Mengaku padanya bahawa perbuatan anda itu mungkin membuatkan dia rasa sentiasa dikritik. Berjanjilah untuk tidak berleter lagi dan dia perlu kata sesuatu jika anda terbeleter. Walaupun anda rasa ingin memberi sebab mengapa anda berleter, jangan beritahu si dia. Ia akan kelihatan seolah anda memberi alasan terhadap perlakuan tersebut dan dapat menjejaskan permohonan maaf anda.

Secara keseluruhannya, jika suami rasa anda selalu merungut, berleter atau sering marah-marah, akan terbit sedikit rasa bahagia dalam dirinya dengan permintaan maaf anda itu.

Apa yang perlu anda lakukan…

Jangan melarang kenalan perempuan lain

Jika suami anda masih lagi berhubung dengan perempuan lain, kita cenderung untuk berkata ‘jangan berhubung’. Lumrah, kerana semestinya anda mahu perempuan tersebut keluar dari hidup anda, tetapi seringkali ini dilihat sebagai sesuatu langkah yang membahayakan.

Pertamanya, suami merawat perasaan tidak gembiranya sendiri dengan perhatian daripada wanita lain, jadi, jika anda menghalang dia berhubung dengan wanita tersebut, sudah tentu dia akan mencari wanita lain pula sebagai pengganti. Lebih teruk lagi, ia bermakna anda memerhatikan segala tingkah lakunya jadi dia akan berasa tidak dipercayai – bukan satu suasana yang bagus untuk membaikpulih hubungan anda. Tambahan pula, ia lebih kepada tingkah laku mengawal, dan siapa yang mahukan pasangan yang suka mengawal?

Bersemuka dengan orang ketiga tersebut 

Satu keputusan yang sangat peribadi yang boleh membuatkan keadaan menjadi semakin buruk, tetapi boleh juga memberikan anda pengetahuan tentang sejauh manakah hubungan mereka dan memberikan wanita tersebut gambaran mengenai diri anda.

Tips Memenangi Semula Hati Suami Yang Curang

Pernah terjadi dalam satu kes di mana wanita yang menjadi orang ketiga tersebut kurang menarik penampilannya berbanding isteri itu sendiri. Membuktikan suami anda mungkin tidak memandang kepada paras rupa semata-mata tetapi lebih kepada kualiti yang ada pada wanita tersebut.

Berikan beberapa amaran. Jika anda tahu di mana dia tinggal, jangan pergi ke rumahnya secara tiba-tiba – anda mungkin akan berasa sangat marah atau gementar dan ini akan mengelakkan anda berfikir secara rasional. Sentiasa ingat bahawa apa yang anda katakan dan lakukan mungkin akan diberitahu kepada suami anda, dan jangan lakukan apa-apa seperti menjadi agresif – yang boleh menggalakkan tindakbalas.

Mengapa suami tidak lagi dilamun cinta bersama anda..

Mengutamakan anak-anak

Sudah semestinya anda mengutamakan anak-anak! Apa masalahnya?

Masalahnya adalah seorang bayi akan membesar, tetapi sesetengah ibu masih lagi memberikan segal-galanya untuk anak. Terdapat satu kes di mana seorang ibu mengambil masa perjalanan selama 3 jam untuk ke kolej anak bagi mencari passport anaknya yang hilang (kerana si anak sangat sibuk untuk mencari sendiri), ibu yang lain pula mempunyai senarai bacaan anaknya jadi dia dapat membantu membuat kerja rumah si anak.

Jika suami anda percaya bahawa dia hanyalah bapa kepada anak-anak anda, dia akan berasa tidak dicintai oleh anda dan akan mula mengasingkan diri demi untuk melindungi dirinya sendiri daripada senario yang menyedihkan ini.

Hubungan seks yang semakin hambar 

Terdapat pasangan yang dikauselingkan yang mengadakan hubungan seks sekitar hanya tiga atau empat kali dalam masa setahun! Lelaki sememangnya memiliki selera yang lebih terhadap hubungan seks. Mereka akan berfikir, jika anda tidak mahu mengadakan hubungan seks bersama mereka, bermakna anda tidak cintakan mereka (dan tanpa mengira alasan lain – seperti letih, tertekan atau tidak punyai perasaan untuk bersama).

Jika suami merasakan anda tidak mencintai dirinya, dia akan mula berasa berhak untuk mencari lain.

Tips Memenangi Semula Hati Suami Yang Curang

Kurang berkomunikasi 

Pada zahirnya, segalanya kelihatan baik. Ya, terdapatnya perselisihan faham dan kata-kata yang sarkastik, tetapi tiada apa untuk dirisaukan. Dan itu merupakan bahaya yang sebenar. Salah seorang dari pasangan – mungkin suami anda – akan berasa diabaikan di rumah sendiri, dan pasangan yang satu lagi – mungkin anda – kekal bahagia dalam kejahilan. Atau jika anda sedar akan hal tersebut, anda fikir ia tidak serius untuk diambil peduli.

Dengan komunikasi yang sedikit, masalah yang rumit tetapi boleh diselesaikan akan menjadi satu masalah yang mustahil untuk diselesaikan.

Empat taktik yang anda rasa berkesan – tetapi sebenarnya tidak…

Menjadi terlalu baik secara tiba-tiba

Anda masak makanan kegemarannya, tidak membiarkan anak-anak menggangunya, beritahunya betapa anda menghargai dirinya dan menawarkan seks bila-bila masa yang dia mahukan. Tetapi dia masih tidak cintakan anda. Bagi sesetengah lelaki, isyarat yang anda berikan sudah menjadi terlalu kecil, sudah terlambat.

Sebagai tambahan, mood anda mungkin akan berubah-ubah: baik yang teramat sangat dalam masa seminit, kemudian bertukar, dan selepas itu mula bertekak dengan suami dan cepat-cepat minta maaf.

Suami tidak tahu apa yang bakal dihadapinya apabila pulang ke rumah, berasa tidak aman untuk pulang, dan siapa yang mahu hidup sebegitu?

Mengungut dengan menggunakan anak-anak 

Dia hanya akan mendengar kebimbangan anda mengenai anak-anak sebagai bukti anda menginginkan dia hanya sebagai seorang bapa kepada anak-anak. Sebagai contoh, jika dia menganggap anda hanya sebagai seorang orang gaji atau jururawat , adakah anda dapat terima?

Anda juga berisiko menjadi seorang isteri yang menjadi mimpi ngeri setiap lelaki: ‘Dia membuatkan anak-anak membenci saya’

Ya, dia mungkin akan kekal bersama anda disebabkan anda ‘meletakkan pistol di kepalanya’ atau dia mungkin hanya akan berkata, ‘apa lagi yang tinggal untuk saya?’ lalu pergi meninggalkan anda.

Tips Memenangi Semula Hati Suami Yang Curang

Berbual panjang 

Komunikasi yang baik perlu dalam setiap perkahwinan, tetapi mengulang cakap benda yang sama berulang kali bukanlah suatu komunikasi yang baik. Sentiasa menyoal-balas diri suami mengenai perasaannya adalah seperti menggali biji benih untuk melihat samada ia sudah bercambah.

Lebih buruk lagi, perbualan panjang ini menghapuskan segala kegembiraan yang tinggal dalam perkahwinan anda. Tidak hairanlah jika suami ingin meninggalkan anda. Sanggup lakukan apa sahaja demi kehidupan yang lebih tenteram.

Meneka perasaan suami 

Masa yang dihabiskan selama berjam-jam untuk terlalu berfikir akan memberikan beberapa andaian, yang seringkali bercampur aduk dengan segala apa yang pernah diperkatakan dan dilakukan oleh suami, yang mana mungkin tidak berkenaan.

Sebenarnya, adalah lebih baik bertanya sendiri kepada suami, dan menerima jawapan yang diberikan, daripada menganalisis dan kemudian memberitahunya apa yang anda rasa dia rasa.

P/S: Harapan sentiasa ada

Perkahwinana anda mungkin boleh diselamatkan, walaupun dia memberitahu anda bahawa dia telah berjumpa dengan cinta sejatinya iaitu perempuan lain.

Harapan selalunya masih ada untuk masa depan jika anda mempunyai sekurangnya dua dari kriteria berikut – anda telah bersama selama 3 tahun atau lebih, anda mempunyai anak bersama dan anda sangat menyayangi suami dan benar-benar inginkannya kembali.

Akhir sekali, jangan sesekali panik. Ini adalah perkara paling teruk yang boleh anda lakukan. Lebih banyak perkawinan berakhir disebabkan oleh sikap si isteri yang panik berbanding keinginan suami untuk berpisah.

Incoming search terms:

The following two tabs change content below.
Merupakan seorang blogger yang gemar berkongsi artikel menarik dari sumber lain sebagai pengajaran dan rujukan pembaca dengan sedikit gubahan ayat dan olahan sendiri disamping menyelitkan artikel berunsur lawak serta kisah benar. Bercita-cita menjadikan fuh.my sebagai blog Informasi terbaik di Malaysia.

Comments

comments