Tips Keselamatan Anak Kecil Di Rumah

Tips Keselamatan Anak Kecil Di Rumah

Tips Keselamatan Anak Kecil Di Rumah | Keselamatan anak kecil hendaklah dititikberatkan. Dan keselamatan anak kecil sangat penting tidak kira masa kerana sebarang kejadian buruk atau kemalangan boleh berlaku bila-bila masa saja dan dimana jua termasuk di rumah kita sendiri. Fyna ingin kongsikan sedikit tips untuk dijadikan peringatan pada diri sendiri juga.

Berikut merupakan beberapa tips yang boleh digunakan untuk keselamatan anak kecil di rumah.

• Letakkan stiker berwarna-warni pada kaca-kaca berukuran besar seperti pintu gelangsar untuk mencegah daripada tidak ternampak. Tingkap sorong harus hanya boleh dibukakan dari atas dan dipasang kunci untuk menghindarkan kanak-kanak kecil membukanya dari bawah. Pasang tingkap yang rendah supaya tidak boleh dibuka lebih dari 5 inci. Letakkan perabot dan lain struktur yang boleh dipanjat jauh dari tingkap.

• Letakkan lapisan menentang gelincir di bawah hamparan dan tikar yang tidak mempunyai lapisan belakang itu.

• Gunakan get keselamatan dan get pintu. Pasangkan get keselamatan  di sebelah atas tangga dan satu lagi pada tiga anak tangga dari bawah. Ini akan menghentikan bayi atau anak bertatih anda daripada memanjat ke atas dan mendapati dia tak dapat turun kembali. Ingatlah bahawa keselamatan kanak-kanak itu berterusan. Get yang anda letak di bahagian atas tangga bagi anak berusia setahun akan menjadi rangka kegemaran yang membolehkan dia memanjat di usia duatahun.

• Jangan sekali-kali meninggalkan barang-barang atas tangga yang boleh menyebabkan orang terjatuh. Tangga harus disenggara dengan rapi – karpet yang rosak atau usang haruslah dibaiki atau dibuang. Pastikan pelepas teguh dan tidak mempunyai takuk untuk memanjat. Tangga mesti sentiasa bercahaya terang.

• Setiap tahun, beratus kanak-kanak dirawat dalam jabatan kasualti berhubung kecederaan akibat kejatuhan. Sebaik saja bayi anda mula merangkak, anda mungkin memerlukan get keselamatan untuk mencegah dia daripada memasuki bilik-bilik yang dilarang.

• Sorok lampu dan alat elektrik di belakang perabot berat atau gunakan peranti pemegang wayar khusus supaya wayar tak ternampak. Lampu tinggi mungkin tergolek jika bayi menariknya, jadi letakkan kukuh di belakang perabot.

• Awasi barang-barang yang boleh mengepit jari, seperti engsel pintu, bangku seterika dan kerusi anduh. Fikirkan jika perlu membeli pelindung engsel.

• Simpan bahan-bahan pertolongan cemas dalam almari yang berkunci, tak boleh dicapai, dan pastikan saudara-mara dan orang lain tahu di mana hendak mendapatkan bekalan itu di rumah anda dan bagaimana hendak respon dalam kecemasan. Pastikan rumah anda sudah bebas racun untuk melindung anak-anak anda daripada bahan berbahaya.

• Insidens lecur air dan api bagi kanak-kanak muda adalah lebih tinggi daripada kanak-kanak tua dan orang dewasa. Kebanyakan kelecuran disebabkan minuman panas tertumpah. Ingatlah bahawa minuman panas masih boleh melecurkan kanak-kanak 15 minit selepas disediakan. Dan jangan sekali-kali menghulurkan minuman panas kepada ibu yang sedang menyusu – setitik cecair panas itu pun boleh melecurkan bayi dan juga ibu.

Jika anda duduk di apartmen bertingkat tinggi, fikirkan tentang pemasangan gril keselamatan pada tingkap dan balkoni anda.

Incoming search terms:

The following two tabs change content below.
Merupakan seorang blogger yang gemar berkongsi artikel menarik dari sumber lain sebagai pengajaran dan rujukan pembaca dengan sedikit gubahan ayat dan olahan sendiri disamping menyelitkan artikel berunsur lawak serta kisah benar. Bercita-cita menjadikan fuh.my sebagai blog Informasi terbaik di Malaysia.

Comments

comments