Tips Kecantikkan Harian

Tips Kecantikkan Harian

Tips Kecantikkan Harian | Menjaga kecantikkan adalah satu rutin yang dilakukan oleh kebanyakkan wanita. Banyak masa dihabiskan berjam-jam di hadapan cermin bagi memastikan diri tampil menawan. Bagi Zyra, bila tak peduli sangat kepada muka, baru jerawat tak datang. Agaknya muka jadi mengada-ngada bila diberi perhatian. Hehe :p

Berikut merupakan beberapa tips yang mungkin berguna dan dapat dimasukkan ke dalam senarai penjagaan kecantikkan seharian. Sebahagian daripada tips berikut turut dapat membantu kita berjimat. Selamat tampil menawan!

Krim mata juga bagus untuk kulit kuku

Tips Kecantikkan HarianDaripada kamu menghabiskan duit membeli krim untuk kulit kuku (cuticles), kamu boleh menggunakan krim pelembab mata untuk mengatasi masalh kulit kuku yang kering.

Hentikan kekusaman warna rambut

Tips Kecantikkan Harian

Jika kamu mewarnakan rambut, perkara terakhir yang kamu inginkan mestilah melihat warnanya pudar. Gunakan perapi rambut yang dapat meresap jauh ke dalam rambut sebulan sekali. Ini akan membantu mengekalkan warna dan menghindari kerosakkan rambut.

Elakkan pemerah pipi berlebihan

Tips Kecantikkan Harian

Memberi seri semulajadi kepada wajah amatlah digalakkan. Tapi kamu harus elakkan memberus pemerah pipi terlalu banyak (atau kamu akan kelihatan seperti badut sarkas). Jadi pastikan kamu memulakan blushing dengan sapuan dua jari jauh dari jarak hidung dan hanya membuat sapuan ke atas tulang pipi. Ini akan membuatkan kamu kelihatan berseri secara semualajadi.

Tambahkan ummmph! ke tulang pipi

Tips Kecantikkan Harian

Untuk menjadikan tulang pipi tampak tinggi dan untuk memberikan ia lebih berstruktur, sapukan bronzer terus ke bawah tulang pipi. Boleh juga menambah highlighter kepada tulang pipi itu sendiri (dibawah lapisan tipis blusher)

Jadikan bibir tampil penuh

Tips Kecantikkan Harian

Jika bosan dengan bibir yang nipis, lukiskan garisan bibir dengan menggunakan pelukis bibir yang berwarna semulajadi seperti bibir. Kemudian sapukan gincu ke atasnya. Tapi awas, pastikan jangan melukis terlalu tebal, Nampak sangat fake okey.

Buang maskara yang berkeping

Tips Kecantikkan Harian

Salah satu sebab mengapa maskara melekat berkeping ke muka selepas menyapukannya adalah kerana ia sudah lama. Pilih untuk guna maskara baru dan selalu beringat untuk untuk memastikan tudung maskara sentiasa bertutup rapat untuk elakkan kemasukan udara.

Keringkan jerawat

Tips Kecantikkan Harian

Percaya atau tidak, meletakkan ubat gigi keatas jerawat adalah satu cara cepat dan mudah untuk mengeringakan jerawat tersebut. (Ok, Zyra setuju!)

Jangan percayakan label produk 100%

Tips Kecantikkan Harian

Sesetengah label produk kecantikkan sebenarnya mengandungi maklumat yang tidak benar, jadi jangan percayakan semua yang kamu baca di label. Jika produk menjanjikan kesan serta-merta atau perlindungan sepanjang hari, ia mungkin satu perkara yang terlalu hebat untuk belaku (Fikir lojik je)

Hilangkan minyak

Tips Kecantikkan Harian

Cara paling pantas untuk membersihkan minyak di wajah, adalah dengan menggunakan kertas penyerap minyak (Zyra syorkan Clean&Clear, whoah!) Ia akan membersihkan minyak yang berlebihan pada epidermis kulit dan menghalang pertumbuhan jerawat. Zyra pun berkulit beminyak, rasa macam boleh diperah dari muka. Tapi chill, orang kulit berminyak ni lambat nampak tua 😉

Gunakan minyak untuk kulit, walaupun kulit dah sedia berminyak!

Tips Kecantikkan Harian

Kedengaran gila, tapi dengan menggunakan produk berasaskan minyak bagi menanggalkan solekan atau kotoran dari muka sebenarnya akan membaiki epidermis kulit. Mengapa? Kerap membersihkan muka dengan sabun akan mengstimulasikan kelenjar sebum, yang menyebabkan kulit menghasilkan minyak berlebihan. Dengan menggunakan produk berasakan minyak akan menyebabkan kesan sebaliknya.

Gunakan pengelupasan/skrub setiap hari

Tips Kecantikkan Harian

Pengelupasan penting dan satu cara mudah untuk menanggalkan sel kulit mati yang menutupi seri semulajadi kulit. Gunakan pengelupasan yang lembut untuk menyegarkan muka anda setiap hari. (Pengelupasan di sini bukan bermaksud untuk pemutihan, sebaliknya untuk membuang sel kulit mati sahaja). Jika kulit jenis berjerawat, elakkan guna skrub yang berbiji, sebaliknya gunakan jenis gel. (tak digalakkan untuk mereka yang berkulit kering)

Bersihkan alat solek

Tips Kecantikkan Harian

Jika kamu jenis yang sering menggunakan berus untuk menyapu bedak, pastikan kamu membersihkan alatan tersebut. Walaupun baru digunakan beberapa kali, ia akan menjadi tempat bekteria membiak, yang akan menyebabkan jerawat, eczema, dan gangguan kulit yang lain.

Sila bertukar!

Kulit kita menginginkan benda yang berlainan bergantung kepada masa-masa tertentu setiap tahun. Jadi tukar rutin kecantikkan kamu. Jika berada lama di luar rumah, gunakan lebih krim yang mengandungi SPF. Gunakan lebih losen pelembab jika berada di tempat sejuk dan berhawa dingin.

Berhenti mengambil vitamin (hah?)

Ya, benar, jika kamu semakin sihat, rambut dan kulit kamu juga akan turut sihat. Tapi pengambilan makanan tambahan tanpa berbincang terlebih dahulu dengan doktor boleh mendatangkan kemudaratan daripada kebaikkan. Mengapa? Kerana mencampurkan vitamin dan mineral tertentu boleh mendatangkan kesan yang berlawanan dengan apa yang kamu inginkan. Dapatkan nasihat pakar sebelum mengambil apa-apa pil.

Sapukan maskara keatas bulumata palsu

Tips Kecantikkan Harian

Ini dapat membantu bulumata palsu bercampur dengan bulu mata asli dengan lebih sekata.

Lakukan penjagaan kaki di rumah

Gosokkan kaki menggunakan batu pumice setiap pagi semasa mandi. Setelah dikeringkan, sapukan pelembab kepada kaki. Ini akan membuatkan kaki sihat tanpa sebarang kulat.

Tukar produk dengan kerap

Keberkesanan produk akan semakin hilang setelah beberapa bulan. Buang produk yang telah berbulan, malah bertahun-tahun dan gantikan dengan produk baru.

Atasi kemerahan selepas bercukur

Bercukurlah ketika mandi setelah badan dibasahkan selama beberapa minit. Ini dapat membantu membuka folikel rambut dan dapat melembutkan rambut jadi ia kurang kasar apabila dicukur.

Lembutkan kulit

Tips Kecantikkan Harian

Segera sapukan krim keatas kulit sebaik sahaja melangkah keluar dari bilik mandi, kolam, tasik/laut. Ini kerana air bertindak menanggalkan segala minyak asli kulit dan dengan menyapukan krim pelembab akan mengelakkan kulit dari merekah.

Incoming search terms:

The following two tabs change content below.
Merupakan seorang blogger yang gemar berkongsi artikel menarik dari sumber lain sebagai pengajaran dan rujukan pembaca dengan sedikit gubahan ayat dan olahan sendiri disamping menyelitkan artikel berunsur lawak serta kisah benar. Bercita-cita menjadikan fuh.my sebagai blog Informasi terbaik di Malaysia.

Comments

comments