Tips Dan Cara Untuk Konsisten Dalam Solat Subuh

solat-subuh.jpg

Tips Dan Cara Untuk Konsisten Dalam Solat Subuh | Ramai golongan pekerja sangup bangun awal untuk pergi ke pejabat asalkan punch card tidak merah. Ramai pelajar mampu bangun awal demi mengelak terserempak dengan pengawas atau dimarahi cikgu disiplin. Tetapi kenapa masih ramai yang masih liat bangun solat Subuh? Motivasikan diri anda untuk lebih mudah dan bersemangat bangun solat Subuh tanpa sebarang alasan berdasarkan tip berikut:

1. Ikhlaskan niat hanya kerana Allah s.w.t. dan berikanlah hak-hakNya. Niat yang ikhlas akan mendorong anda mengorbankan apa-apa kekangan yang menghalang seperti mengantuk, tilam dan bantal yang empuk, kesejukan yang menggigit dan sebagainya.

2.Tanam tekad yang jitu, semangat juang yang tinggi (strong will) dan muhasabahlah diri setiap hari.

3. Bertaubat daripada dosa dan berniatlah untuk tidak mengulanginya kembali.

4. Memperbanyakkan berdoa agar Allah s.w.t. memberikan kesempatan untuk solat Subuh.

5. Carilah kawan yang baik. Wujudkan komuniti (keluarga atau sahabat) yang boleh sama-sama bangun awal dan solat Subuh.Jika berseorangan terasa lemah untuk mujahadah, bertemankan sesama beribadah dan melakukan ketaatan.

6. Latih diri untuk tidur mengikut sunnah Nabi s.a.w. seperti dengan tidur awal agar mudah bangun awal, berwuduk sebelum tidur, tidur mengiring di atas rusuk kanan dan berdoa.

7. Elakkan makan lewat malam atau makan dalam jumlah yang banyak kerana ia boleh menyebabkan susah bangun awal pagi.Jauhilah juga minuman berkafein seperti kopi atau teh pada waktu malam, dikhuatiri susah tidur malam yang seterusnya akan membawa kepada susah bangun pagi dan berkemungkinan terlepas solat Subuh.

8. Pasang penggera yang boleh mengejutkan anda bangun untuk solat Subuh.Tetapkan supaya penggera berbunyi beberapa minit sebelum azan Subuh.Sebaik sahaja bangun, cuba hayati azan Subuh terutamanya lafaz “solat itu lebih baik daripada tidur”. Kemudian bingkas dan lekas berwuduk bagi menunaikan solat Subuh.

9. Ajaklah orang lain bangun solat Subuh dan mulakanlah dengan diri sendiri dan keluarga.

10. Cuba hayati keindahan waktu pagi, kesegaran udaranya, kedinginan hawanya, kicauan burung, suasana yang damai daripada hiruk-pikuk, mutiara embun yang jernih dan sebagainya.Kemudian tanamlah tekad ingin menikmati lagi dengan selalu bangun awal dan solat Subuh awal waktu.

Selamat mencuba, semoga niat murni kita ini memperoleh keberkatan dan keredhaan oleh Nya. In Shaa Allah

Incoming search terms:

The following two tabs change content below.
Merupakan seorang blogger yang gemar berkongsi artikel menarik dari sumber lain sebagai pengajaran dan rujukan pembaca dengan sedikit gubahan ayat dan olahan sendiri disamping menyelitkan artikel berunsur lawak serta kisah benar. Bercita-cita menjadikan fuh.my sebagai blog Informasi terbaik di Malaysia.

Comments

comments

8 thoughts on “Tips Dan Cara Untuk Konsisten Dalam Solat Subuh”

  1. tips yang patut diamalkan jugak nie…thanks sharing..

  2. Yana Sakura says:

    Wahh..nice sharing 🙂 bole amalkan nie 🙂
    Yana Sakura recently posted…Segmen Follow Me by Salamah IshakMy Profile

  3. amir zahari says:

    Taubat tu antara perkara paling penting untuk khusyuk dalam solat..
    amir zahari recently posted…Suka Memberi Amalan Mulia – Sedih Tengok Video IniMy Profile

    1. VIMAX2U says:

      TAUBAT TAPI BIARLA JANGAN DIULANG KESALAHAN YG LAMA XGUNA BERTAUBAT KALO MASIH MCM DLU
      VIMAX2U recently posted…VIMAXMy Profile

  4. VIMAX2U says:

    THANKS FOR SHARING MEMANG SUBUH NIE SELALU TEROVER SLEPT KAN HUHU
    VIMAX2U recently posted…VIMAXMy Profile

  5. BudakHitam says:

    5. Carilah kawan yang baik. Wujudkan komuniti (keluarga atau sahabat) yang boleh sama-sama bangun awal dan solat Subuh.Jika berseorangan terasa lemah untuk mujahadah, bertemankan sesama beribadah dan melakukan ketaatan.
    BudakHitam recently posted…Sony QX100 dan QX10 lense untuk smartphone Android dan juga iOSMy Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge