Tips Cara Berhenti Kerja Dengan Betul Dan Bertika

berhenti-kerja.jpg

Tips Cara Berhenti Kerja Dengan Betul Dan Bertika | Assalamualaikum dan selamat sejahtera Dr Fuh ucapkan kepada semua pembaca yang masih setia membaca blog Dr Fuh ni. Hari ni Dr Fuh nak share ngan korang satu tips cara berhenti kerja dengan betul dan beretika. Dengan kata lain berhenti secara terhormat. Dr Fuh baru ja berhenti kerja beberapa hari lepas. Alhamdulillah dapat ikut cara-cara di bawah ni. Baru lah hati kita tenang.

10 Tips Cara Berhenti Kerja Dengan Betul Dan Bertika

1. BERSIKAP PROFESIONAL. Perkara pertama yang anda perlu lakukan adalah bersikap profesional iaitu dengan menulis surat berhenti kerja sekurang-kurangnya sebulan sebelum tarikh anda berhenti. Selain itu, penting juga untuk anda menulis alasan yang munasabah sebagai sebab anda berhenti. Perlu diingat, sama ada anda suka atau tidak kepada majikan, surat berhenti tetap harus diberikan kepadanya. Pastikan juga isi kandungan surat tersebut singkat, padat dan jelas supaya mudah difahami majikan.

2. UTAMAKAN MAJIKAN. Sebaik-baiknya maklumkan berita pemberhentian anda kepada majikan terlebih dahulu. Setelah itu barulah kepada rakan sekerja yang lain. Ia penting bagi menjaga status diri anda di samping mengelakkan majikan berasa dirinya di belakangi.

3. ELAKKAN BERBICARA MENGENAI TEMPAT KERJA BARU. Sebolehnya elakkan daripada berbicara mengenai jumlah gaji, faedah atau posisi jawatan yang bakal anda sandang di tempat baru kepada rakan sekerja. Dikhuatiri tindakan anda ini akan menimnulkan perasaan syak wasangka atau perasaan iri hati teman sekerja. Langkah terbaik yang boleh dilakukan adalah dengan menyatakan rasa terima kasih yang tidak terhingga di atas kesudian mereka memberk tunjuks ajar dan bantuan kepada anda selama ini.

4. SELESAIKAN TUGAS SEBELUM BERHENTI. Sebelum berhenti, pastikan anda menyiapkan segala tugasan anda sehingga selesai terlebih dahulu. Ini bukan sahaja akan memudahkan urusan selepas pemergian anda tetapi juga sebagai bukti bahawa anda merupakan seorang pekerjan yang bertanggung jawab.

5. KEMASKAN MEJA KERJA. Pastikan anda mengemas meja sebelum meninggalkan pejabat. Ingat! Jangan sesekali meninggalkan meja kerja anda berada dalam keadaan bersepah atau tidak tersusun. Sebaiknya, luangkan masa sekurang-kurangnya sehari untuk mengemas dan menyimpan barang-barang peribadi anada.

6. TAWARKAN BANTUAN. Tidak salah rasanya jika anda menwarkan bantuan kepada bekas majikan sekiranya bekas majikan belum menemui pengganti anda. Untuk membantunya, nyatakan kesediaan anda menjawab pertanyaan berkaitan kerja lama anda melalui telefon atau email daripada pelanggan.

7. JANGAN HILANGKAN DIRI. Jangan menghilangkan diri atau ponteng kerja sehingga tarikh tamat anda bekerja. Tindakan ini penting dan merupakan bukti anda seorang pekerja yang bertanggungjawab dan berdedikasi.

8. USAH MEMPERLEKEHKAN RAKAN SEKERJA. Elakkan daripada mengejek atau memperlekehkan rakan sekerja, majikan dan syarikat lama anda. Ingat! Teman-teman sekerja adalah insan yang pernah menghulurkan bantuan sewaktu anda mula-mula menjejakkan kaki di syarikat tersebut. Jangan bersikap seperti kacang lupakan kulit dan berpijaklah di bumi yang nyata.

9. JANGAN TAMAK. Berundinglah secara bijak dan berdedikasi atau berbicara secara sopan saat mengajukan soalan apa keistimewaan yang masih boleh anda miliki setelah berhenti kerja. Awas! Jangan terlalu rakus atau menjadi terlalu berkira terutama mengenai pembayaran bonus, cuti atau sebagainya.

10. JANGAN MENGHANTAR SURAT BERHENTI MELALUI E-MAIL. Sebaiknya berhadapanlah sendiri dengan majikan untuk menghantar surat perletakan jawatan. Jangan sekali-sekali menghantar surat perletakan jawatan tersebut melalui e-mail. Tindakan ini bukan sahaja dianggap kurang sopan tetapi juga boleh mendatangkan masalah kepada majikan dan syarikat kelak.

Sumber

tahniah!! Anda berjaya berhenti dengan cara yang terhormat. Semoga pilihan anda adalah pilihan terbai! Good luck Dr Fuh ucapkan kepada semua 🙂

Incoming search terms:

The following two tabs change content below.
Merupakan seorang blogger yang gemar berkongsi artikel menarik dari sumber lain sebagai pengajaran dan rujukan pembaca dengan sedikit gubahan ayat dan olahan sendiri disamping menyelitkan artikel berunsur lawak serta kisah benar. Bercita-cita menjadikan fuh.my sebagai blog Informasi terbaik di Malaysia.

Comments

comments

6 thoughts on “Tips Cara Berhenti Kerja Dengan Betul Dan Bertika”

  1. kalau aku ckp sepatah je. terus blah. hahaha
    Carlos Santiago recently posted…BAN Israel – Perarakan Protest “Al-Quds Day” Di India Di Bedil PolisMy Profile

    1. kucinghitam says:

      kan klo dah nak berenti
      kucinghitam recently posted…JOM BUAT DUIT RAYA DALAM USD DENGAN STEMCELLMy Profile

  2. sayidah says:

    tak berpengalaman lagi.hehe.btw good info 🙂
    sayidah recently posted…BLOG KOLEJ16 & BLOG ADDCHOCS 🙂My Profile

    1. kucinghitam says:

      yela study xhabis lagi
      kucinghitam recently posted…JOM BUAT DUIT RAYA DALAM USD DENGAN STEMCELLMy Profile

  3. kucinghitam says:

    klo dah majikan buat taik kenapa nak buat baik bagi surat 24jam dah la
    kucinghitam recently posted…JOM BUAT DUIT RAYA DALAM USD DENGAN STEMCELLMy Profile

  4. cik siti says:

    thanks for sharing….mungkin nnt boleh dipraktikkan bila da masuk alam pekerjaan…huhu
    cik siti recently posted…KEMALANGAN : anggota tentera dengan polisMy Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge