Tip Untuk Mengurangkan Caj Kad Kredit Anda

kad-kredit.jpg

Tip Untuk Mengurangkan Caj Kad Kredit Anda – Apa itu kad kredit? Kad kredit ialah sejenis bayaran ansuran yang membolehkan anda untuk membeli barangan atau servis tanpa menggunakan wang tunai di pelbagai jenis kedai di seluruh dunia. Apabila anda menggunakan kad kredit anda, pengeluar kad kredit anda akan membayar bagi pihak anda dan hantarkan bil kepada anda dalam bentuk kenyataan bulanan. Contoh kad kredit yang biasa digunakan ialah Visa dan Master card.

Anda dihendaki membayar sekurang-kurangnya bayaran minimum sebelum tarikh tamat. Pengeluar kad kredit akan mengenakan caj faedah ke atas jumlah bayaran yang belum dijelaskan selepas tarikh tamatnya.

Kebaikan kad kredit

  1. Boleh belanja atas apa yang anda mahu tanpa menggunakan wang anda dulu
  2. Lebih senang dibawa dibandingkan dengan bilangan wang tunai yang banyak
  3. Satu cara pembayaran yang senang
  4. Membolehkan anda mengesan perbelanjaan anda melalui bil bulanan
  5. Sentiasa mengenangkan tanggungan kewangan anda sebagai satu sumber kredit
  6. Anda dapat memiliki aset yang mahal seperti rumah dan kereta tanpa membayar penuh untuk jangka masa yang panjang
  7. Pengeluar kad kredit telah memperkenalkan rancangan bayaran yang menarik seperti bayaran ansuran tanpa caj faedah dan rancangan bayaran flexi-pay untuk membolehkan anda membeli seberapa banyak yang mungkin
  8. Sesetengah kad kredit memperkenalkan liputan insuran yang percuma

Keburukan kad kredit

  1. Senang terlampau belanja tanpa disedari
  2. Senang berlaku kejadian kad kredit anda disalahguna oleh pihak lain
  3. Caj faedah yang tinggi terhadap kelewatan bayaran, ini telah mengakibatkan banyak orang berhutang
  4. Menggalakkan pembelian yang terlampau tanpa halangan wang tunai
  5. Pembayaran kad kredit biasanya lebih mahal, di sesetengah kedai anda perlu membayar caj lebih kurang 2% kepada pengeluar kad kredit tersebut
  6. Cara pembelanjaan yang tidak dapat dikawal
  7. Masalah keselamatan, seperti membeli melalui internet
  8. Penipuan kad kredit

Di bawah ialah beberapa tip tentang cara untuk mengurangkan caj kredit kad anda ke minimum :

1. Jangan guna kad kredit anda untuk mengeluarkan wang pendahuluan, kerana caj faedah ke atasnya adalah amat tinggi.

2. Selesaikan pembayaran anda sebelum tarikh tamat bil anda untuk mengelakkan sebarang caj faedah yang disebabkan oleh kelewatan.

3. Cuba menyelesaikan bil anda dengan membayar semua bayaran untuk mengelakkan caj faedah. Berhati-hati jika anda sentiasa membayar bayaran minimum sahaja.

4. Mengehadkan bilangan kad kredit anda berdasarkan keperluan anda dan keupayaan anda untuk membayar balik.

5. Mula membayar dengan menggunakan wang tunai
– Membayar secara terus dengan wang tunai dapat mengurangkan perbelanjaan anda.

6. Kurangkan perbelanjaan
– Dengan mengurangkan cara perbelanjaan seseorang dapat menggalakkan cara perbelanjaan yang baik. Anda juga memerlukan satu perancangan yang terperinci untuk membantu anda menyelesaikan hutang anda.

7. Membeli mengikut budget anda
– Sediakan satu senarai perbelanjaan bulanan seperti bil elektrik, bil telefon, dan perbelanjaan lain.

8. Mengabungkan kesemua hutang anda
– Jika anda mempunyai lebih daripada satu kad kredit, dapatkan satu pinjaman hutang pergabungan di bank di caj faedah yang jauh lebih rendah.

Selamat mencuba!! 🙂

Incoming search terms:

The following two tabs change content below.
Merupakan seorang blogger yang gemar berkongsi artikel menarik dari sumber lain sebagai pengajaran dan rujukan pembaca dengan sedikit gubahan ayat dan olahan sendiri disamping menyelitkan artikel berunsur lawak serta kisah benar. Bercita-cita menjadikan fuh.my sebagai blog Informasi terbaik di Malaysia.

Comments

comments

9 thoughts on “Tip Untuk Mengurangkan Caj Kad Kredit Anda”

  1. kucinghitam says:

    kucinghitam guna debit kad ja
    kucinghitam recently posted…ANNE NGASRI MENGANDUNGMy Profile

    1. Datin Tyka says:

      bagus la takde hutang
      Datin Tyka recently posted…Bulan Yang SibukMy Profile

      1. Atiqa anuar says:

        kad debit memang lagi senang~
        Atiqa anuar recently posted…Review Product : Juliana Francoise BB White Serum From HiShopMy Profile

  2. kucinghitam says:

    kredit kad ni menyusahkan hidup baik jgn guna

    1. Datin Tyka says:

      tapi amat berguna kalau kita keluar travel di luar sana…. gua guna masa outstation je
      Datin Tyka recently posted…Bulan Yang SibukMy Profile

  3. Rina says:

    Credit Card jika terlalu boros digunakan bisa menghancurkan keuangan kita nie
    trims atas tips2nya 🙂
    Rina recently posted…How To Get and Create a Free Blog From .Edu DomainMy Profile

  4. Datin Tyka says:

    kalau rasa tak berdisiplin, jangan gatal guna kad kredit ni
    Datin Tyka recently posted…Bulan Yang SibukMy Profile

    1. Atiqa anuar says:

      Budak universiti tak digalakan ada kad kredit. ptptn pun dah kira hutang. susah nanti kan?
      Atiqa anuar recently posted…Review Product : Juliana Francoise BB White Serum From HiShopMy Profile

  5. Atiqa anuar says:

    haha duit cash lagi senang. kalau tade duit, tak payah membazir. hehe
    Atiqa anuar recently posted…My First Ramadhan and My First TarawikhMy Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge